Dendam Sophie Part 8

1.2K 17 1
                                    



"Setelah mendengar semua keterangan saksi daripada ke dua-dua belah pihak, dengan ini keenam-enam tertuduh didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan rogol dan bunuh seperti yang didakwa." Keputusan dibacakan oleh Hakim Alan Kamarulzaman dan kesemua hadirin meninggalkan bilik perbicaraan apabila mendengar keputusan itu.

Ada yang berpuas hati dan ada yang tidak. Kebanyakan keluarga yang anak-anak mereka terlepas daripada tuduhan ini berlapang dada dengan keputusan hakim.

Safwan Adi bangun sambil membetulkan baju laurnya, menarik nafas lega dan kali ini dia sekali lagi berjaya melepaskan pesalah-pesalah rogol ini daripada dijatuhkan hukuman.

"Terima kasih." Itulah ucapan yang biasa diterimanya daripada keluarga tertuduh setelah semuanya selesai dan keputusan berpihak kepada mereka. Andai sebaliknya yang berlaku, usahkan mahu mengucakpkan terima kasih, ugutan bunuh juga pernah diterimanya.

Namun, kerana tuntutan tugas digagahkan juga untuk menerima segala kemungkinan. Sebelum melangkah keluar, Safwan Adi sempat mengerling kepada keluarga mangsa. Ibunya kelihatan lemah dan longlai, tak mampu berdiri.

"Tahniah, kau dah lepaskan setan-setan tu untuk rogol anak-anak kau pulak." Peguam yang mewakili keluarga mangsa menyapa dengan penuh hikmah.

"Aku hanya menjalankan tugas."

"Kau tahu mereka tu semua memang bersalah."

"Habis, kalau mereka memang salah, kenapa kau tak menang kes ni? hey, hujah kau tu laku sebelum hakim bacakan keputusan. Sekarang ni kau berhak untuk diam." Safwan Adi segera meningalkan tempat itu untuk mencari sedikit ketenangan.

Semua maklumat pelanggan yang dia berjaya bebaskan ada ditangan dan diteliti satu persatu-satu. Tidak kiralah siapapun yang dia wakili, salah atau pun tidak. Selagi ada keraguan yang boleh menyebabkan tuduhan tersebut gugur, dia akan usahakan sehingga tertuduh didapati tidak bersalah. Ini adalah mahkamah dunia.

****

"Kenapa dia digari ni? Lepaskan." Dr.Nadia pagi-pagi lagi dah sampai, mahu memeriksa keadaan pesaki-pesakit. Moodnya tak kelihatan baik hari ini.

"Kamu buat apa tu Maya?" Dr.Nadia menegur pesakit katil no 9 yang menggigit-gigit jarinya seperti mahu dimakan. Kelihatan ada beberapa orang doktor pelatih yang mengiringi juga meninjau keadaan pesakit di ward psikiatri itu.

Maya tidak mengindahkan lalu Dr. Nadia mengenakan sarung tangan seraya menyambar tangan Maya keras. Maya mempunyai kederat yang kuat, tetapi Dr.Nadia lebih kuat lagi. Dia menggunakan sepenuh tenaga menarik jari dengan kuku yang sudah hampir tertangal itu untuk diperiksa.

Kelihatan okey sahaja pada mulanya, tetapi apabila dipicit, meleleh darah keluar daripada jari kelinkingnya. Doktor-doktor muda yang berdiri jauh sedikit itu sudah terkulat-kulat melihatkan keadaan tersebut.

"Aminah, kenapa dengan patient ni? you tak pantau ke?" Ketua Jururawat itu sudah terkebil-kebil. Bersedia untuk terima apa sahaja yang mahu di hamburkan. Apabila tidak mendapat apa-apa jawapan, Dr. Nadia mengarahkan jururawatnya membersihkan luka tersebut.

"Cuci luka dia ni, sekarang." Dr.Nadia kemudiannya memberi amaran kepada Maya supaya tidak cuba untuk makan tangannya sendiri.

"Maya! Awak tak mahu tangan ni ke? Kejap lagi saya suruh nurse ni gunting tangan awak yer."

"Tak nak! Tak nak!" Maya meraung. Sedih seperti pungguk rindukan bulan.

"Habis, kenapa awak gigit jari ni sampai nak putus dah ni. awak lapar ke?"

Dendam SophieWhere stories live. Discover now