Episode 1: Comeback to School

177 16 7
                                    

Kringggggg

Bunyi loceng menandakan sesi persekolahan pada hari ini telahpun bermula. Namun tidak bagi kelas 3-2, Mereka semua berkumpul di tengah kelas dan bergosip tentang Wooshin yang sudah lama tidak ke sekolah selepas kematian Kekasihnya.

"Ya, Korang tak pelik ke? 5 bulan Wooshin tu tak datang sekolah.. Geu sarameun waeirae jinjja?" Lee Hyebin, ketua kelas 3-2 memulakan acara bergosip mereka pada hari itu.

"Eum, matta. Geng Up10tion aku tengok macam tak ambil tahu pun.. Cikgu pun sama.. Pelik betul. Dulu semua kecoh, tapi sekarang.. tak ada siapa ambil peduli macam itu perkara remeh je," Sampuk Bae Yubin. "hilang di bawa arus masa," tambah Yubin lagi.

"Entah-entahkan! Somi, awek Wooshin tu mati sebab Wooshin yang bunuh tak! Kau tak rasa macam itu ke?" Soal Do Hanse. Setepek terus dia berikan pendapat.

Mereka semua terkejut, "ya! