• SMELT •

205 16 13
                                    


-

Suara burung-burung yang berkicauan terdengar jauh sekali, Aku pula masih menutup mata padahal aku sudahpun lama tersedar dari tidur dek mimpi-mimpi buruk yang datang menganggu tidurku. Aku mengubah kedudukanku, Kepala yang aku lentokkan di atas meja aku pusing ke arah kanan kerana agak kurang selesa. Keadaan kelas ketika ini amat sunyi. Aku fikirkan aku hanya keseorangan namun tidak.

Mataku aku buka perlahan lalu wajah seseorang yang duduk sebaris dengan aku kini aku pandang. Lama.

Dia yang ralit melakukan kerja sekolah itu tidak perasan bahawa aku sudah tersedar dari tidurku. Aku merenung wajahnya lalu aku tersenyum..






-


Somi melambai-lambaikan tangannya di hadapanku. "wooshin? Wooshin!?" jeritnya apabila terlihat aku sedang tersenyum sendirian sambil tidak lekang memandang wajahnya. Aku tersentak.

"Eo? Eo! Mianhae-.. ani! Mianhamnida.. aku terlanjur tengok pula." Kataku dengan selamba.. Somi yang berada di sebelah aku hanya ketawa.

"Wooshin ni peliklah..." ungkapnya.

Aku menunjuk ke arah diri sendiri, "umm, Jega? Wooshin?" soalku. Somi mengangguk. "Ani.. Wooshin tak pelik. Yang pelik tu Somi.." Ucapku.

"Kim Wooseok! Jeon Somi!"

Diorang semua menoleh memandang kami apabila Cikgu Eun Ga Eun yang sedang mengajar di hadapan memanggil nama kami. Aku dan Somi tersentak, lalu kami memandang ke hadapan, memandang ke arah Cikgu Eun yang sudah memberikan tenungan tajam. "Cikgu faham kamu berdua sekarang ni tengah bercinta.. Tapi kalau nak berborak.. Tunggulah lepas waktu Cikgu habis dulu." Ujar Cikgu Eun. 


Aku dan Somi ketawa kecil, bunyinya agak janggal. "Nae.. Arasseo, Ssaem." Kataku. Budak-budak lain sudah berdekah ketawa. Gelakkan aku dengan Somi yang sudah malu ini.




-

Aku tersedar dari lamunanku apabila aku dapati yang Sana sudah menutup bukunya dan ingin memusingkan kepalanya memandang aku. Dengan segera, mataku kembali dikatup. Pura-pura seperti masih tidur. 


Sana bangkit. Aku dapat dengar dia seperti mengeluh sambil dia melangkah ke arahku. Bunyi tapak kakinya semakin dekat namun aku masih diam dan berpura bahawa aku masih sedang tidur.

"Hari ni, Wooshin tidur lena... Selalunya dia mesti akan sebut nama Somi.., Tapi harini.. Dia tak cakap pula." Aku sedikit terkejut dengar apa yang Sana katakan itu. Dia perhatikan aku tidur? Sana melangkah mendekati langsir, Dia berniat untuk menarik langsir tersebut namun aku dengan cara mendadak memegang tangannya membuatkan Sana terkejut.

"eo? W-..Wooshin. Wooshin dah bangun?" Sana Kaget.


Kepala yang aku masih lentokkan di atas meja aku angkat lalu wajahnya aku pandang. Reaksi wajahnya seperti takut. "dwaettda. Aku tak minta pun kau buat semua ni." Ucapku tanpa bernada.

Sana menelan airliur lalu tangannya di tarik dari terus berada di dalam genggamanku. "J-..Joesonghaeyo, Wooshin-ssi." Katanya lalu memberikan tunduk hormat padaku.

Dia kembali ke tempatnya. Duduk diam di situ dan tidak langsung memandangku. Aku menghela nafas lalu mataku kembali aku pejam tanpa meletakkan kepala di atas meja. 

Melt. | Wooshin 🌞 Sana | 1st Up10tion FanfictionWhere stories live. Discover now