Ary yang tidur terjaga kerana bermimpi yang Asyraf mencium dahinya . Ary cuba bergerak namun pergerakannya terhalang apabila ada tangan yang memeluk pinggangnya .
Ary memusingkan kepalanya dan berkata " Ouhh dia rupanya ingatkan siapa " kata Ary dan menutup matanya semula . Namun tidak sampai 3 saat matanya terbuka kembali dan
" Arghhhhhh " Jerit Ary kuat apabila dia sedar apabila Tangan Asyraf yang memeluknya .
Asyraf yang sedang lena tidur terkejut dari tidur apabila Ary menjerit di sebelahnya . Tangan yang berada di atas perut Ary dialih dan terus dia bertanya kenapa memjerit .
" Ehh - Ehh diam lahh . Kenapa kau jerit - jerit pagi - pagi ni " Tanya Asyraf pelik Tangan mengoyoh matanya yang masih kabur .
Apahal bini aku ni pagi - pagi jerit aduhaii ganggu tidur betul lah . Asyraf menekup mulut Ary agar diam bila dia rasa Ary takkan jerit dah dia lepaskan .
" Awak tu kenapa ? Main peluk - peluk saya . Tak malu eh peluk anak dara orang dah lah masuk bilik anak dara " Kata Ary dan menjauhkan diri dari Asyraf .
Asyraf yang mendengar hanya ketawa terbahak - bahak . Kelakar betul bini aku seorang ni . Dia amnesia ke apa .
Asyraf menepuk dahinya Ary memang Amnesia tapi takkan diaorang nikah semalam pun boleh lupa .
" Awak lupa eh ? Saya suami awak tau . Jadi buat apa saya nak malu " Kata Asyraf dan ketawa lagi .
Ary yang seakan tersedar terus menepuk dahinya dan mengucap . Ya allah macam mana aku boleh lupa mamat sengal ni suami aku . kata Ary perlahan .
Namun walaupun Ary hanya cakap slow , Asyraf dapat mendengar terbeliak biji mata dia bila dengar isteri dia kata bahawa dia mamat sengal .
Ary yang perasan Asyraf memandang kearahnya tajam , dengan perlahan berundur kebelakang dan lari ke bilik mandi sempat jugak dia menarik tuala yang digantung di tepi pintu bilik mandi itu .
Asyraf hanya mengelengkan kepalanya melihat telatah isterinya itu comel , macam kanak - kanak ribena .
Tiba - tiba senyuman di bibir lelaki itu mati bila teringat sesuatu . Kau jangan lupa Asy kalau dia kenal kau siapa sebelum ni , boleh ke dia maafkan kau ? Boleh ke dia jadi macam kanak - kanak ribena atau dia jadi mak harimau ? . Asyraf mengeluh perlahan .
Ary mengemas katil sementara menunggu Asyraf siap mandi . Dia membuat keputusan untuk turun ke bawah dahulu untuk membantu apa yang patut di dapur .
Kaki diarah perlahan menuju ke tangga sambil tangan mengoyang mengikut irama yang dinyanyikan olehnya . Irama gembira menandakan hatinya gembira .
YOU ARE READING
Bad Boy's School
Teen Fiction' Gemmes middle school boys ' Sebuah sekolah dimana keseluruhan pelajarnya merupakan lelaki . Tiada seorang pun perempuan yang terlepas ke dalam kawasan sekolah ini . Gemmes middle school boys hanya untuk pelajar - pelajar yang kaya dan sekolah ini...