CHAPTER 2

151 8 0
                                    

"ISAAC DEAN MANSON....?"

Wyatt menyebut kembali nama itu.

"Ya. Isaac Dean Manson. Dia seorang pelukis. Lukisannya ada terpamer di galeri ni." Terang Thomas lagi.

"Ya, aku tahu. Isaac tu pelukis."

"Kau kenal dia?" Thomas menyoal kembali Wyatt.

"Tak. Aku tak kenal. Tapi, muka dia ada dekat dalam majalah dan surat khabar, pasal pameran lukisan dia nilah!" Terang Wyat

"Jadi, kau ajak aku ke sini untuk apa? Hanya sekadar untuk melihat lukisan yang terpamer di galeri ni? Lagipun apa kena-mengena aku dengan pelukis tu?" Sambung Wyatt lagi dalam nada sedikit pelik. Dalam masa yang sama, cuba hendak menduga maksud sebenar Thomas membawa dirinya ke galeri ini.

"Tak ada masalah kalau kau nak tengok lukisan dekat galeri ni, silakan. Tapi janganlah terlalu bersikap cynical terhadap orang yang cuba nak bantu kau. Cuba buang sedikit egoistik kau tu. Bosan tau! Sebab itulah kau tak ramai kawan dan tak ramai yang nak berkawan dengan kau! Sebab sifat skeptical kau tulah! Dan ya aku faham, memang tak ada kena-mengena dengan kau tapi mungkin boleh membantu sedikit sebanyak dalam kes ni. Lagipun kes ni dah jadi kes berprofile tinggi. Kau nak aku dan Isaac tolong atau tak?" Thomas mula muak dengan sikap tidak professionalisma yang ditunjukkan oleh Wyatt itu. Sifat mementingkan diri sendiri seakan sudah sebati dalam diri Wyatt.

Wyatt merenung Thomas dengan pandangan tajam. Kata-kata Thomas itu ibarat belati tajam, menusuk terus ke jiwanya. Sakit! Satu pengakuan dari Thomas yang sungguh menyakitkan!

"Hhmmm....." Wyatt melepaskan keluhan berat.

"Baik. Kenalkan aku dengannya...."

                ...............................................

Setiap lukisan yang tergantung dilihat penuh penghayatan. Dia benar-benar kagum dengan si pelukis tersebut. Pandai bermain dengan ilusi warna. Terdapat pelbagai element dimasukkan pada kanvas lukisan yang dipamerkan di setiap ruangan dinding pameran. Paling jelas yang dapat dilihat pada setiap lukisan si pelukis itu adalah burung raven.

"Kenapa raven?" Bisiknya.

Wyatt cuba mentafsir erti sebenar burung raven berterbangan didada kanvas si pelukis. Kenapa terlalu penting burung raven itu kepadanya? Kenapa burung raven dijadikan subjek utama di setiap lukisannya? Apa yang pasti jawapan itu ada pada si pelukis tersebut atau itu hanya bentuk identiti yang cuba dicari oleh pelukis tersebut. Seorang pelukis sudah tentu pandai menghargai kanvas dihadapannya malah disetiap ruangan kanvas dipergunakan sebaik mungkin agar putih di kanvas dapat dilitupi dengan warna-warna yang indah dihujung berus lukisan.

Wyatt terkesima dengan hasil lukisan burung raven tersebut. Mengkagumkan!

"Wyatt!"

Wyatt tersentak! Terkejut apabila namanya disapa dari belakang. Dia menoleh.

"Ini aku kenalkan, Isaac Dean Manson. Pelukis yang terkenal dengan lukisan 'The Raven Flying On The Moon'...." Thomas memperkenalkan Isaac kepada Wyatt.

Wyatt memandang Isaac. Lelaki itu hampir sebaya dengannya. Terlihat rambutnya disisir kemas. Berkemeja biru berlengan panjang serta berseluar slack. Langsung tidak menampakkan dirinya seperti seorang pelukis.  Parut dikelopak mata Isaac itu dilihat dengan ekor mata sahaja. Sempat Wyatt mengerling ke arah sketch book yang dipegang kemas Isaac. Seolah-olah sketch book yang dipegangnya itu seakan lebih berharga dari lukisan yang terpamer di galeri itu. Wyatt mengerut dahi cuba untuk memahami dari pelbagai sudut. Namun bukan itu persoalannya sekarang. Persoalannya apa perkaitan dirinya dengan pelukis itu? Sungguh pun begitu, Wyatt tetap tersenyum. Lalu tangan dihulur tanda permulaan pada sebuah perkenalan.

SymbiosisWhere stories live. Discover now