CHAPTER 3

135 8 0
                                    

PRAKKK....!!!

PRAKKK.....!!!

Lelaki itu berjalan laju menuju ke parkir kereta sehingga terpijak ranting kayu sebesar jari telunjuk. Terasa dirinya seperti diekori seseorang dari belakang. Sungguh pun begitu dia tetap tidak dapat melihat kelibat seseorang yang mengekorinya sedari tadi memandangkan suasana di sekitar kawasan parkir itu agak gelap dan hanya berpandukan cahaya bulan sahaja.

Berpeluh-peluh lelaki itu mencari kunci kereta dengan menyeluk poket dibahagian kanan. Sedang dia cuba untuk menarik kunci kereta dari poket seluar tiba-tiba kunci keretanya terlepas dari genggaman dan terjatuh ke tanah dek kerana tangannya yang mengeletar kerana ketakutan.

KTIIIGGGG.......!!!!!

Lelaki itu terperanjat! Derdengar sesuatu benda jatuh dari belakangnya. Bunyinya jauh,tetapi cukup membuat dirinya terperanjat. Dia segera menoleh! Tiada. Namun begitu, apa yang menyebabkan ia berbunyi?

Lelaki itu semakin berdebar-debar. Matanya meliar memandang sekeliling. Cuba mencari kelibat seseorang yang mengekorinya sedari tadi. Peluh dingin mula merembes di dahi. Namun begitu dengan suasana yang agak gelap di kawasan itu telah membataskan penglihatannya. Dalam pada itu, pintu kereta segera dibuka. Tanpa berlengah, seperti biasa terus sahaja dia duduk di bahagian pemandu.

"Fuhh!" Dia menarik nafas lega. Terasa selamat apabila sudah berada di dalam kereta.

Sungguh pun begitu, perasaan takut tetap menguasai dirinya. Saat ini difikirannya mula terbayangkan pembunuh bersiri yang masih bebas di Immortal City. Dia mula terbayangkan yang bukan-bukan. Bagaimana kalau The Immortal Serial Killer itu akan muncul dihadapannya kelak, beserta dengan sebilah pisau ataupun kapak ditangannya? Apa tindakan yang perlu dilakukannya? Lari? Atau, melawan?

Lalu enjin kereta dihidupkan. Kedengaran deruman enjin keretanya memecah kesunyian malam itu. Namun belum sempat dia berbuat apa-apa, tiba-tiba....

"ARGGHH......!!" lelaki itu menjerit!

ZZAPPP!!!

Muncul tangan seseorang secara mengejut dari arah tempat duduk belakang, lalu terus sahaja merentap rambut lelaki itu ke belakang dengan kasar. Kemudian sepantas angin leher lelaki itu dikelar secara melintang dengan sebilah pisau tajam. Sehingga mengelepar tubuhnya diperlakukan begitu! Darah pekat mula mengalir dan membasahi ke seluruh tubuh lelaki tersebut. Dalam kesakitan saat nyawa dicabut si pembunuh itu, sempat lelaki itu memegang lemah lehernya yang telah terbelah dan dibasahi dengan darahnya. Akhirnya mata lelaki itu mula tertutup secara perlahan-lahan. Tangan lelaki itu mula jatuh terkulai dan kepalanya terdongak ke belakang. Baju yang dipakainya serta kerusi pemandu yang didudukinya habis lenjun dibasahi darahnya sendiri. Namun ia tidak berakhir disitu, sekali lagi leher lelaki tersebut dihiris-hiris dengan pisau dari belakang oleh si pembunuh terbabit sehingga memotong hampir habis sebahagian leher lelaki itu. Ya, itulah tujuan pembunuh tersebut, potong habis kepala mangsa-mangsanya!

Namun, sedang ralit si pembunuh itu cuba untuk menghabiskan kerja pemotongan leher lelaki itu dengan pisaunya, tiba-tiba....

BAMMM!!!

Entah dari mana datangnya, muncul seekor burung raven terbang meluru dengan laju ke arah kereta lelaki itu! Lalu terus melanggar cermin hadapan kereta lelaki itu dengan kuat! Secara sengaja! Berulang-ulang kali raven itu melakukannya! Tindakan burung itu bagaikan ingin menyerang si pembunuh terbabit. Raven itu terbang dan cuba menghempas tubuhnya dihadapan cermin itu lagi. Namun si pembunuh itu tetap meneruskan tindakannya memotong batang leher lelaki terbabit tanpa menghiraukan kelakuan burung raven tersebut. Dalam pada itu si pembunuh hanya memandang burung raven itu dengan pandangan tajam seolah-olah marah dengan kehadiran burung itu. Mata si pembunuh dan mata hitam burung raven itu mula bertembung. Sungguh pun begitu burung raven itu masih tetap melakukan aksi terbang dan menghempas tubuhnya ke cermin hadapan kereta lelaki itu lagi dan lagi. Kali ini tindakan burung raven itu bukan untuk menghalang si pembunuh tersebut tetapi cuba untuk menyedarkan kembali mayat lelaki yang sudah tidak bernyawa itu! Ya, itulah tujuan burung raven tersebut. Cuba membangkitkan semula mayat lelaki itu! Anehnya, walaupun sudah berkali-kali burung itu terbang dan menghempas tubuhnya di cermin hadapan, namun tiada langsung kecederaan atau patah pada tubuh badan dan sayap  burung raven itu.

SymbiosisWhere stories live. Discover now