Alternate: 3

119 9 1
                                    

Kalaulah dari awal kau tak muncul dalam hidup aku, Fayyad. Kalau lah dari awal aku tak layan kau, Fayyad. Tapi, dalam hidup ni tak boleh guna istilah kalau untuk sesuatu perkara yang dah jadi. Sakit, Fayyad. Sebelum ni aku dah rasa sakit ni waktu dengan Adam. Tak pernah pulak aku sangka yang aku akan rasa sakit yang sama ni untuk kali kedua. Bertahun aku cuba lupakan Adam, bertahun aku cuba buang nama dia dari hati aku sampai akhirnya aku menangis mohon pada Allah untuk tolong ringankan apa aku rasa. Buang semua aku rasa pada Adam sebab aku dah tak tahan dengan semua aku rasa pasal Adam. 

Kau tahu aku pernah rasa sakit tu tapi mungkin kau taktau seberapa banyak aku sakit sebab Adam sebab tu kau tak pernah fikir betapa aku akan sakit lagi sebab kau bila kau mungkir janji. Bila kau pilih Maya sedangkan kau dah tabur bermacam harapan pada aku. Kau tak patut mention pasal kahwin dari awal kita kenal kalau kau tak bersedia untuk kentalkan hati kau waktu Maya muncul lagi menagih hati kau.

Kenapa kau boleh kentalkan hati kau untuk Maya bila dengan aku tapi kau tak mampu kentalkan hati kau untuk aku bila dengan Maya?

But yeah I guess the heart wants what it wants kan? Kau yang putuskan hati kau nak Maya. Kalaulah dari awal lagi kau sedar semua tu before kau approach aku, takdelah kau letakkan aku diantara kau dengan Maya yang mana akhirnya cuma aku yang sakit. Apa bezanya kau dengan Adam bila kau cakap Adam lelaki jahat masa aku cerita pasal Adam?

Susah untuk aku bukak hati aku sejak Adam. Kau lelaki pertama bukak hati aku selepas aku serik putus cinta dengan Adam. Aku tak pernah fikir aku boleh sayang lelaki lain selepas Adam. Aku fikir aku akan terus sayangkan Adam seorang sampai aku mati. Tapi mungkin Allah makbulkan doa aku bila aku minta waktu aku betul dah tak tahan dengan apa aku rasa jadi rasa sayang aku pada Adam pun hilang.

Tak mudah untuk aku terima kenyataan aku hilang 2 lelaki berturut-turut. Sanggup ke aku abaikan semua etika dan kesusilaan sebagai seorang manusia hanya untuk memiliki kau, Fayyad? 

Lambat: AlternateWhere stories live. Discover now