Alternate: 13

76 4 0
                                    

Aku minta diri untuk pulang sekejap dan memberitahu Fayyad aku akan datang semula selepas Maghrib dan juga makan malam. Sepanjang waktu sendirian aku, aku sibuk memikirkan sama ada aku patut berterus terang dengan Naufal tentang siapa sebenarnya yang aku jaga di hospital. Naufal tahu kisah percintaan aku sebelum ni tapi aku tak pernah bagitau identiti diri yang berkenaan sebab aku rasa tak penting pun untuk Naufal tahu. Jadi sekarang aku tengah berkira-kira. Aku rasa Naufal patut tahu. Aku taknak benda ni jadi isu.

Aku park kereta dalam perkarangan rumah. Aku dail nombor Naufal. Naufal angkat ketika deringan kali kedua. 

Aku: "Hi you. I want to let you know about something. Are you busy right now?"

Naufal: "Hi pretty. Quite but for you, I'll manage. Apa dia tu?"

Aku: "Hm actually the one friend yang I cakap I kena jaga dekat hospital due to accident is my recent ex. I think you should know about this. Are you okay with this?"

Naufal: "Oh I see. Do you still have feelings for him?"

Aku: "I don't."

Naufal: "Okay if you say so then okay. Just take care okay? By take care, you really know what I mean right?"

Aku: "Yes I do know. Thanks Naufal. I'll hang up now. See you, baby."

Naufal: "Take care sayang."

Berdegup jantung aku. Yeke aku takde perasaan dah dekat Fayyad? Dah tu kenapa macam rasa bersalah dekat Naufal eh? Siap berdebar ni rasa. Ah persetankan. I was just being nice to Fayyad. There's no lingering feelings. Aku yakinkan diri aku yang tak berapa nak yakin all the time.

Aku sampai semula di hospital pukul 9 malam. Fayyad sedang scroll handphone tatkala aku sampai. 

Aku: "Hai you. Wah dah boleh scroll phone. Dah okay ke tu tangan?"

Fayyad: "Tangan kanan ni okay lah. Yang lain macam tulah."

Aku: "You dah makan?"

Fayyad: "Dah makan dah."

Fayyad nampak takde mood nak bercakap jadi aku tak tanya dah. Aku baring di sofa dan selubung badan dengan selimut. 

Fayyad: "Betul ke you dah ada someone?"

Aku toleh ke arah Fayyad. Matanya masih melekap pada skrin handphone.

Aku: "Yep."

Fayyad: "Tak bagitau I pun?"

Aku: "Kena bagitau ke?"

Fayyad: "Tak kena lah tapi yelah selalu kan orang mesti happy ada pasangan dia mesti akan share kan."

Aku: "Doesn't feel like it. Belum ada ikatan apa pun so tak perlu pun nak share sangat."

Fayyad: "Oh yelah I lupa you jenis tak expose. So siapa nama dia? Kerja apa? Umur berapa?"

Aku: "Naufal, bawak kapal terbang and he's 3 years older than me."

Fayyad: "Oh Naufal.. Eh sesuai la nama korang. Nisrina, Naufal. NN initial. Okaylah I nak tidur. Goodnight you."

Pelik. Dah kenapa dengan initials nama bagai Fayyad ni pun? Ada kaitan ke secocok ke tak dengan initials. What a weird response.

Aku tidur tanpa balas apa Fayyad cakapkan. 

Aku bangun dengan dikejutkan oleh seketul mesej daripada Naufal mengatakan dia akan datang melawat petang nanti. 5 kali aku ulang baca. Tak jadi pape kan? 

Maka dengan itu tepat jam 5.15 petang, Naufal mengetuk pintu wad Fayyad. Aku sedang duduk dengan gelisah menunggu kedatangan Naufal. Naufal masuk setelah Fayyad menjawab "Ye". Naufal lambai dengan ceria ke arah aku. Tangannya mencapai tangan aku. 

Aku: "How you going sayang?" 

Terbit rasa rindu sementelah melihat wajahnya. Aku sampai lupa bila kali terakhir aku jumpa dia.

Naufal: "I'm doing great. Eh ni lah the one you said tu eh?"

Naufal menghampiri Fayyad.

Naufal: "Mind if I sit here?"

Fayyad: "Silalah duduk."

Naufal: "Thanks. So macam mana? Getting any better?"

Fayyad: "Macam nilah. Tangan kanan je okay boleh gerak. The rest... macam tu."

Naufal: "I see. So doktor cakap apa pasal terapi and rawatan?"

Aku: "He has to undergo fisio nanti. Around next week macam tu fisio start."

Naufal: "Are you going to accompany him for his physio?"

Fayyad dan Naufal pandang aku. Dua-dua menanti jawapan aku.

Aku: "Errr why should I? Fayyad's family balik this week kan. So i bet his mom akan jaga dia after this. I jaga sebab dorang takde je."

Fayyad: "Actually dorang stay sana for a month. Dorang tak jadi balik this week."

Aku: "Oh.. okay. Does that mean I have to accompany you for a month then?"

Fayyad angkat bahu tanda tak tahu.

Fayyad: "Takde paksaan. I can manage on my own even if you takde."

Aku: "Er how though?"

Berjeda tanpa jawapan. Naufal memecahkan kesunyian dengan meletakkan bakul buah atas meja.

Naufal: "Lupa pulak. Aku bawak ni untuk kau. Sorry ni je sempat aku beli."

Fayyad: "Eh takpe. Thanks sudi lawat aku."

Naufal: "You. Teman I makan kejap boleh? I tak makan lagi."

Naufal buat muka sedih sambil usap perut tanda lapar. Aku tergelak dengan aksi Naufal.

Aku: "Okay boleh. Fayyad, I keluar kejap okay. If you need me, you text or call jelah I okay. If you still have my number lah. If not, you dm je ig I."

Aku dengan Naufal berjalan ke kafe hospital. 

Aku: "You takpe ke nak makan dekat sini je?"

Naufal: "Eh takpe. Asalkan makanan. You dah makan belum ni?"

Aku: "Dah tapi I macam lapar lagi pulak tengok makanan ni semua hehe."

Naufal: "Hm you memang. Pencinta makanan kan. Oh, patutlah you nak je jaga Fayyad tu eh even your ex."

Aku: "Hah? Patutlah apa? Tak faham?"

Naufal: "Yelah, sebab handsome."

Aku: "Lah kesitu you ni. You pun handsome kan. Dia rupa hindustan, you rupa korea."

Naufal: "So you minat korea ke hindustan?"

Aku telan liur. Soalan KBAT ke ni?

Aku: "Dua-dua I minat. Ah dah jom makan."


Lambat: AlternateWhere stories live. Discover now