Ketika Nayeon dan Irene melintas di meja kumpulan Blackpink, kedengaran suara hilai tawa menggedik bagaikan diva popular, Paris Hilton. Entah apa yang mencuit hati, hanya empat ahli Blackpink itu sahaja yang tahu. Gelak mereka bagai tiada penghujung dan aksi gedik itu begitu sinonim.
Nayeon segera berbisik kepada Irene. "Jalan lambat-lambat, saya mahu tengok perangai budak-budak macam bagus ini!"
Irene hanya mengangguk dan mula memperlahankan langkah kakinya. Matanya melirik tajam, telinga pula dipasang. Seperti penyiasat lagaknya!
"Girls, ingat ya malam ini!" Kita jumpa di hadapan pintu masuk THE GLITTER, tepat pukul 9.00 malam. Tema warna mesti merah jambu, " laungan Jennie demi melawan kebisingan pelajar-pelajar lain di kantin.
Tiga ahli mengangguk laju tanda persetujuan menyertai rancang hiburan malam minggu. Jelas segalanya sudah dirancang rapi dan padu.

YOU ARE READING
Elite Highschool
Fanfiction[Intro Cast] Mingyu (Seventeen) Irene (Red Velvet) Wonwoo (Seventeen) Adrian Kim (Ulzzang) Jun (Seventeen) Scoups (Seventeen) Nayeon (Twice) Ahli Blackpink