Dari bilik siasatan itu, kelihatan ada ceceir pekat yang mengalir. Bau hanyir menyusuk ke dalam hidung. Detektif Azwan menghampiri dan mendapati itu adalah darah yang mengalir melalui celahan bawah pintu.
"Lim," Detektif Azwan mengangkat jari memberi isyarat supaya detektif Lim menghampiri dan memeriksa ke dalam.
"Ketang!" Pintu itu bergema akibat tendangan padu detektif Lim. Detektif Azwan menarik nafas dalam dan menghampiri dengan longlai.
Di pulasnya tombol pintu itu perlahan. Matanya diredupkan sambil memandang Detektif Lim.
"Apasal kau tendang? Boleh bukak macam ni jer kan. Aduh.. Kecohlah kau ni." Detektif Azwan membebel sambil kepalanya sudah terintai - intai ke dalam.
Detektif Lim mengangkat-angkat bahu sambil mencebik. Dia baru sahaja mahu menunjuk hebat.Tak sangka pula pintu tidak berkunci.
"Ada orang mati ni! Lim, pergi laporkan cepat." Sekali lagi detektif Azwan memberikan arahan.
Di penjuru bilik kelihatan pegawainya yang sedang bermenung sambil menggenggam dua kepala lututnya.
"Puan, apa dah jadi nih?" Sophie memandang kaku ke arah mayat lelaki yang kepalanya terdongak di kerusi itu.
Persoalan detektif Azwan, sedikitpun tidak diendahkan. Azwan kebingungan dan mula melihat sekeliling, terkejut dia apabila melihat Lim masih lagi tercegat melihat susuk kaku yang ternganga memandang ke atas.
"Lim, ko buat apa lagi termenung kat situ? Pergi dapatkan bantuan, cepat!" Lim tersedar daripada lamunannya dan mula melangkah tinggalkan bilik siasatan tersebut.
Azwan memeriksa nadi lelaki yang berlumuran dengan darah itu. Separuh wajahnya hampir tidak kelihatan akibat diselaputi darah yang sedang membeku.
**************
YOU ARE READING
Dendam Sophie
Mystery / ThrillerSophie.. seorang pegawai polis wanita yang di gantung kerja kerana terlibat di dalam tuduhan bunuh ke atas tahanan lokap yang masih di dalam soal siasat. Kebiasaannya, kes-kes penderaan, rogol dan bunuh yang melibatkan wanita. Penjenayah yang te...