Dendam Sophie Part 5

1.6K 16 9
                                    


"Tertuduh Jambit anak lelaki Galak berasal daripada kundasang Sabah, berusia berusia 32 tahum dijumpai tidak bernyawa ketika berada di dalam pengawasan pihak polis. Kejadian berlaku ketika soal siasat sedang dijalankan oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab menyelesaikan kes tersebut yang melibatkan tertuduh ini. Cara kematiannya adalah dengan peluru senjata milik pegawai bertugas telah mengenai tepat ke kepala tertuduh dan menyebabkan kehilangan banyak darah."

"Itu adalah diantara laporan polis yang dibuat oleh kerluarga tertuduh yang ditemui mati semalam tuan." ASP Laila memberikan perkembangan terbaru mengenai kes yang sedang menjadi buah mulut jabatan dan orang awam.

"Reman berapa hari?"

"Tiga hari tuan."

"Kenapa lambat sangat kes ni?"

"Maaf, Sophie tak mahu beri kerjasama tuan."

"Saya rasa, saya perlu jumpa dia. Awak rasa macam mana?" ACP Hassan meminta pendapat, dia teragak-agak walaupun merasakan perlu untuk memberikan sokongan kepada pegawainya yang sedang berdepan dengan tuduhan yang berat itu.

"Tuan tak perlu risau, biar saya uruskan. Saya akan sampaikan pesanan tuan pada dia."

"Terima kasih Laila."

"Sama-sama tuan, lagipun saya tak rasa Sophie mahu berjumpa dengan tuan atau tidak dalam keadaan macam ni. ACP Hassan hanya tersenyum seraya mengangguk perlahan sebelum menyatakan kesediaannya untuk membantu sekiranya Sophia perlukan apa-apa. Laila mengangguk faham sambil di dalam hatinya sudah terselit berbagai kekeruhan rasa.

Hari ketiga penahanan Sophie, barulah ASP Laila datang melawat untuk memeriksa keadaan anggotanya disamping mahu menyampaikan salam Tuan Hassan. Dia meminta polis bertugas untuk membawa Sophie di bilik pertemuan. Tak sanggup dia mahu mesuk ke dalam, boleh pengsan nanti fikirnya.

"Sophie diiringi masuk ke dalam sebuah bilik berhawa dingin. Sebaik pintu dikuak, dia sudah dapat menangkap susuk tubuh ASP Laila yang berdiri di satu sudut sambil membelek-belek fail ditangannya.

Kenyamanan bilik tersebut sedikit melegakan hatinya yang rasa terpenjara di dalam tempat tahanan sementara itu.

"Kenapa kau nak jumpa aku?"

"Tak pandai nak hormat orang ya!"

"Siapa kau aku perlu hormat?"

"Sophie, kenapa kau benci sangat dengan aku?" ASP Laila hairan, Sophie sejak awal lagi sering mencipta jurang di antara mereka. Seolah-oleh dia memang tidak mahu bermesra. Apakah sebabnya? Dia sendiri buntu.

Seperti ada satu rasa kebencian yang ditanam dalam hati membuatkan Laila terpaksa menerima kedinginan rasa yang dilemparkan oleh Sophie. Keadaan itu memaksa dia juga untuk meluahkan perasaan yang sama sehingga sudah sebati dalam diri.

"Kau arahkan Lokman berkasar dengan aku"

"Tak, kau salah anggap. Itu kerja dia untuk suruh orang bercakap kalau dia berdegil sangat."

"Kau seronok Laila, bila aku ke dalam. Jangan fikir aku tak tahu."

"Kau anggota terbaik aku. Kenapa mesti aku nak harapkan kau lama-lama di sini? Aku datang ni pun nak bawa pesan daripada Tuan Hassan." Sophie sedikit senang mendengarnya.

"Apa dia?"

"Dia suruh kau mengaku sahaja semua pertuduhan di mahkamah nanti dan hukuman kau akan diringankan."

"Apa maksud kau diringankan?"

"Kau tak membunuh dengan niat, hukuman terarah pada kecuaian sahaja. Sekurang-kurangnya kau tak ke tali gantungkan. Kira okeylah!" Laila tersenyum sinis.

Dendam SophieWhere stories live. Discover now