8

12K 181 4
                                    

Daripada tadi mereka berlawan mata. Bibir diketap, rahang digesel ke kiri dan ke kanan. Kening pula berkerut tidak puas hati.

Sarapan pagi yang terhidang tidak di usik. Geram! Yelah, kaki Sheikh Rayyan tidak lepas dari menendang, menyepak kaki si Aulia dari bawah meja. Kenapa suka cari pasal sangat ha?! Gumam Aulia sambil mendengus kasar.

Mata-mata disitu memerhati mereka hairan sambil menyuap dan mengunyah nasi goreng. Datuk Mustapha berdehem tetapi mukanya mengacah tidak tahu apa-apa. Aulia yang mendengar itu faham apa yang dimaksudkan.

"Aduh, main tenung-tenung mata pulak. Nakal kan korang!" Tukas Khaliq sambil tersengih nakal. Kepala diangguk perlahan dan mengerdip mata ke Aulia lama seperti mengesyak sesuatu.

What? Nakal?!

"Diamlah!" Balas Aulia. Khaliq mengangkat kedua-dua tangannya seperti penjenayah ditahan polis. Ok fine!

Pantas dia melarikan pandangannya ke makanan. Sudu garfu dan senduk dilagakan untuk memaut nasi lalu disuap kedalam mulut. Walaupun sedap, tapi tak mampu menyedapkan hati ini. Hahaha.

Nafas dihela berat. Sesekali Aulia menjeling Sheikh Rayyan sambil bibirnya ditolak ke atas. Dahlah tumpang rumah orang lepastu takde adab. Eh selamba badak kau!

Dan buat kali keberapa Sheikh menendang kaki gadis itu. Rasa panas je bila Lia memandangnya tidak puas hati.

Segera Aulia membawa kakinya ke atas dan bersila pada kerusi. Kalau tak buat macamtu, entah sampai bila dia nak berhenti? Rasa dah berdenyut-denyut kakinya sekarang ni..

Sudu diletak kasar pada pinggan sehingga bunyi terhasil. Dadanya turun naik menahan sabar. Rambut yang terjuntai dirapikan ke belakang telinga. Mata memandang bawah.

Dapat dirasakan Sheikh Rayyan masih lagi memandang Aulia tajam. Tak penat ke? Tahulah aku ni lawa orangnya. Sempat pula memuji diri sendiri..

Sheikh tersenyum sekilas melihat gadis itu sudah naik berang. Dirasakan comel baginya. Muka merah-merahnya membuat dia geram. Alolo.. nak cendol?

Aulia mengangkat kepala memandang Sheikh. Ingin memastikan yang dirinya masih diperhati atau tidak.

Terus gelabah Sheikh dibuatnya apabila perasan Aulia memandang yang sedang senyum sendiri. Jantung berdegup laju. Segera senyuman itu dimatikan.

"EHEMMM" sambil membetulkan diri.
Dia berlakon serius dan membalas pandangan Aulia kali kedua. Muka digarangkan sehabis mungkin untuk menakutkan Aulia. Tapi hampeh.. reaksi Aulia biasa sahaja. Terasa malu sedikit dapat sambutan hambar dari Lia.

"Senyum-senyum apa kau?" Tukas Aulia. Sengaja nak kenakan Sheikh. Ingat aku tak nampak? Aulia senyum sebelah. Inilah masa yang sangat sesuai untuk balas dendam.

"Liaa.. apa buat macamtu dekat tetamu" tegur Datin Raihana. Sheikh senyum kemenangan. Aulia mencebik. Menyampah pulak!

Lelaki separuh umur itu menggeleng perlahan. Nafas dihela lalu berfikir sejenak. Tangannya menekup mulut untuk menutup sengih nya. Hehehe. Itu dia guys!

Datin Raihana menyedari kelakuan pelik suaminya. Kening di angkat ingin tahu. Segera Datuk Mustapha meletakkan jari telunjuk pada bibir. Shhhutt... Datin Raihana mengangguk faham.

