1

25.1K 243 0
                                    

Lagu panama dance yang kali keberapa entah berdering pada iphone 6s kepunyaan Aulia Haziqah menandakan ada panggilan dari seseorang.

Aulia mendengus.

"Siapa pulak call pagi pagi buta ni. Kacaulah!" Rungutnya tidak puas hati. Padahal dah tengah hari. Tengkorak dia lah pagi. Nak taknak terpaksalah angkat. Cukup bingit telinga dia dibuatnya. Nak tidur pun tak tenteram!

Tangannya meraba raba katilnya mencari iphone 6s. Ah jumpa pun! Gumamnya apabila menangkap sesuatu objek. Mata yang dari tadi dipejam terpaksa dicelik untuk melihat nama si pemanggil.

Eisha Husna
La dia ni nak apa call call gumamnya dengan menggosok mata. Secara tak langsung Aulia menjawab panggilan itu.

"Ha hello. Nak apa? Kacaulah orang nak tidur" adu Aulia. Sempat dia menguap dihujung ayatnya.

"Ala weh tidur lagi ke. Aku baru nak ajak keluar. Bosan tau aku harini" ajak Eisha merangkap sahabat baik Aulia.

"Hmm yelah. Ws lah, aku nak mandi jap" terus telefonnya di letak pada meja solek. Aulia membuat muka. Ikutkan hati dia hanya mahu menghabiskan cutinya dengan tidur.

Aulia bangun dari baringannya lalu duduk di birai katil. Mukanya diraup lalu badannya diregangkan sehabis boleh sambil menguap puas. Itulah rutin harian Aulia selepas bangun tidur. Rambutnya yang kusut dirapikan kemudian disanggul ala kadar.

Tuala mandi pada kepala katil dicapai. Sebelum melangkah ke bilik air, sempat dia bercermin diri. Aulia mengukir senyuman seolah-olah sedang berada dihadapan kamera. Comel.. pujinya sendiri..

Usai membersihkan diri, Aulia membuka almari bajunya. Semua bajunya dipandang satu per satu. Inilah masalah wanita. Taktahu nak pakai apa. Padahal berlonggok bajunya! Pelbagai fesyen dia miliki.

Aulia termenung lama.. cuba membuat keputusan.

Setelah 2000 kali nafas ditarik dan dihembus akhirnya sel-sel otak berhubung. Aulia hanya mengenakan seluar skinny putih serta dipadankan dengan blouse merah yang bertali reben pada pinggang.

Foundation dan lipstick dikenakan pada wajah. Rambut disanggul.

Aulia berdiri lama di depan cermin. Wajahnya yang cantik bak bidadari diperhati setiap inci. Rupa aku tidak seiras ibu, ayah juga tidak. Aku sendiri pelik. Memang dari kecil dia sedar..

Tak apalah. Tak semestinya semua nak kena sama. Dekat luar sana banyak juga macam aku. Tak iras.

Kedua bahunya diangkat serentak. Bibirnya cuba mengukir senyum.

Eisha Husna❤
Dah siap belom woi
Aku datang rumah kau eh
Bye aku gerakkkk!!!

Tapak tangan Aulia hinggap pada dahinya selepas membaca ws dari Eisha. Aduh sahabatnya ini tak pernah tak selebet lah. Jari Aulia mula menaip sesuatu
And,
Tap!

Ok aku tunggu

Bluetick.

Lebih kurang 20 minit kedengaran bunyi hon kereta sahabatnya. Rotinya yg tinggal separuh terus dingap kedalam mulut. Ibu Aulia didepannya membulatkan mata lalu menggeleng melihat reaksi anaknya itu. Aulia tersengih apabila perasan ibunya memerhati dia.

"Bye mak, liya keluar dulu!" Tangan ibunya diraih lalu dikucup.
"Jangan balik lambat ya"
Empat jari Aulia digenggam, ibu jarinya dinaikkan keatas. Mengisyaratkan baik-bos-

"Jom pergi Time Square, aku nak main game. Teringin pulak"
"Yelah.. aku ikut kau je"

FIRST TIME! SO NORMAL KALAU ADA KEKURANGAN HEHE.

VOTE

Engkau Syurga AkuWhere stories live. Discover now