"Dah berapa lama kes ni? masih belum selesai. Macam mana saya nak jawab dengan pihak atasan nanti!"
ASP Laila dan S/I Razlan masih buntu untuk memberikan apa-apa jawapan. Kes itu bukannya mudah, mangsa tak mahu berikan keterangan. Bukti dan saksi tidak begitu jelas, suspek masih belum dapat ditahan kerana kedua-dua nama yang diberi memang ada alibi yang kuat.
ACP Hassan gelisah apabila prestasi jabatan Jenayah Penderaan Seksual dan Kanak-kanak dah mula merosot. Baru dua minggu Sophie ditahan, banyak kes yang sudah terbengkalai. Sebelum ini purata penangkapan dan dakwaan memang mengambil masa sedikit, tetapi apabila Sophie memberikan sepenuh perhatiannya pada satu-satu perkara, kes tersebut jadi cepat diselesaikan.
Itulah yang menjadikan jabatan ini terasa janggal tanpa kehadiran pegawai mereka yang seorang itu, bagaimana dia melakukannya? Ramai yang menganggap Sophie ada insting yang kuat sehingga dapat menghidu bau penjenayah.
"Tuan, untuk pengetahuan, kami sedang cuba untuk dapatkan keterangan menyeluruh daripada mangsa bagi mempercepatkan kes ni. Masalahnya pertindihan kenyataan yang meragukan daripada mangsa menyukarkan siasatan.
"Itu saya tak mahu dengar Laila, semua tu bukan baru hari ni awak hadap. Tak akan kekok lagi?" ACP Hassan, nada suaranya ditekan sedikit untuk mengingatkan pegawai kanannya itu supaya berhati-hati dalam memberikan penjelasan dalam laporan kes siasatan.
"Saya mahu perkara ni diselesaikan cepat, itu sahaja. Apa pun caranya saya tak perlu tahu. Awak berdua boleh keluar sekarang." Mereka sudah biasa dengan tekanan sebegitu, tetapi kali ini perasaannya terasa berbeza. Tambahan pula Razlan langsung tidak membantu mempertahankannya semasa di dalam tadi.
"Kenapa diam jer? Kes ni kita sama-sama terlibakan. Kau patut rasa bertanggungjawab sikitlah." Razlan langsung tidak mengendahkan, malah berlalu meninggalkan Laila yang masih lagi membebel. Terkulat-kulat wanita itu apabila cakapnya langsung tak member kesan. Tujuan utama Razlan hari ini adalah untuk bertemu dengan Sophie di Hospital.
Geram pula hatinya apabila tidak dimaklumkan berkenaan dengan penahanan Sophie di Hospital sakit jiwa itu. Pagi tadi, sebelum membentangkan laporan kes, ACP Hassan memberitahu tentang pergantungan Sophie daripada tugas. Ia berikutan daripada tindak balas beberapa pertuduhan yang Sophie bakal terima nanti.
Kelihatan seperti ada tuduhan yang ditokok tambah. Siapa lagi kalau bukan kerja Laila. Entah mengapa benci sangat dia pada Sophie, kerana itu dia tiada mood mahu berbual dengan Laila. Sampai sahaja di hadapan pintu ward itu, kelihatan Sarjan Lokman sedang berbual-bual dengan Detektif Dalma dan Detektif Izwan di pintu masuk utama.
Razlan tidak menghiraukan mereka dan terus sahaja memberitahu pada pengawal yang bertugas bahawa dia mahu bertemu dengan Sofhie. Mereka bertiga hanya memerhati sahaja, tanpa bertegur sapa.
"Maaf encik, ada urusan apa? Encik ni siapa dengan Sofiya Zulkifli?"
"Saya ada perkara perlu sampaikan pada dia berkaitan dengan kerja. Saya Inspektor Razlan, Sofiya pegawai atasan di jabatan saya."
"Sekejap ya encik, saya tanya di dalam dahulu." Selang berapa minit kemudian, seorang jururawat yang bertanggungjawab mengendalikan kes Sophie datang untuk memberikan penjelasan.
"Dia baru sahaja diberikan ubat, tak sedarkan diri. Mungkin encik boleh datang lain kali." Jururawat itu memberitahu. Tetapi Razlan tidak mengindahkan dan memaksa mereka membenarkan dia masuk juga ke dalam dan bertemu dengan Sophie.
"Lan, kau balik dulu. Nanti dia dah okey, aku bagitahu kau." Sarjan Lokman yang memerhati daripada tadi cuba mencari jalan penyelesaian. Dia sendiri tidak mahu Razlan mengetahui punca Sophie mengamuk sekejap tadi adalah di sebabkan oleh dirinya yang sengaja mengganggu emosi Sophie semasa dia menyampaikan surat pergantungan kerja pagi tadi.
YOU ARE READING
Dendam Sophie
Mystery / ThrillerSophie.. seorang pegawai polis wanita yang di gantung kerja kerana terlibat di dalam tuduhan bunuh ke atas tahanan lokap yang masih di dalam soal siasat. Kebiasaannya, kes-kes penderaan, rogol dan bunuh yang melibatkan wanita. Penjenayah yang te...