9

11.4K 189 5
                                    

Segar! Sejuk! Itu yang Aulia rasa sekarang. Tadi bukan main peluh. Rasa macam buat dodol je duk dekat kuali lama-lama.

Jam didinding menunjukkan pukul 12.43pm. Nafas dihela. Awal lagi..

Rambutnya yang basah dikibas depan kipas dan digosok dengan tuala kering. Terasa dingin kulit kepalanya apabila disapa angin. Fuhh... merecik..

Aulia membiarkan rambutnya yang hitam, cantik beralun supaya kering sepenuhnya. Almari dibuka.. hmmm. Jari telunjuk mengetuk dagu kecilnya. Berfikir sejenak.

Terniat pula ingin memadankan tubuhnya dengan baju kurung. Hehe. Mana tahu dorang ada anak bujang ke? Lagi-lagi kalau handsome. Woahh! Ayu sikitlah..

Aulia Aulia.. Bila suruh kawin taknak pulak..

Baju kurung yang elok tergantung pada hanger di ambil. Warna kehijau-hijauan serta mempunyai corak bunga merah jambu kecil ditilik.

Akhirnya baju itu disarung.. sesuai sangat dengannya yang berkulit putih bersih, berbadan ramping. Badannya dibelek depan cermin. Membuat gaya seperti model sedang berphotoshoot.
Gadis itu tersenyum sendiri di depan cermin. Puas dengan penampilannya. Huh confident lebih.

Rambutnya yang sudah kering disanggul messy menampakkan leher jinjangnya yang putih gebu. Memang dari kecil dia suka rambut disanggul. Rimas kalau dilepas..

Kakinya dilangkah keluar.

Turun dari tangga, Aulia terus ke dapur menemani ibunya. Sumpah malas nak hadap kawan abangnya tu! Dahlah cari pasal tanpa sebab. Duduk rumah orang lepastu tak reti nak balik. Buat sakit kepala otak.

Orang yang dengar boleh terkena renjatan elektrik. Cantik-cantik tapi.. ish ish ish.. Aulia Aulia..

Aulia merapati Datin Raihana.
"Dah pukul 1 lebih dah.. tak datang lagi pun" tanya Aulia. Kening digaru.

Sempat Datin Raihana mengerling anaknya yang berbaju kurung. Tak pernah pernah pulak dia ni. Dalam diam Datin Raihana menguntum senyuman.

Baru sahaja Datin Raihana ingin menyuarakan

"ASSALAMMUALAIKUM" laung beberapa orang dari luar.

Aulia dan ibunya saling berpandangan sebaik sahaja mendengar salam itu.

"Waalaikumsalam" jawab Datin Raihana sambil menepuk bahu Aulia supaya mengikut langkahnya. Ibunya berlari anak ke pintu utama dengan senyuman lebar. Aulia yand tiada perasaan teruja pun buat-buat teruja.

Wanita separuh umur itu menghulurkan tangan pada Aulia. Kepala ditunduk untuk mencium tangan wanita itu, dalam masa yang sama belakang badan Aulia ditepuk lembut..

Mereka menghadiahkan senyuman manis.

"Hana.. ni Aulia ke? Dah besar dah anak dara ni. Cantik.. ayu je pakai baju kurung" tukas Datin Fazliya. Bahu Aulia diusap perlahan.

Aulia yang tidak pernah kenal dan memang tak kenal hanya tersengih kecil selepas mendengar pujian dari Datin Fazliya

"Hai.. dah lupa ke dengan makcik ni?" Tanya Datin Raihana pula. Aulia menggeleng. Rasa serba salah dibuatnya.

Ibu dan Datin Fazliya tersengih melihat Aulia yang terpinga-pinga. Suami Datin Fazliya pula duduk di ruang tamu bersama lelaki yang lain..

Makcik ni pernah rapat dengan aku ke? Gumam Aulia sambil menggaru kepala. Otaknya cuba memproses

Dahi berkerut. Kedua bahunya diangkat serentak. Huh biarlah.. aku membuntuti langkah dua wanita dihadapan ini.