Dalam beberapa saat mereka tersenyum kecil kecuali Aulia dan Sheikh. Dorang bukan perasan pun. Macam boleh agak kan apa Datuk Mustapha fikir?

Selesai bersarapan, Aulia mengangkat pinggan-pinggan ke sinki. Rajin pula dia ni tiba-tiba. Tapi tak cukup rajin bila pinggan Sheikh dibiarkan begitu sahaja..

'Kalau tetamu lain rajin je bawak pinggan ke dapur. Dia ni? Kepala otak kau lah' Aulia bermonolog.

Sempat dia mengerling Sheikh yang sedang enak menonton televisyen. Amboi amboi. Nafas dihela berat.

Egonya cuba dikawal. Akhirnya pinggan Sheikh diambil juga. Dia berfikir logik. Lelaki kan..

●●●

Kepala yang tidak gatal digaru. Dahi berkerut pelik.

"Mak buat apa masak banyak-banyak harini?" Soalnya sambil berpeluk tubuh. Tapak kakinya pula menguis-nguis lantai.

"Kawan lama mak nak datang. Tadi dia baru call. Dia kawan baik mak dari zaman anak dara lagi tau." Terang Datin Raihana panjang lebar.

Mulut Aulia dibuat bentuk O sambil mengangguk perlahan.

"Lagipun kawan mak tu--" belum sempat Datin Raihana menghabiskan katanya, Aulia menghalang.

"Dah dah! Mak masak jelah." Sampuknya sambil membuat muka. Nasib baik ibunya sudah biasa dengan sikap loyar buruk Aulia. Baginya bukan kurang ajar, cuma bergurau kasar sahaja.

Datin Raihana mencebik manakala Aulia tersengih. Lucu pula!

"Taknak tolong ke?" Tanya wanita separuh umur itu setelah lama Aulia hanya berdiri tegak memerhati ibunya. Kening dijongketkan menunggu jawapan.

Aulia mengangguk mahu. Pantas dia menuju ke dapur gas untuk mengacau ayam yang sedang digoreng dalam kuali.

Ala.. bukan selalu...

Niatnya nak meluangkan masa dengan Khaliq tapi ada Sheikh tak guna tu pulak. Nak duduk main fon, hmm tak ada yang menarik. Serabut serabut!!

Baik tolong mak dekat dapur, sekali sekala jadi perempuan.

Habis, selama ni aku lelaki ke?

Selesai memasak, Aulia menghidangkan ayam goreng berempah, gulai nenas, buah tembikai dan banyak lagi disusun atas meja makan.

"Yes, dah siap!" Tangannya ditepuk sekali tanda puas hati. Best lah pulak.

Dahi berkerut. Ramai sangat ke yang datang? Soal hatinya..

Kedua bahu diangkat serentak. Biarlah. Yang penting dia perlu mengatur langkahnya ke bilik untuk membersihkan diri. Panas berpeluh. Habis basah bajunya ni. Fuh rimas!!

Semasa Aulia melangkah di ruang tamu, Sheikh sempat melirikkan mata ke arahnya. Air liur ditelan kasar. Matanya langsung tidak dikelip.

Melihat tshirt Aulia yang basah melekat tubuh rampingnya dan seluar paras lutut.

Punggungnnya naik-turun selang seli apabila berjalan dirasakan seksi baginya.

Khaliq yang menyedari perbuatan Sheikh pantas memukul bahunya. Mahu tersedak Sheikh yang sedang mengunyah gula-gula. Sheikh menjeling.

"Tumbuk muka kau kang tahulah" bisik Khaliq sambil penumbuk di acu di depan muka Sheikh. Ambik kau. Cuak juga Sheikh.. tetapi dia cuba beriak selamba. Dalam diam dia menguntum senyuman.

.

MAAF LATE! KEEP SUPPORT AND VOTE!

Engkau Syurga AkuWhere stories live. Discover now