Dendam Sophie Part 2

3.6K 26 16
                                    


Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, ACP Hassan Jailani baru sahaja selesai menghadiri sidang media tergempar membabitkan tuduhan bunuh ke atas pegawai atasannya, Insp Sofiya Zulkifli. Dia tidak kelihatan gembira dan mahukan perkara ini selesai cepat sebelum lebih banyak spekulasi yang timbul disebabkan kes ini.

"Macam mana?"

"Tak ada buat pengakuan tuan, tapi kami dah tahan dia untuk siasatan lanjut"

"Kamu semua rasa ini kerja dia ke? Apa motif dia nak bunuh tahanan tu?" ACP Hassan kebingungan. Sophie ialah pegawai terbaiknya. Perkara yang berlaku sangat dikesali. Namun, tak banyak yang boleh dilakukan untuk membantu.

Detektif Lim, Izwan dan ASP Laila membatukan diri. Dalam pada itu, Sub Inpektor Razlan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian D11, juga pembantu kepada Inpektor Sophie datang untuk memberikan beberapa maklumat penting berkaitan dengan kes tersebut.

Pintu diketuk, selepas mendapat kebenaran masuk, S/INSP Razlan masuk dan memberikan tabik hormat kepada Tuan Hassan.

"Lan, amacam? Hang ada apa-apa berita tak?"

"Tuan, saya mohon untuk terus memantau keadaan emosi Insp Sofiya, memandangkan dengan apa yag dah berlaku ni, tentu dia akan mengalami tekanan, harap dapat kelulusan daripada pihak Tuan." Permohonan tersebut mengundang senyuman sinis oleh ASP Laila yang sememangnya suka dengan berita penahanan tersebut.

"Hmm.. pastikan dia berjumpa dengan Dr. Nadia dan yang lain juga. Tetapkan satu temujanji berjadual dan laporkan tahap kesihatan semua pegawai dan kakitangan saya, ini arahan. Tak ada siapa yang boleh mengelak."

"Faham tuan!" Masing-masing memberikan tabik hormat sebelum meninggalkan pejabat itu.

Di sebalik jeriji besi itu, Sophie dapat melihat dari sudut pandang semua tahanan yang pernah disumbatnya ke dalam. Tak pernah dia menduga akan mengisi kekosongan lokap itu pada malam hari jadinya. Teringat kembali, masa-masa indah ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran di Rumah Anak-Anak Yatim Hj. Roslan.

"Kak, bukaklah! Sally menghulurkan satu kotak kecil bewarna biru dengan reban pink. Kotak itu disambut mesra, kuntuman bahagia tidak lekang-lekang daripada bibir merah Sophie. Adiknya itu tidak pernah lupa tarikh hari lahirnya. Siapa lagi yang dia ada selain kakaknya yang seorang ini? Pastilah dia tak pernah lupa.

"Adik, buat apa susah-susah. Akak dah besar, tak payah dah bagi hadiah macam ni."

"Ala... kakak tak suka?"

"suka! Tapi macam mahal jer ni."

"Tak apalah.. kalau untuk akak, nyawa pun adik sanggup korbankan."

"Adik! Jangan cakap macam tu." Mata Sophie terbeliak, marah dengan kenyataan adiknya yang seorang itu. Wajah ayu yang tadinya gembira, tiba-tiba sahaja berubah.

"Betullah adik cakap kak.. adik sayangkan akak." Ada nada sendu dalam suara itu. Tiba-tiba sahaja Sophie manjadi sayu hati. Mungkin dia terlalu berkeras dengan adiknya. Sejak kebelakangan ini dia sedikit tertekan. Emosi mudah terganggu dengan kehadiran penghuni baru pusat jagaan ini.

Rahman dan adik-beradiknya yang nakal suka mengganggu Sophie. Mereka ada juga mengugut mahu mencederakan adiknya jika dia tak mahu menurut kata. Beberapa hari lepas, mereka bergaduh besar sehingga Hj. Roslan masuk campur.

Isunya cuma perkara kecil sahaja, Rahman mengejek kakaknya tak comel dan tak akan berkahwin sampai bila-bila sebab mukanya yang jelek. Mulut celupar Rahman membuatkan Sally mengamuk.

Sophie tidak tahu menahu tentang perkara itu sehingga dikhabarkan sendiri oleh Hj. Roslan. Adiknya memang seorang yang melindungi dan sedikit terburu-buru. Tidak tahu mengawal emosi. Adik beradik Rahman itu suka menyakat, apabila mengetahui yang Sally seorang yang panas baran, lagilah galk mereka menyakat.

Dendam SophieWhere stories live. Discover now