Aulia duduk bersila di atas lantai yang beralaskan permaidani. Mereka pula berbual di atas sofa manakala Datin Raihana ke dapur untuk menyediakan air minuman.

Balang kecil atas meja diambil. Penutupnya diputar supaya terbuka lalu gula-gula itu diambil dan dimasukkan ke dalam mulut.

Aulia memerhati mereka yang sedang berbual. Entah apa yang dibualkan pun taktahulah..

Melihat Sheikh Rayyan yang mesra berbual dengan Datin dan Datuk.. Aulia terpana.

Peramah pulak laki ni? Ingatkan tahu nak cari gaduh je. Gumam Aulia tak percaya.

Sesekali Aulia menjeling apabila Sheikh curi-curi memandangnya. Pandang-pandang apa kau? Tak ada kerja eh?

Aulia yang sibuk makan gula gula dirasakan comel. Puji Sheikh dalam hati. Macam budak tadika tahu tak? Hampir habis gula gula tu dibuatnya. Mana tak nya, Daripada tadi balang diambil lalu diletak semula. Ish ish.. rongak gigi nanti tahulah. Sheikh tersengih tapi dikawal.

"Lia.. Lia tahu tak makcik ni siapa?"sergah ibunya yang baru sahaja muncul sambil meletak air di atas meja.

"Kawan mak lah.." jawab Aulia polos sebelum bahu diangkat. Adoi, manalah aku tahu.

Semua disitu sudah tergelak kecil dengan jawapan Aulia. Kepala yang tidak gatal digaru dengan sengihan yang dibuat-dibuat.

"Dulu masa kecik bukan main rapat dengan makcik kan. Dah besar ni lupa pulak. Sampai hati.." tukas Datin Fazliya. Tangannya mengelap air mata disertakan dengan wajah sedih olok-oloknya.

Jelas muka Aulia tidak tahu. Senyum manis saja yang mampu dia hadiahkan.

"Hahaha takpelah. Kecik-kecik mana ingat sangat. Kalau Lia nak tahu, makcik ni mak Sheikh" jelas Datin Fazliya sambil memeluk bahu Sheikh.

Aulia terpaku menelan air liur. Matanya membulat, bibir pula dikemam. Pantas dia membetulkan riak wajahnya yang jelas terkejut beruk itu. What?! Dahi berkerut tak percaya.

Kepala diangguk dua kali. Kening digaru perlahan. Dalam hatinya masih tak percaya. Taktahulah kenapa..

Tiba-tiba Datuk Mustapha merangkap ayah angkatku tergelak. Semua mata memandang ayah. Macam tahu-tahu jelah ayah ni! Getus Aulia geram.

Air fresh oren diteguk. Nafas dihela. Dadanya diusap lembut. Huh lega sikit rasanya..

Memandangkan tinggal Aulia seorang sahaja yang muda di sini, dia meluru ke halaman rumah. Buaian yang memang ada dihalaman itu diserbu.

Iphone dikeluarkan dari poket. Buat hal sendiri lah nampaknya. Khaliq dan Sheikh pula sudah naik ke bilik. Biasalah lelaki..

"Saya datang kesini sebenarnya nak tanya pasal perjanjian yang pernah kita buat dulu. Ingat tak?" Tukas Datin Fazliya tanpa ragu-ragu. Sempat dia berpandangan dengan suaminya sebelum menghadiahkan senyuman manis.

Datin Raihana mengangguk faham. Tahu apa yang dimaksudkannya.

"Boleh.. tapi bukan dalam masa yang terdekat ni" balas Datin Raihana dengan nada lembut.

Datin Fazliya, Datuk Bukhari dan Datuk Mustapha mengangguk serentak tanda setuju. Selang itu mereka semua tersenyum.

"Eh, jemputlah makan. Saya dah masak tadi" ajak Datin Raihana ramah. Mereka hanya menurut.

.

Fuh. Sorry guys lambat! Tak best kan? Hehe saya cuba the best tau! Thankyou yang support & vote!

Engkau Syurga AkuWhere stories live. Discover now