Mereka bagaikan menjadi hamba di sekolah sendiri! Sedihnya! Tiba-tiba sahaja Irene tiada selera memandang nasi ayam di pinggan yang masih lagi suku berbaki.
Kenyataan itu amat sukar diterima, tetapi itulah situasi seberna Yang ditanggung oleh mereka. Segalanya berlaku kerana tradisi dan persepsi. Berkurun lama menjadi mentaliti.
Memang itulah scenario turun-temurun yang berlaku di Elite Highschool. Begitu jelas jurang perbezaan sosial yang wujud antara para pelajar.
Tanpa sedar dan tanpa syarat hitam putih yang termaktub di dalam mana-mana dokumen perjanjian, para pelajar di sekolah itu secara automatik dilabel dan diklasifkasikan mengikut piawaian.
Terdapat tiga lelas dan setiap pelajar ditentukan kelas masing-masing berdasarkan popularity masing-masing! Tahap kecemerlangan dalam pelajaran ternyata tidak bermakna. Paling penting, glamor dan popular!
Loceng berbunyi panjang menandakan waktu rehat sudah tamat. Irene dan Nayeon bergegas meletakkan pinggan kotor ke dalam besen Yang disediakan di tepi kantin. Mereka kemudian menyertai kumpulan beratus-ratus lagi pelajar lain yang berpusu-pusu menuju ke kelas masing-masing. Sekiranya lewat, takut pula didenda oleh pengawas bertugas.

YOU ARE READING
Elite Highschool
Fanfiction[Intro Cast] Mingyu (Seventeen) Irene (Red Velvet) Wonwoo (Seventeen) Adrian Kim (Ulzzang) Jun (Seventeen) Scoups (Seventeen) Nayeon (Twice) Ahli Blackpink