Bab 5🍃

15 3 2
                                    

"Habis, tunggu apa lagi? Marilah kita buat muka selamba dan makan di situ. Mereka bayar yuran sekolah, kita pun bayar juga. Kita boleh duduk di mana sahaja yang kita mahu." Nayeon masih berusaha memujuk Irene.

"Walaupun saya bayar yuran sekolah, saya tetap tidak mahu cari pasal dengan Blackpink."

"Mereka bukannya boleh buat apa-apa. Sekiranya mereka cederakan kita, kita beritahu guru bertugas! Lebih hebat, adukan terus pada stesen TV3. Kes buli memang jadi isu hebat sekarang ini! Wartawan TV3 tentu akan temu ramah kita. Bayangkan... Nayeon dan Irene ditemu ramah dan masuk Bulentin Utama. Kami adalah mangsa buli yang mahu keadilan!" Nayeon tidak berputus asa menggesa Irene. Idea-idea karutnya itu dikongsi bersama. Bersungguh-sungguh nampaknya!

"Pandailah awak! Awak lupakah yang guru-guru pun takut dengan Blackpink? Jennie anak Dato Kim. Ayahnya berpangkat dan berpengaruh. Apa saja yang Jennie buat, tidak pernah ditegur. Sekiranya berani cuit Jennie, saya berani kerat jari... guru itu tentu ditukar mengajar ke Fantasy Highschool. Jennie itu tidak ubah seperti golongan aristokrat yang ada kuasa kebal! Entah-entah,  TV3 pun ketakutan! " jelas Irene dengan panjang lebar.

Elite Highschool Where stories live. Discover now