7

12.1K 171 3
                                    

Aik tak pernah nampak pun kasut ni. Kasut siapa pulak ni? Siapa datang? Aulia mengerutkan dahi. Ahh! Masuk jelah.. nanti tahu lah.

Tangan kanan ditongkat pada dinding. Kaki kanannya pula menekan belakang kasut pada kaki kiri supaya kasut tertanggal. Langkah dibuka.

"Assalammu--" salam Aulia tergantung sepi~ selebihnya sambung di dalam hati. Terkejut. Aulia memandang Datuk Mustapha dan Khaliq berbual dengan..?? Siapa tu? Macam pernah nampak. Kepala yang tidak gatal itu digaru.

"Kau dah kenapa?" Sampuk Khaliq. Tersentak Aulia dibuatnya lalu membetulkan diri. Aduh malu!! Kening Khaliq diangkat beberapa kali sambil membuat muka nakal. Euww? Dah kenapa abang aku ni.

"Usha anak teruna yeeee" sambung Khaliq sambil menjeling Sheikh Rayyan disebelah. Senyuman dilebarkan. Makin lebar, makin kebawah kepalanya. Nak tunjuk double-chin ke apa? Sheikh Rayyan pula cuma memerhati karenah sahabat gila itu.

"Apa abang ni?!! Ayah! Tengoklah abang ni" adu Aulia. Bibirnya diketap menahan geram. Tangannya pula digenggam seolah olah sudah bersedia mahu memberi penumbuk pada abangnya.

Datuk Mustapha menggeleng dengan sengihan yang tidak lekang dari bibirnya dari tadi.

'What?! Ni je respon ayah? Eee!' Gumam Aulia dan menjeling pada abangnya kemudian dia berlalu pergi.

Tombol pintu dikunci. Badan direbahkan atas katil. Bantal ditekup pada muka.
"Apa benda lah abang ni. Buat malu gila" jerit Aulia geram. Rasa nak nangis je.

Otaknya cuba memproses. Siapa gerangan lelaki yang kacak lagi bergaya itu? Adoi gatalnya kau Lia hahaha. Ok. Proses dalam dalam sehingga matanya dipejam kuat.

"Ha?!" Kedua tangan di tekup pada pipi. Matanya pula dibulatkan seakan akan tidak percaya.

"Dia bukan lelaki yang aku langgar kat kedai makan tu ke? OMG OMG!" Rambut panjangnya dikusutkan. Kakinya dihentak hentak pada katil. Malunya!!

"Dahlah pandang aku lain macam. Takkan marah lagi kot! Ee apa yang dia tak puas hati sangat?" Bebel Aulia. Iphone 6s dicapai. Aplikasi Whatsapp dibuka

Abang Khaliq

Sape laki tadi tu?

Sekelip mata bluetick.
Typing...

Kawan abang.
Nape? :/
Suka lahtu

Ee tolonglah. Speechles gila abang aku ni! Iphone dicampak. Campak atas katil je. Gila kau atas lantai? Aduh, inilah hari paling annoying!

Tuala disangkut pada leher lalu langkahnya diatur ke bilik air untuk membersihkan diri. Usai itu, Aulia baring meniarap, dadanya menindih bantal sambil bermain..

Welcome. To Mobile Legends

Bukak bukak je Aulia mendapat jemputan dari abangnya ke perlawanan mod classic. Wait, siapa pula sorang ni? Aduh! Aku dahlah noob. Malu aku nanti macamni. Aulia menekan kuat screen iphone 6s -nya, geram!

Sepanjang perlawanan Aulia merengek sendiri. Daripada tadi rakan jemputan abangnya itu menyumpah ranah Aulia. Abangnya bukan nak backup! Nasib baik menang.

Tamat perlawanan, Aulia me-report pemain itu. Entah siapalah yang abangnya ajak tu. Semua kesalahan ditanda kemudian button confirm disentuh. Walaupun 'orang' itu pro.. tetap juga nak report. Kesah apa aku? Janji aku puas!

Jam pada Iphone dilihat. 11.48 a.m. Aulia menghampiri pintu biliknya dan berlalu keluar. Tiba di ruang tamu..

'Hah? Tak balik lagi ke dia ni?' Aulia berdesis sambil melihat lelaki itu yg sedang asyik menonton televisyen. Sheikh Rayyan yang sedari tadi membuat riak selamba sahaja.

Aulia mengejar bayang abangnya di dapur.
"Abang" bisik Aulia sambil mencuit bahu kanan Khaliq.
"Kawan abang tu tak balik ke?" Tanya Aulia dengan wajah monyok.
"Tak. Dia tidur sini" balas Khaliq sebelum meneguk air di hadapan peti ais.

Botol air itu disimpan semula ke dalam peti ais lalu ditutup. Tangan sebelah diseluk ke dalam poket dan berlalu pergi. Aulia hanya menghantar abangnya melalui ekor mata.

Baru dia perasan Sheikh Rayyan berdiri di pintu memerhatinya. Sejak bila? Dia pun tak tahu. Tangan Rayyan disilang ke dada. Idea nakalnya sudah keluar.

"Tak reti main tak payah main lah noob" ejek Rayyan sebelum mengejar bayang Khaliq. Hah dia ke yang main tadi? Memang sengaja cari pasal eh mamat tu?! Muka bengang Aulia ketika itu tidak boleh dibayangkan. Sekali pandang pasti kau lari!

Selang beberapa minit Aulia tersenyum sendiri. Tak tahu kenapa. Yang pastinya dia senyum kerana Sheikh Rayyan. Aulia tersedar. Cepat-cepat dia menampar pipinya. Woi kawallah Lia!

..

Hambar kan? Btw thankyou support walaupun cuma jadi silent readers je. Vote ok!

Engkau Syurga AkuWhere stories live. Discover now