Waktu rehat sudah tiga minit berlalu. Nayeon sama-sama berpeluh menyertai barisan beratur yang panjang bagi sekadar dua pinggan nasi ayam. Sepinggan untuk santapan dirinya, satu lagi untuk kawan baiknya, Irene. Alangkah baiknya sekiranya ada barisan Touch&Go yang lebih cepat dan pantas! Ini tidak, lambatnya barisan itu mengalahkan barisan siput sedut!
Sewaktu Nayeon sedang beratur. Irene ditugaskan untuk mencari meja kosong untuk mereka duduk. Namun, meja-meja di kantin Elite Highschool semuanya sudah penuh. Memang pelajar-pelajar lain lebih pantas dan tangkas berbanding mereka. Irene akhirnya terpaksa memilih kerusi panjang di tepi kantin yang diletak. Dia melambai-lambai ke arah Nayeon yang sibuk memanjangkan leher mencarinya.
"Asyik-asyik makan di sini! Sudahlah tidak ada meja, dekat pula dengan longkang besar. Hilang betul selera saya!" nayeon merungut geram. Mulutnya muncung tanda protes.
"Habis mahu buat macam mana lagi? Semua tempat duduk penuh. Kita duduk sahajalah. Di sini pun dapat makan juga. Sekiranya awak tidak ada selera makan di tepi longkang ini, saya cadangkan awak pergilah makan berdiri. Pergi betul-betul di tengah-tengah kantin itu!"
Nayeon menjeling geram apabila mendengar kata-kata kawannya yang satu itu.
"Mana boleh makan berdiri pula." Nayeon berfikir sendirian.
Akhirnya, oleh kerana tiada pilihan lain, Nayeon melabuhkan juga punngung dan duduk di sebelah Irene. Tetapi mukanya masih menunjukkan riak masam dan kelat semacam. Tanda tidak puas hati dan tidak menyukai situasi yang menimpa.
YOU ARE READING
Elite Highschool
Fiksi Penggemar[Intro Cast] Mingyu (Seventeen) Irene (Red Velvet) Wonwoo (Seventeen) Adrian Kim (Ulzzang) Jun (Seventeen) Scoups (Seventeen) Nayeon (Twice) Ahli Blackpink