BAB 48🌟

7.4K 222 6
                                    

Puan Sri Henny perlahan-lahan menghampiri Amanda yang duduk memeluk lutut seraya menangis teresak-esak itu. Tanpa aba-apa,Puan Sri Henny melabuhkan punggungnya pada birai katil di sebelah Amanda. Tubuh Amanda ditarik masuk ke dalam dakapannya. Rambut Amanda yang panjang paras bahu itu dielus perlahan.

"Mama faham apa perasaan Amanda sekarang. Mama tahu Amanda sakit hati sekarang." kata Puan Sri Henny cuba memujuk Amanda.

"Tapi kenapa,ma? Kenapa semudah tu dia ungkapkan semua? Dia fikir Amanda akan bahagia ke dengan segala lafaz dia tadi?" kata Amanda yang membuat air matanya lebat semakin lebat membasahi pipi.

"Ya,sebab tulah mama dah tak berkenan dengan dia. Dia buat anak mama macam anak patung yang tak ada perasaan. Fikir mama tak sedih ke tengok keadaan Manda macam ni?" balas Puan Sri Henny. Amanda tidak menjawab sebaliknya hanya menangis dalam dakapan mamanya itu.

"Kenapa mesti Amanda yang lalui semua ni,ma? Kenapa bukan orang lain? Amanda dah cuba untuk tak kisah pasal cinta ni semua. Tapi kenapa hati Amanda masih sakit disebabkan cinta? Kenapa,ma? Kenapa?" rintih Amanda seraya menumbuk-numbuk dadanya. Lantas Puan Sri Henny menarik tangan Amanda daripada terus menumbuk diri.

"Istighfar,nak. Kenapa macam ni? Jangan salahkan takdir,sayang. Sebab tulah mama nak Manda kahwin dengan Izz. Mama yakin,Amanda pasti bahagia dengan Izz. Mama tahu dia sayangkan Amanda lebih daripada seorang adik." pujuk Puan Sri Henny sekali lagi. Lantas Amanda meleraikan pelukan mereka.

"No,mama! Walaupun Manda sakit hati dengan Aariz,itu bukan bermaksud Manda setuju berkahwin dengan Izz. Amanda rela tak kahwin,mama!"

"Tapi---"

"Tapi apa,mama? Mama tak kenal anak-anak mama sendiri termasuk Abang Izz. Pernah mama tanya,kenapa Amanda tak nak kahwin dengan Abang Izz? Apa sebabnya? Apa yang Abang Izz pernah buat sampai Manda benci dia? Pernah ke mama tanya? Takkan? Apa yang mama dan papa buat hanyalah paksa paksa paksa! Amanda dah penat mama dengan semua permainan ni. Penat. Setakat jawatan CEO tu nak beri kat Abang Izz,bagi jelah walaupun dia anak angkat keluarga ni. Jangan jadikan Amanda sebagai kambing hitam untuk dapatkan kepercayaan share partner yang lain. Biar abang berdikari sendiri. Boleh tak mama dengan papa buat macam tu? Ini hidup Amanda. Amanda ada hak nank tentukan apa yang terbaik untuk diri Manda sendiri." kata Amanda yang tadi duduk di atas katil kini sudah berdiri di hadapan mamanya yang duduk di birai katil itu.

Puan Sri Henny tidak menjawab apa-apa. Betul kata Amanda,dia sendiri tidak pernah bertanya kenapa Amanda tidak pernah bersetuju dengan perkahwinan ini. Dia hanya mementingkan diri sendiri dan asyik memaksa Amanda.

"Maaf,mama. Bukan niat Manda nak derhaka dengan mama,tapi Manda just nak luahkan apa yang tersimpan dalam hati je." ujar Amanda atas keterlanjuran kata-katanya tadi. Dia tidak mahu dilabel sebagai anak derhaka yang selalu membantah kepada orang tua.

"Tak apa,mama faham. Amanda rehatlah dulu. Mama keluar dulu. Good night. Assalamualaikum." balas Puan Sri Henny lalu mengatur langkah keluar daripada bilik tidur Amanda. Amanda tidak membalas dan hanya membiarkan mamanya keluar.

"Waalaikumsalam."

-

Puan Sri Henny duduk termenung di bangku terletak di gazebo itu seraya memandang langit malam yang diterangi cahaya bulan penuh. Nafas keluh dihela. Apa benar apa yang dikatakan Amanda bahawa dia masih tidak mengenal anaknya sendiri? Adakah dia terlalu mementingkan diri? Sedangkan dia selama ini dia sangat yakin dia memahami karakter anak-anaknya seorang demi seorang walaupun Izz hanya anak angkat keluarga itu kerana dia hanya satu-satunya ibu kepada mereka.

"Kenapa kat luar ni?" sapa satu suara garau yang membuat bahu Puan Sri Henny terhinjut dek kerana terkejut. Terasa ingin tercabut sahaja jantung dibuatnya. Dadanya diusap perlahan.

LOST IN LOVEWhere stories live. Discover now