BBS8

1.2K 21 0
                                    

Dengan sekali lafaz sahaja Raja Tengku Nur Sharieyna Anis sah menjadi isteri kepada Tengku Asyraf Enrique di ketika umurnya 17 tahun .

" Tahniah bro dah jadi suami orang dah . Jaga bini elok - elok taknak bagi aku " Kata Tengku Haikal dan tersenyum dan mengerling ke arah Ary yang cantik bertudung .

Asyraf yang melihat pandangan mata Tengku Haikal dan rakan -  rakannya menarik pinggang Ary merapatinya . Ary memandang Asyraf dengan pandangan ' Kau pehal ? Lepaslahh ' . Namun Asyraf buat tidak nampak sahaja .

" Behave Tengku Asyraf " bisik Ary perlahan di telinga Asyraf .

Tengku Haikal , Tengku Aiman , Harith dan Arieff sudah tersengih melihat drama tak berbayar yang dilakonkan oleh Asyraf dan Ary . Tengku Aiman dan Arieff berdehem .

" Kalau yea pun tak sabar tunggulah malam kita orang ada dekat depan kau orang lagi ni " Kata Harith selamba .

Ary yang mendengar gurauan selamba dari Harith pipinya sudah memerah menahan malu . Asyraf tersengih dan melepaskan pelukan di pinggang Ary .

" Saya nak naik atas dulu nak mandi " Kata Ary dan dapat anggukan dari Asyraf .

" Nak solat asar tunggu saya yea " Kata Asyraf . Ary hanya mengangguk dan berlalu naik ke tingkat atas .

Asyraf menghantar Ary dengan pandangan dan menhadap semula rakan - rakannya . Rakan - rakannya sudah tersenggih nakal . Asyraf mengeluh perlahan .

" Apa pandang - pandang ada hutang berapa sen ? " kata Asyraf selamba terhambur gelak rakan - rakannya .

" Gudluck bro " kata Tengku Aiman maka lagi sekali gelak rakan - rakannya terhambur .

" Aku bawah umur lagi lah gila " kata Asyraf dan mengetuk kepala tengku Aiman .

Maka Arieff dan Harith terhambur gelak mereka apabila melihat Tengku Aiman memuncung apabila sakit diketuk oleh Tengku Asyraf .

Asyraf tersenyum melihat Tengku Aiman merajuk dia merapati Tengku Aiman dan memeluk Tengku Aiman

" Baby janganlah majuk nanti kita nanggis jugak " Kata Tengku Asyraf dan membuat muka sedih sebenarnya dia nak tahan gelak dah .

" Aku bukan kunyit lah seton ! lepaskan aku aku tak nak bini kau kata aku nak apa - apa kan kau lahh . Lepaskan aku lahh " Kata Tengku Aiman dan menolak - nolak Asyraf agar melepaskannya .

Boyster sudah tergelak melihat drama yang ditayang oleh Asyraf dan Tengku Aiman . Sesungguhnya Tengku Asyraf adalah penghibur di dalam Boyster Asyraf lah yang sentiasa memberi nasihat kepada ahli Boyster yang lain . Tanpa Tengku Asyraf gelaplah Boyster .

" Kita orang balik dulu lahh Asy . Sian Ary tunggu kau nak solat asar dah nak masuk maghrib dah ni " Kata Harith ingin pulang kerana hari sudah menginjak senja .

Mereka bersalaman antara satu sama lain ada juga yang bergurau kasar sebelum mereka pulang . Asyraf hanya memandang kereta - kereta rakannya keluar dari kawasan banglo 3 tingkat itu .

Asyraf melangkah masuk kedalam rumah dan terserempak dengan Adik saudara Ary iaitu Shasha lalu menghadiahkan senyuman .

" Abang Asyraf tadi Kak Ary cari . Dia kata dia tunggu kat bilik nak solat " Kata Shasha .

Sebelum Shasha turun tadi Ary sudah berpesan apabila jumpa dengan Asyraf kata bahawa dirinya tunggu di bilik untuk solat bersama .

" Ouhh yea terima kasih " Kata Asyraf dan naik ke tingkat atas untuk menuju ke bilik Ary .

Sampau sahaja di atas , Asyraf memandang sekeliling Mak Aii ni rumah ke istana ni . Macam mana aku nak cari bilik Ary dah lah luas banyak bilik pulak tuhh aduhh .

Tengku Airiel yang memandang kelibat Tengku Asyraf yang terpusing ke kiri sekejap terpusing ke kanan pulak . Tengku Airiel menghampiri Asyraf .

" Kenapa Asyraf ? Ada masalah ke ? " Tanya Airiel .

Asyraf terkejut apabila ada suara yang menegurnya dari belakang nasib tak ada sakit jantung kalau tak jadi suami orang tak sampai sehari lahh jadinya .

" Emm .. Emm .. Aku cari bilik Ary . Tapi tak jumpa luas sangat rumah kau ni entah - entah nanti aku sesat bilik dah lah banyak pening aku kang salah masuk bilik pulak " Kata Asyraf dan tersengih malu .

Tengku Airiel mengelengkan kepala dan tergelak . Aduhaii kelakar betul adik ipar aku ni hahaha . Asyraf hanya tersengih jea . Tengku Airiel menunjukkan bilik Ary kepada Tengku Asyraf .

Asyraf mengetuk pintu lalu masuk ke dalam apabila Ary mengizinkannya untuk masuk . Waduhh macam pejabat gituhh . Asyraf melihat Ary yang duduk di depan meja solek dengan kepalanya ditutup dengan tuala mungkin basah .

" Dah siap ? Jap ehh saya nak mandi nanti solat sama - sama " Kata Asyraf .

" Hmm tapi saya tak .. " belum sempat Ary menhabiskan ayatnya Asyraf telah menyambung .

" Ouhh awak cuti ehh ? Takpelah saya mandi dulu awak rehat lah " Kata Asyraf dan melihat muka Ary yang memerah menahan malu namun begitu Asyraf mencapai tuala mandi yang diberi oleh Ary dan menuju ke bilik mandi .

Selesai mandi Asyraf melihat Ary sudah tertidur . Dia menunaikan solat maghrib dan isyak sekali gus . Sebenarnya dia nak solat asar tapi dah abihh waktu .

Asyraf menyakut sejadah itu kembali di tempat asal dan melabuhkan tubuhnya di sebelah Ary dapat didengari oleh Asyraf denguran halus Ary mungkin Ary terlalu penat . Asyraf mencium dahi Ary dan mengucap selamat malam selimut di tarik menutupi badan .

Bad Boy's SchoolWhere stories live. Discover now