PUNAT yang bertulis 'stop' ditekan sebelum treadmill yang sedang bergerak laju itu bertukar perlahan dan akhirnya berhenti.
Amanda capai tuala kecil di pemegang treadmill dan lehernya yang sudah dipenuhi peluh dilapkan. Telefon bimbit yang diselitkan di poket mesin itu dia ambil dan dilihat notifikasi yang dia belum buka sejak malam tadi. Dia memang jenis yang tak suka buka notifikasi pagi-pagi. Lagi-lagi kalau notifikasi itu berkaitan kerja.
Dia turun dari mesin treadmill dan berjalan tenang menuju kearah sofa yang terletak di sisi gim mini itu, botol air yang dibawa bersamanya didekatkan ke bibir dan air diteguk. Letih.
Dia duduk diatas sofa dan pesanan Whatsapp dari Gina dibuka.
Babe, I nak jumpa you malam ni. Urgent
— GinaLama Amanda memerhatikan masej itu, apa yang urgent sangat? Tidak mahu berfikir panjang, Amanda bersetuju untuk bertemu dengan Gina di tempat yang biasa mereka bertemu.
Kemudian, mesej dari Bobby pula dibuka.
Good morning, tinkerbell!
Harini I tak datang
Jangan lupa makan vitamins
Jangan lupa lunch
Jangan jadi midnight owl sebab besok you sibuk sangat sangat!
Bye babe, love you!
— BobbyAmanda balas ucapan cinta Bobby dan bangkit untuk keluar. Selain Hans, Bobby juga sangat obses dengan penjagaan kesihatan seorang Amanda. Disebabkan terlepas lunch atau terlupa minum air yang cukup pun, Bobby boleh membebel 7 hari 7 malam.
Masuk sahaja ke dalam bilik tidurnya, pakaian ditanggalkan dan dia terus masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.
Keluar sahaja dari bilik mandi, dia ke bilik pakaian pula dan jumpsuit berwarna hitam dicapai lalu disarungkan ke tubuh. Wajahnya bebas tanpa sebarang mekap, hanya bibir diserikan dengan lip balm. Rambut diikat tinggi menjadi satu, perfum disemburkan ke tubuh dan dia selesai.
Turun sahaja ke tingkat bawah, Jenny yang sedang menghidangkan sarapan diatas meja disapa dengan satu ciuman di pipi wanita berusia 50 tahun itu. "Selamat pagi, si cantik!"
"Selamat pagi, sayangku. Duduk sini, breakfast"
Amanda akur. Kerusi yang berada disebelahnya ditarik sambil mata memandang menu sarapan pagi yang menggiurkan. "Poqui poqui?" Soal Amanda dengan senyuman.
"Yes, I know you are on diet so made poqui poqui for you" balas Jenny. Susu coklat dituangkan ke dalam gelas Amanda.
"Thank you Jenny. You are the best!"
Selesai bersarapan dengan Jenny, Amanda terus meminta diri untuk keluar. Enjin keretanya yang jarang sekali bergerak dihidupkan lalu kereta sedan itu dibawa meluncur keluar dari perkarangan rumah menjejaki jalan yang dibawa aplikasi waze.
Dia tak sibuk, tapi dia banyak urusan.
Hari ini Hans tak ada, dia ke luar negara atas urusan kerja. Hans memang selalu begitu... sibuk sampai tak ada masa. Bukan untuk orang keliling dia, untuk diri sendiri pun sama. Sebab itulah agaknya sampai sekarang Hans tak kahwin-kahwin lagi.
Bercinta pun baru berapa kali sahaja.
Ah, kata orang... apa bezanya dengan Amanda? Dia sendiri tak pernah bercinta dengan sesiapa seumur hidupnya. Dia tak mahu, banyak lagi benda nak difikirkan. Dia tak mahu libatkan diri dengan jerat perasaan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Book 4 : Seduction
RomanceMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...