Epilogue - SECRET

130 14 0
                                    

Wooshin p.o.v

Aku menyandar didinding lalu mendongak ke siling bilik yang terdapat di rumah Seunghee ini. Nafas aku hela lemah. "eotteokhae jigeum... Sakit aku ni semakin teruk dan tak dapat diubati.. Aku betul-betul rindukan Somi.." Bisikku perlahan.

Jam di telefon aku kerling. Sudah masuk jam 12. Mungkin semua kawan-kawan aku dah tidur. Ini mungkin waktu yang sesuai untuk aku tenangkan fikiran aku. Aku dengan perlahan bangkit lalu berjalan ke pintu keluar.

Perkara pertama yang aku lihat sejurus aku keluar dari bilik aku adalah langit. Aku tenungnya lama. Bintang-bintang yang bersinar lagi menambahkan keindahan di langit malam ini. Mungkin Somi juga turut ada di salah satu bintang yang bersinar itu. "Sangat cantik." Aku berbisik pada langit. Berharap agar kata aku itu dapat didengari oleh Somi yang berada di atas sana. 

Aku berjalan di bawah pepohon pokok-pokok yang mengelilingi bilikku yang merupakan bilik yang terletak di belakang sekali jika hendak dibandingkan bilik-bilik yang lain. Aku mendongak melihat pokok itu lalu mula beredar, Ingin jalan-jalan ke seluruh halaman rumah itu. Amat tenang sekali suasana di malam hari. Seperti yang aku jangkakan, kawan-kawan aku semuanya sudah tidur kecuali....,

Langkahku termati.



Dia...,



Aku jalan ke arahnya lalu berdiri betul-betul di sebelahnya. "eo? Wooshin.." tegur Sana apabila menyedari kehadiranku.

Aku mengendahkan tegurannya malah berpura-pura seperti dia tidak ada disini. Suasana di situ kembali sunyi. Aku perasan bahawa dia memandangku dan aku pura-pura seperti sedang leka melihat langit malam. "Erm.., Wooshin-ssi, S-.. saya ada benda nak cakap." kata Sana.

Aku diam, Hanya telinga yang aku pasang kerana aku malas nak balas apa yang hendak dikatakannya itu. "Sebenarnya, saya tak suka Wooshin pun. Itu semua khabar angin je.. Sebab kenapa saya suka pandang Wooshin kerana saya kagum, Saya cuma admirer Wooshin sebagai seorang rakan saya!" Dia mula berkata lalu meneruskan katanya lagi tanpa menunggu balasan dari aku.

"tak ada pun perasaan yang lebih dari itu. harap,.. Wooshin tak salah faham." Tambah dia.

Apabila melihat Sana yang seperti sudah habis berbicarakan perkara yang dia ingin katakan padaku, Aku memulakan tuturanku dengan satu soalan berkait sesuatu perkara yang membuat aku rasa ragu-ragu setelah mendengar apa yang dikatakan olehnya tadi. "Apa yang kau kagum tentang aku?" Itulah yang aku soalkan pada dia. Dia terlihat seperti tersentak.

"Aku kehilangan orang yang aku sayang dan kau kagum dengan aku?!" Aku rasa bengang setelah kata Sana itu aku cuba untuk fahami. Sana pula kelihatan tersentap dengan kataku.

"Kau fikir ini drama akasia? Hm?" Aku berikan pandangan maut padanya. "Jadi maksudnya kau seronoklah tengok hidup aku macamni?!" Aku menyoalnya yang diam dengan nada semakin tinggi. Aku amat bengang setelah aku tersalah tafsir apa yang dikatakan Sana itu.

Sana menggelengkan kepalanya berkali-kali. Menafikan apa yang dikatakan oleh aku itu, "Tak! Tak, bukan itu maksud Sana!" bantah Sana. Aku tersenyum sinis. Apa? Kau nak cakap yang aku dah salah faham? Memang taklah! Hakikatnya, betulkan kau maksudkannya macam itu?!

Aku dah malas nak terus berada disini, Badan aku, Aku pusingkan membelakangi perempuan tu lalu aku mahu pergi. Namun, Dia menghalang. "ANI! Jamkkanman-yo! Wooshin! Tolong berikan Sana waktu untuk jelaskan semuanya!" Aku hanya endahkan jeritannya. Haha, kelakarnya dengar dia jerit. Langkahku masih teruskan sebelum ada sesuatu yang membuat langkahku terhenti,.

"SAYA KAGUM DENGAN WOOSHIN SEBAB WOOSHIN TETAP SETIA DENGAN KEKASIH WOOSHIN!"

Aku senyap. Sana meneruskan katanya lagi, "Walaupun,... Kekasih Wooshin dah lama pergi.." sambungnya.

Melt. | Wooshin 🌞 Sana | 1st Up10tion FanfictionWhere stories live. Discover now