CHAPTER 6

113 6 0
                                    

Wyatt bersandar di kerusi. Sesekali melepas keluhan berat. Pelbagai persoalan yang berlegar-legar di fikirannya. Terfikirkan keselamatan Fiona. Terfikirkan, kenapa Isaac seolah-olah menyasar dirinya. Serta terfikirkan nasibnya yang sedang ditimpa musibah berat. Berat menggalas tanggungjawab yang bukan dilakukan olehnya.

Hmmm....

Dia mengeluh lagi. Hampir 15 minit dia duduk di dalam bilik soal siasay itu setelah semalaman tidur di dalam cell. Sebuah bilik yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Terdapat sebuah meja dan dua buah kerusi. Di dua penjuru berhampiran pintu masuk betul-betul sedang mengadapnya, dua buah cctv yang mungkin sedang merakam tingkah lakunya di dalam bilik soal jawab. Terdapat sebuah cermin besar empat segi berada beberapa meter bersebelahannya.

Sebagai detective berpengalaman sudah tentu dia menyedari akan semua fungsi cctv dan juga cermin empat segi itu di dalam bilik soal siasat. Matanya tertumpu pada wajahnya yang tidak cukup tidur pada cermin empat segi disisinya. Dia sememangnya  sengaja memandang ke arah cermin empat segi itu, kerana dia sudah mengagak pasti akan ada mata-mata yang sedang memerhati kelakuannya disebalik cermin itu. Cuba untuk menilai tingkah lakunya atau mungkin sedang menduga reaksinya sama ada dia seorang psikopath ataupun tidak disaat dia sedang bersendirian di dalam bilik soal siasat itu. Perasaannya dapat mengagak, pasti sesi soal jawab antara dirinya dan dua ejen itu akan berlangsung dengan agak lama. Mujur pagi tadi sebelum ke bilik ini sempat dirinya menjamah dua keping donat dan satu cawan kopi tanpa susu yang dibeli oleh Paul.

Tiba-tiba daun pintu bilik itu dikuak oleh seseorang. Lalu muncul ejen Rolland dan ejen Clara sambil salah seorang dari mereka menjinjing tablet nipis bersaiz 10 inci di tangan. Kedua-dua mereka duduk menghadapnya. Lalu tablet itu diletakkan di hadapannya.

Sempat ejen Rolland merenung tajam wajahnya. Kian terserlah riak wajah ketidakpuasan hatinya pada Wyatt. Namun pandangan ejen Rolland itu sedikit pun tidak menggentarkan hatinya. Biarlah, fikirnya.

Dalam pada itu sempat ejen Clara membuka tablet itu di hadapan Wyatt. Ada sesuatu yang ingin ditunjukkan pada detective itu. Satu folder fail dibuka, maka terpamerlah empat wajah mangsa kepada The Immortal Serial Killer. Dimana wajah-wajah mangsa sedang tersenyum saat belum menjadi sasaran kepada sang pembunuh. Lalu ejen Clara mengeluarkan sesuatu dari poket jaket di bahagian sebelah kanannya. Seakan satu remote control kecil bersaiz empat inci. Kemudian remote control itu dihalakan ke arah dinding kosong di belakang Wyatt. Butang merah ditekan maka meluncur perlahan ke bawah sebuah screen televisyen bersaiz  50 inci tergantung di hadapan dinding. Lalu terpamerlah imej wajah-wajah mangsa di screen televisyen tersebut sama seperti yang terlihat di screen tablet yang dipegang oleh ejen Clara.

Wyatt memaling ke belakang. Melihat screen yang terpamer di screen televisyen tersebut.

"Cuba awak tengok wajah-wajah mangsa di screen televisyen tu. Perhatikan betul-betul wajah-wajah tu." Ejen Clara bingkas bangun lalu berjalan menuju ke screen televisyen tersebut.

Wyatt membatukan diri. Tidak menunjukkan sebarang reaksi. Kosong.

"Kenapa awak tak beritahu, yang awak kenal ke semua mangsa-mangsa ni? Salah seorang dari mereka adalah bekas pensyarah awak semasa di kolej dulu, iaitu William Smith. Kenapa awak cuba rahsiakan Wyatt?" Sambung ejen Clara lagi.

Wyatt masih diam. Berdiam bukan bermakna bersalah, tetapi belum masanya lagi untuk dirinya membalas hujah ejen Clara itu lagi. Biarkan telinganya menangkap terlebih dahulu segala andaian serta tuduhan yang bakal diterimanya. Kali ini dia lebih bersifat tenang. Cuba melihat permainan spikologi yang bakal digunakan kedua-dua ejen itu.

"Awak pernah keluar makan malam dua kali bersama Anastasia Bloom ketika diawal berkhimad sebagai polis di daerah ini. Ini telah disahkan sendiri oleh kedua ibubapa Anastasia dan rakan serumahnya. Manakala Mike Downey, awak mempunyai hutang tidak berbayar dengan mangsa selama dua tahun berturut-turut sebanyak 700,000 dolar hanya untuk membayar hutang mendiang bapa awak Tobias Banson Green. Jadi mangsa telah menggunakan saluran mahkamah untuk menuntut kembali hutang tersebut. Akhirnya mangsa menang terhadap tuntutan tersebut dan pihak mahkanah telah mengarahkan awak  membayar kepada mangsa sebanyak 600,000 dolar. Jadi, untuk membayar ke semua hutang mangsa, awak terpaksa menjual aset bapa awak iaitu kereta jenis Bentley Continental GT3 keluaran tahun 2018 dengan harga 2.5 juta dolar. Dan akhir sekali mangsa keempat, Suzanne Doyle berusia 29 tahun, perempuan simpanan bapa awak!"

SymbiosisWhere stories live. Discover now