Sudah seminggu Ary tidak hadir ke sekolah . Doktor telah bagi Ary cuti sakit . Ary yang sudah sembuh mengambil kesempatan untuk tidur lebih lama dari biasa .
Tengku Sarah yang kehairanan kehilangan anaknya menaiki tangka untuk ke bilik anak daranya . Pintu bilik yang tidak terkunci itu dibuka perlahan .
Naik darah Tengku Sarah bila anak daranya masih lagi tidur . Beliau menghampiri langsir balkoni dan membukanya . Cahaya dari luar terus memasuki ruangan bilik itu .
Ary yang tidur terganggu dek cahaya yang datang dari balkoninya . Tanpa membuka mata dia berbicara .
" Mak Som kenapa kacau Ary nak tidur tutup lah balik langsir tu " kata Ary dan mencapai sebiji bantal untuk menutupi wajahnya yang terkena cahaya itu .
Tengku Sarah yang mendengar bicara anaknya tersenyum . Maksom yea nanti maksom datang . Tengku sarah menuju ke arah bilik mandi dan mencapai baldi lalu mengisi air di dalamnya dan menuju ke arah Ary yang sedang beradu
" Splashhhh " ( tak pandai lahh nak buat bunyi air orang simbah )
" Arghhhhhhh Mama ! " jerit Ary apabila Tengku sarah menyiramnya yang sedang elok beradu seperti mamanya menyiram pokok bunga di taman mini milik mamanya itu di belakang rumah .
Maka satu umah dengar jeritan si Ary . Raja Ahmad yang baru sahaja membuka setelah pulang dari bermain golf terkejut apabila anak daranya itu menjerit terus kakinya melangkah laju ke arah bilik anak perempuan tunggalnya itu .
Tengku Sarah sudah tergelak melihat wajah masam anak perempuannya itu . Raja Ahmad yang mengetahui punca anak perempuan tunggalnya itu menjerit juga turut tergelak kuat .
" Ary bangun mandi lepastu Ayahanda ada benda nak bincang dengan Ary " kata Raja Ahmad dan berlalu kebiliknya untuk membersihkan diri setelah berpeluh main golf .
Raja Ahmad sudah fikir habis tentang rancangannya itu . Raja Ahmad juga sudah memberitahu Tengku Alexander dan Asyraf tentang niatnya itu .
Tengku Alexander iaitu ayah kepada Asyraf bersetuju demi membantu Ary mengingati semula . Raja Ahmad sudah selesai membersihkan diri dan menunggu di ruang tamu bersama Tengku Sarah sementara menunggu anaknya turun .
Ary yang selesai memakai baju turun ke bawah ayahanda yang ingin membincangkan sesuatu katanya . Dengan riang sambil menyanyi kecil Ary turun dari tangga dan duduk di sofa berhadapan dengan Ayahanda dan bondanya dan menghadiahkan senyuman manis buat mereka .
" Apa yang ayahanda nak bincangkan ? Penting ke sampai Ary kena ada sekali ? " Tanya Ary lalu memandang wajah kedua orang tuanya .
Raja Ahmad memandang isterinya . Tengku Sarah memandang suaminya . Raja Ahmad telah memberitahu niatnya kepada isterinya Tengku Sarah .
Tengku Sarah tidak membantah apatah lagi ini akan membantu untuk memulihkan ingatan anak kesayangannya itu . Dia tidak pernah terfikir tentang itu .
Tengku Sarah juga yakin bahawa Asyraf mampu kerana kemalangan yang berlaku itu bukan salah Asyraf . Sudah takdir yang menentukan kita perlu redha dengan apa yang terjadi . Ambil perkara itu sebagai iktibar untuk kita .
" Penting Ary . Ini soal hidup dan mati Ary . Keputusan Ayahanda mutamat , ayahanda nak Ary kahwin dengan Asyraf . Tiada bantahan " kata Raja Ahmad tegas namun ada juga kelembutan .
Ary agak terkejut dengan permintaan ayahandanya itu . " Tapi ayahanda .. " Belum sempat Ary menghabiskan ayatnya Tengku Sarah sudah bersuara .
" Ini semua demi kebaikan Ary sendiri " kata Tengku Sarah lembut . Untuk mengajar anak kita tidak perlu berkasar .
" Sekolah ? " tanya Ary . Kalau Aku kahwin aku tak sekolah ke ? Alamak aku nak SPM lahh .
Ehh jap ayahanda cakap aku kahwin dengan siapa tadi ? Asyraf ? Aduhh mamat tu aku dah lahh tak kenal dia lepastu nak kena kahwin dengan dia ouhh man .
" Minggu depan kamu nikah . Pasal sekolah kamu keluar asrama dengan Asyraf duduk umah ni . " Kata Raja Ahmad dan berlalu ke ruang makan .
Aku memandang sepi makanan yang dihidang oleh Maksom selera untuk aku makan dah hilang ni semua sebab arghhhhh . Benci nya ishhh .
Kahwin ? Muda ? 17 tahun ? SPM ? OuhhMG apa semua ni . Kalau ia pun nak aku pulihkan ingatan aku kenapa mesti kahwin dengan Asyraf . Atau mungkin Asyraf ada pada masa lalu aku ? Arghhh sakitnya kepala aku .
Lebih baik aku pergi rehatkan diri . kepala dah pening . minggu ni bujang minggu depan bini orang aduhhhh makin pening kepala aku bila fikir tentang itu .
Haiii guys . Sorry hambar and i think macam sikit ke dah ok ? Next part kita tengok Macam mana Asyraf dengan Ary so vote for next part . bye
YOU ARE READING
Bad Boy's School
Teen Fiction' Gemmes middle school boys ' Sebuah sekolah dimana keseluruhan pelajarnya merupakan lelaki . Tiada seorang pun perempuan yang terlepas ke dalam kawasan sekolah ini . Gemmes middle school boys hanya untuk pelajar - pelajar yang kaya dan sekolah ini...