2

15.2K 203 0
                                    

"Kau nak main apa dulu?" Jerit Aulia. Kalau cakap dalam nada biasa memang tak dengarlah. Bunyi rollercoaster sangat kuat mengganggu perbualannya.

"Nak yang tu. Jom!!" entah apa nama permainan tu aku taktahu. Selalunya kalau kesini, Aulia memang tak bermain langsung. Lagi lagi permainan yg tinggi dan seram. Jadi, kerjanya hanya merakam dan mengambil gambar sahabatnya yang bosan itu.

"Dah puas belum?" Soal Aulia sambil menjeling tepat pada Eisha.

"Dah hehehe janganlah jeling. Meh aku belanja makan" bodek Iesha. Yelah, kawannya habiskan duit beli tiket semata mata nak teman dia main!! Gila tak geram.

"Ok. Aku nak pizza hut 2kotak, ayam goreng mcd satu pastu nak yg donat tu apa namanya lupalah. Haa ape---" tergantung terus ayat Aulia bila perasan Iesha berhenti berjalan dan berpeluk tubuh. Matanya dikecilkan memandang Aulia.

Tersengih Aulia dilihat begitu. "Ok aku belanja" Aulia menjerit kecil menyebut perkataan "YES!"apabila Iesha bersetuju dengannya. Lagipun Iesha tu anak orang berpangkat tinggi begitu juga Aulia. So ada duit, jalan.

Jam pada iphone 6s menunjukkan 6petang. Penat berjalan, penat membeli belah. Semua penat!! Setelah 5jam berpusing di dalam Time Square akhirnya mereka keluar daripada situ. Rasa macam dah hafal kedai ni kat mana, kedai tu kat mana. Yelah, asyik pusing je.

Dalam perjalanan pulang, Aulia hanya membelek belek iphonennya manakala Iesha memberi tumpuan pada panduannya.

Tepat 7suku kereta Iesha tiba di perkarangan rumah. Aulia segera mengambil bag plastik shopping dan makanan yg dibelanja oleh Iesha tadi lalu tangan kirinya menolak pintu kereta supaya terbuka. Keluar sahaja, Aulia melambai iesha. Mesra betul mereka ini. Jangan lebih lebih sudah. Dahlah masih tidak berpunya kang tak pasal pasal--- menyerai pulak kang.

●●●

Sedang enak menyuap sepotong pizza kedalam mulutnya tiba tiba pintunya diketuk. Atas katilnya tersusun makanan yg dibelanja Iesha tadi. Baru sahaja dia nak menikmati makanan ini seorang diri tanpa diganggu.

"Lia bukak lah pintu"
Aulia membuka pintu sebesar saiz tubuhnya. Ibunya membuat muka pelik.

"Mak panggil dari tadi suruh makan. Lia pekak ke?" Ha sudah ibunya mula menyumpah. Sejurus itu, ibunya terhidu bau yang enak.
"Ohh lia makan senyap senyap ye" teka ibunya sambil membuat muka smirk. Pantas dia menolak pintu biar terbuka.

Aulia cepat cepat lari ke katilnya, 1potong pizza diambil.
"Mak kalau nak Lia bagi 1 je ok. Ni Lia punya" katanya sambil menghulur sepotong pizza pada ibunya. Tergelak ibunya mengekek kekek. Anaknya memang sayang betul dengan makanan.

Ibunya terus berlalu keluar dari biliknya, tanpa Aulia sedar, ibunya mengambil sepotong lagi pizzanya.
"Makkkkkk ni!!!!" Teriak Aulia apabila ibunya menunjuk sepotong pizza tadi dengan cara mengejek.

Melihat ibunya yg berbadan gempal itu berlari sungguh mencuit hati Lia. Tercetus tawa kecil Aulia tika itu.

Setakat ni outhor buat permulaan gini dulu ya. Tolong vote ok!

Engkau Syurga AkuWhere stories live. Discover now