CHAPTER 5

101 6 0
                                    

Wyatt merenung ke arah meja di dalam pejabatnya. Paul yang berada disebelah langsung tidak diendahkan. Sebenarnya mereka langsung tidak dibenarkan menyiasat kes itu lagi. Dua orang ejen persekutuan yang telah dilantik telah mengambil alih kes tersebut. Namun dengan berat hati Tuan Gibs terpaksa menggugurkan nama detective Wyatt dan detective Paul dari menyiasat kes tersebut.

Sungguh pun begitu hampir satu jam Wyatt menunggu berita keputusan darah di keluarkan. Makin lama dia menunggu semakin gelisah menyelubungi dirinya. Hanya Paul yang kelihatan lebih tenang dari dirinya.

"Kenapa lama sangat?!" Rengus Wyatt.

"Lebih baik biar dua ejen FBI itu yang uruskan kes tu. Kau tak payah ambil tahu lagi. Bukan ke aku suruh kau tunggu dalam pejabat masa kau call aku awal pagi tadi? Biar mereka yang uruskan. Tuan Gibs mahu kita uruskan kes lain pula!" Jelas Paul sambil membelek-belek fail kes yang baru diterimanya.

"Setelah aku berhempas pulas cuba nak menjejak pembunuh bersiri tu. Sekarang baru nak keluarkan aku dari kes ni! Bukan salah aku kalau pembunuh tu masih terlepas bebas! Sekarang ni aku cuma nak tahu, tulisan darah di cermin kereta aku dan juga tulisan darah yang diconteng di galeri Fiona tu milik Thomas ataupun tidak! Apa yang pasti benda tu semua dilakukan The Immortal Serial Killer! Entahlah, pembunuh tu dah ada nama pulak! Balthazar....!!" Rengus Wyatt menyuarakan isi hatinya kepada Paul.

"Aku sendiri tak tahu, bagaimana pembunuh bersiri tu tahu itu kereta aku? Seolah-olah sasarannya adalah aku? Kenapa kesemua lukisan Isaac di galeri itu juga turut menerima nasib yang sama? Dan lagi, kenapa Thomas hilang, tanpa dapat dikesan?" Persoalan demi persoalan mula menerjah di fikiran Wyatt saat ini. Semakin difikir, semakin buntu fikirannya.

Kes The Immortal Serial Killer itu pada awalnya hanya satu kes terpencil dan hanya melibatkan sedikit kerisauan penduduk Immortal City. Namun semenjak bilangan mangsanya kian bertambah dan pembunuh bersiri itu masih bebas ia menjadi satu fenomena yang lebih menakutkan buat penduduk Immortal City dan juga daerah-daerah yang berdekatan.

"Kenapa susah sangat kita nak tahu siapa sebenarnya pembunuh bersiri tu? Siapa Balthazar tu?" Sambung Wyatt lagi, sambil mengintai-ngintai ke arah luar dari dalam pejabatnya.

Tiba-tiba matanya tersorot pada pejabat Tuan Gibs. Entah apa yang dibualkan Tuan Gibs dengan dua orang ejen persekutuan itu atau lebih dikenali dengan FBI? Sesekali mata Tuan Gibs dan salah seorang ejen FBI itu memandang ke arahnya. Seakan mereka tahu Wyatt sedang mengintai mereka dari dalam pejabat.

"Kau tengok apa Wyatt? Lebih baik kau tolong aku tengok-tengokkan fail yang baru kita dapat ni! Beberapa kes kecurian barang berharga di dalam rumah penduduk Moon Garden." Paul masih lagi menyelak helai demi helai fail kes ditangannya.

"Entahlah. Aku pelik? Apa yang dibualkan Tuan Gibs dan ejen-ejen FBI tu? Kenapa diorang pandang aku lain macam?!" Wyatt mempersoalkan apa yang sedang dilihatnya tadi.

"Kenapa aku rasa tak sedap hati? Kenapa aku macam faham sangat pandangan diorang tu?" Sambung Wyatt lagi.

"Perasaan kau je tu...." jawab Paul acuh tak acuh.

Wyatt masih memandang ke arah pejabat Tuan Gibs lagi. Tetapi kali ini dia melihat Tuan Gibs sedang melambaikan tangan ke arahnya. Satu isyarat memanggil untuk Wyatt agar masuk segera ke pejabatnya! Iaitu sekarang! 

"Bos panggil aku!"

Paul hanya membontoti pandangannya melihat Wyatt keluar dari pejabat dan terus menuju ke bilik Tuan Gibs.

Wyatt berjalan menuju ke bilik Tuan Gibs. Ekor matanya dapat melihat beberapa mata rakan setugas yang lain sedang memerhatikannya. Wyatt tidak tahu, kenapa dia dipandang begitu. Bagai seorang pesalah!

SymbiosisWhere stories live. Discover now