Dendam Sophie Part 10

1.3K 24 3
                                    


Pandangannya kabur, badan terasa sakit-sakit dan sangat lemah. Makan tidak mahu, apatah lagi bercakap. Badannya yang ringan mudah sahaja diampu oleh dua orang pegawai polis masuk ke bilik bicara.

"Sofiya binti Zulkifli, nombor pengenalan dibacakan. Dituduh cuai semasa melaksanakan tugas sehingga menyebabkan kematian ke atas tahanan Jambit Anak Lelaki Galak 37 tahun, pada 13 November 2017 hari rabu di bilik inventori Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur di antara waktu 13:30 pm sehingga jam 14.00 pm sebelum kedua-duanya Inspektor Sofiya binti Zulkifli dan mayat Jambit Anak Lelaki Galak ditemui bersama 20 minit selepas itu oleh dua orang Detektif Azwan Zahari dan Detektif Hueng Lim, sebagai tuduhan pertama.

Awak juga dituduh terlibat dalam beberapa kes pembunuhan yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam yang membabitkan suspek-suspek penderaan seksual yang masih dalam siasatan. Mangsa terdiri daripada Jay Feng 29 tahun, Azman bin Sobri 32 tahun, Mohamad Hamid bin Dahlan 29, K.Mukilighan Samy 33 tahun dan Hanifah Ali bin Baharin 19 tahun yang akan dibicarakan secara berasingan. Awak faham dengan kesemua pertuduhan ini?

Yang Arif memandang ke arah Sophie selepas sebutan dibacakan. Tiada ada apa-apa jawapan yang diterimanya. Sophie masih seperti itu seolah-olah situasi yang sedang berlaku sekarang ini tiada kaitan langsung dengannya.

"Sofiya binti Zulkifli, sekali lagi saya tanya. Awak faham atau tidak dengan semua pertuduhan ini, perlukah saya ulang lagi sekali? Hakim Alan Kamarulzaman menegaskan bagi mendapatkan kepastian. Malangnya kesunyian tetap juga menjadi perhiasan menggusarkan hati semua orang di dalam bilik bicara di Makamah Tinggi Kuala Lumpur itu.

Pendaftar yang bertugas bangun dan bertanyakan soalan kepada Sophie. "Puan, puan.." Dia cuba untuk berbual, tetapi tiada sahutan. Sophie bermenung panjang memandang ke satu arah. Pandangannya tertumpu pada pintu. Difikirannya hanya membayangkan kebebasan, udara yang segar dan pemandangan baru.

"Puan.. okey tak ni, masih nak teruskan sebutan ni ke? Kalau rasa tak sihat, kita boleh tukar ke hari lain." Ketua pendaftar tu menjelaskan.

"Yang arif, tertuduh tidak memberikan apa-apa tindak balas.

"Kenapa Encik Sufian, ada masalah ke?" Ketua pendaftar itu sekali lagi menoleh kapada Sophie.

"Puan, minta beri kerjasama ya. Pertuduhan yang Tuan Hakim bacakan tadi tu awak faham dan nak mengaku bersalah atau mahu dibicarakan?" Selang beberapa ketika dan mulut Sopgie seperti dikunci. Mereka menjadi buntu dan akhirnya sebutan ditangguhkan sehingga tarikh lain.

Sophie dibawa semula ke penjara Kajang sebelum sebutan semula yang akan dibacakan pada minggu hadapan. Sampai sahaja di bilik selnya, Sophie terus sahaja merebahkan badan. Letih, perit kesemuanya bercampur menjadi satu membentuk seperti sebuah batu besar yang menghempap pada tubuhnya berat.

Buat seketika dia terlelap, memasuki ruang bangunan pejabat yang sunyi dengan simbahan cahaya yang sangat malap. Gerak diatur cukup berhati-hati. Pisau yang terselit pada kasut butnya telahpun dikeluarkan bersedia untuk bertindak jika perlu.

Langkah kaki semakin mendekati pada satu sudut utama di ruang bilik eksklusif Tuan Pengarah Haniah Ali. Dia mengintai ke dalam, lampu masih dinyalakan, tetapi tiada sebarang pergerakan yang dapat dikesan. Perlahan-lahan Sophie menjulurkan tengkuknya ke dalam. Kosong, pelik juga kerana keretanya ada di bawah tadi. Kerana itu Sophie begitu pasti yang Hanifah suspek utamanya masih ada di pejabat itu.

Bebola matanya menangkap pada satu objek pelik dilantai. Kelihatannya seperti sesuatu sedang sujud. Sophie mendekati lagi kerana mahu melihat dengan lebih jelas apakah objek tersebut

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 24, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dendam SophieWhere stories live. Discover now