BAB 58🌟

7.7K 230 15
                                    

Amanda memasukkan potongan tembikai yang telah dipotong oleh Aariz tadi ke dalam tupperware yang telah disediakan Nayla. Raut wajahnya yang masam mencuka sejak tadi sesekali dikerling sekilas oleh Aariz yang sedang membelah buat tembikai itu.

"Orang kalau dah cantik,buat muka masam pun tetap cantikkan." ujar Aariz memulakan perbualan. Amanda diam tidak menjawab dan hanya pura-pura tidak mendengar.

"Bestnya kalau dia jadi isteri saya." kata Aariz lagi mengumpan perhatian Amanda. Amanda yang termakan dengan umpan Aariz itu lantas mencerlung pandangannya ke arah Aariz.

"Eh,kenapa tengok saya macam tu? Awak terasa ke?" tanya Aariz. Amanda mendengus kasar lalu meneruskan tugasnya kembali.

"Kita tak cakap pasal dia pun. Dia pula yang perasan." perli Aariz. Amanda mengetap rapat giginya menahan geram melihat lelaki itu. Nafas panjang dihela berat.

Suasana sunyi kembali seketika. Amanda mencari akal untuk mengenakang Aariz kembali. Perlahan-lahan,bibirnya mengukirkan senyuman herot.

"Encik Aariz bercakap dengan siapa ya? Dengan saya ke?" tanya Amanda dengan lemah lembut disertai dengan senyumannya.

"Taklah,awak je yang perasan. Saya cakap sendirilah." balas Aariz. Amanda mengukirkan senyumannya yang paling manis.

"Oh,kalau macam tu saya cadangkan Encik Aariz pergi ke salah satu hospital yang juga popular dalam Johor ni selain Hospital Sultanah Aminah. Untuk masalah awak yang suka cakap sorang-sorang ni,saya rasa awak boleh dapatkan rawatan terbaik kat sana."

"Hospital mana?"

"Hospital Tampoi!" jawab Amanda sedas lalu senyum kemenangan. Aariz terpana seketika.

Terkena aku dibuatnya! Tak apa,aku kenakan kau balik.Getus hati Aariz.

"Nah,ambil ni. Potong buah tembikai ni sendiri! Tinggal sebiji lagi je pun." arah Aariz lalu meninggalkan dapur itu tanpa sempat Amanda membalas.

"What?! Tak guna punya,Aariz!" bentak Amanda sendiri lalu mengambil sebiji buah tembikai besar itu. Pisau yang terletak di tempat Aariz tadi dicapainya sebelum mula membelah buah tembikai itu menjadi empat bahagian.

"Nasiblah aku ni pandai kerja dapur macam ni. Dia fikir aku struggle sangat ke setakat nak belah tembikai sebiji ni?" omel Amanda sambil tangannya mula memotong tembikai itu kepada potongan kecil.

Aariz yang bersembunyi di sebalik peti ais rumah itu pula menyimpan tawa. Suka dia melihat wajah Amanda yang cemberut dan membebel seorang diri itu.

Tulah tadi kata saya gila cakap sorang-sorang. Sekali awak pun membebel sorang-sorang. Monolog Aariz sendirian.

"Auch!"

Terlepas pisau dan buah tembikai yang sedang dibelahnya. Amanda melihat tapak tangannya yang sudah luka segaris akibat terkena pisau. Cecair merah mula keluar daripada celah luka itu.

"Amanda,maafkan saya. Boleh pula jadi macam ni." kata Aariz yang mula risau dan bersalah. Tubir mata Amanda mula bertakung air mata. Tangan Amanda dibawanya ke arah sinki dapur itu untuk mencuci darah terlebih dahulu.

"Eh,awak nak buat apa ni?!" tegur Amanda dengan nada suaranya sedikit serak menahan sakit. Matanya dan hidungnya juga sudah bertukar rona kepada kemerahan.

"Saya nak cuci dululah. Nanti baru sapu ubat." balas Aariz. Amanda cuba menarik tangannya dari genggaman Aariz.

"Kenapa ni?" tanya Aariz lembut.

"Sakit. Saya tak nak." balas Amanda seakan anak kecil yang jatuh terluka.

"Sakit sekejap je. Awak tahan eh?" pujuk Aariz lembut. Amanda hanya diam dan membiarkan Aariz mencuci lukanya dengan air perlahan tanpa mampu melihat dan hanya meringis menahan pedih.

LOST IN LOVEWhere stories live. Discover now