Alternate: 7

77 7 0
                                    

Hari makin gelap. Aku baring dalam khemah. Memandang siling khemah. Handphone aku berbunyi. Aku biarkan. Aku tutup muka dengan lengan. Bukan nak tidur. Tapi saja berehat dengan posisi begitu. 

"You."

Aku dengar suara Fayyad dari luar khemah aku. Aku biarkan. Setelah 5 minit aku biarkan Fayyad berjeda, aku dengar bunyi zip dibuka.

"Weh." AKu bersuara menegur agar perbuatan tu dihentikan. Zip masih dibuka.

"I tak pakai tudung. You nak apa?" Aku sambung bersuara agar zip tak terus dibuka.

"I nak cakap dengan you kejap. Boleh?" 

Aku mendengus kecil. Aku capai tudung aku dan aku sarungkan sebelum keluar dari khemah. Aku bukak zip khemah dan Fayyad berdiri di tepi kiri khemah aku. Aku memandang Fayyad dengan pandangan kurang senang sebab masa bersendiri aku diganggu. Aku pandang sekeliling. Semua yang lain ada dalam khemah masing-masing. Ikhwan sedang berbaring sambil mendengar lagu di hammocknya.

Fayyad jalan dahulu menuju ke arah berdekatan sungai. Aku mengikut jejak langkah Fayyad dan duduk atas batu sungai di sebelah Fayyad. Aku rendamkan kaki dalam air sungai. Selipar aku dah bukak sebelum duduk atas batu sebentar tadi. Fayyad pandang semua pergerakan aku. Aku pandang ke arah sungai.

Fayyad: "Lama dah ke you join semua ni?" 

Mata Fayyad masih memandang aku. Aku dapat rasa dari ekor mata dan aku masih tidak memandang muka Fayyad.

Aku: "Lama lah jugak. Dah 5 bulan pun. You bila kahwin dengan Maya?"

Fayyad: "Bulan 12 tahun ni. Jemputlah datang."

Aku: "Tak payahla jemput I. Bulan 12 I busy lagipun. I nak pergi KK."

Fayyad: "Travel?"

Aku: "Yup. And plan nak hike jugak. So sekarang ni tengah fitkan diri and get ready."

Fayyad: "Wow. Okay okay, I'm impressed. So you okay now?"

Aku: "Okay je. Nak tak okay sebab apa eh? Sebab you ke maksud you? Dah lama dah I okay. I terima dengan lapang hati."

Fayyad: "You bila nak kahwin?"

Aku: "Not this year. Or next year. That's for sure. I banyak plan dah. There's just so much yang I belum buat before I settle down."

Fayyad: "Dulu you tak kisah pun nak kahwin masa I ajak?"

Aku: "Yup. Tapi tak jadi kan? So of course I have to focus on myself."

Fayyad: "I'm sorry. I have to choose and I tak boleh tipu diri I yang I memang sayangkan Maya."

Aku angkat tangan. Taknak Fayyad teruskan.

Aku: "Please. I taknak tahu. That's between you and Maya. Say all your love for her to her, not to me. I don't need further clarification. You told me clearly last time and I do get it. I forgave you long time ago and please jangan bring up benda dah lepas. I datang sini nak clear my mind, bukan reminisce on past."

Fayyad: "Okay sorry for that. I should have been more sensitive. Kawan?"

Aku berjalan tinggalkan Fayyad dengan soalannya. Kawan? Seriously? After all this time? Dia ingat hati aku ni cap ayam ke. Aku mengomel sendiri dalam hati. Bau asap muncul dari unggun api berdekatan khemah kami. Aku lihat Kiran dan Afiq tengah kipaskan angin supaya kayu arang menjadi bara. Aku pergi ke arah mereka.

Aku: "Do you guys need any help?"

Kiran: "Yeah, we kinda need you to find kayu api sebab takut tak cukup arang. Maybe you can ask Fayyad and Ikhwan to help you out. Jangan pergi sorang."

Aku beri isyarat okay menggunakan jari. Aku toleh sekeliling. Cuma Fayyad yang ada. Aduh.. baru tadi aku blah je lepas cakap dengan dia. Takkan nak mintak tolong dia? Ego la wey. Nasib takde motor Ego sekarang ni. Kalau ada aku dah naik untuk menunjukkan aku ego. Ok sangat ada kaitan Irin. Aku berkira-kira di tepi Kiran dan Afiq. Aku buang motor Ego tadi dekat sungai, aku panggil Fayyad supaya datang kepada aku. 

Aku: "Teman I cari kayu api sikit sebab takut arang tak cukup."

Fayyad seraya itu mendahului aku. Aku dengan Fayyad mengumpul kayu-kayu untuk dibawa pulang. Aku diam dan Fayyad pun diam. Jarang ni Fayyad diam. Selalu ada je dia nak kepoh. Maka aku pun cuba pula ajak borak untuk menghilangkan rasa janggal yang mana kalau ada cengkerik pun dia letih nak bersuara dah sebab dah cukup janggal tanpa sound effect.

Aku: "Banyak tak kerja you dekat office?"

Fayyad: "Macam biasalah. I kan always busy. Bila jelah I tak busy kan."

Aku: "Betul jugak tu. Takde ke client you cari you waktu sekarang?"

Fayyad: "I tak angkat. Serabut. Balik nanti je I angkat call."

Fayyad kerja department marketing di sebuah syarikat jualan kereta mewah. Jadi memang ramai client yang akan menghubungi Fayyad atas urusan jual beli kereta, atau pun sekadar untuk bertanya atau merisik berkenaan kereta idaman.

Fayyad: "You still jadi programmer ke?"

Aku: "Masih, tapi sekarang I tengah takde kerja sebab I baru je tukar kerja dekat Cyber. Lagi 2 minggu baru I start. Sekarang tengah settle nak pindah area Cyber. Banyak barang I belum pack lagi."

Fayyad: "Oh so ni you nak pindah Cyber dahlah? Dekat lah dengan I nanti. Lepas kahwin kitorang nak pindah Putra."

Aku diam. Eeee nampak macam aku kisah ke nak tahu? Aku pusingkan mata ke atas dalam imaginasi aku. 




Lambat: AlternateWhere stories live. Discover now