Bab 2🍃

29 3 10
                                    

Irene mengabaikan jelingan maut, terus sahaja menyuap nasi ayam ke dalam mulut. Apa Yang penting sekarang, misinya mahu mengeyangkan perut yan sejak dari tadi berbunyi dan berkeroncong. Gelojoh sungguh Irene jadinya tatkala menikmati nasi ayam. Baginya, itu sudah cukup menyerelakan!

Ternyata kelaparannya membuatkan Irene mampu mengunyah mencecah kelajuan lima kilometer sejam! Laju tidak terkata demi memenuhi permintaan perut yang bergelora. Maklumlah, pagi tadi Irene tidak sempat bersarapan sebelum ke sekolah. Lebih parah, kelas matematik tambahan berlangsung selama dua masa. Dari pukul 8.40 pagi hingga 9.40 pagi, ia sudah menyedut saki-baki nutrien dan tenaga apabila semuanya dialirkan ke arah otak. Segalanya digunakan semaksimum mungkin bagi menyelesaikan perkiraan formula kuadratik yang begitu rumit. Lebih tambahan kronik apabila Cikgu Tan Yee Ern, guru matematik tambahan itu mengajar menggunakan pertuturan bahasa melayu yang tersendiri.

Irene yang memang pening mahu memahami formula kira-kira yang ditunjukkan, semakin biul apabila terpaksa mendengar dan kemudian membuat tafsiran sendiri. Istilah 'darab berapa?' menjadi 'dalab belapa?' Manalah kepala tidak berpusing bagaikan gasing! Satu jam duduk di dalam kelas matematik tambahan, terasa seperti duduk di dalam kelas memahami pelat orang cina!

Elite Highschool Where stories live. Discover now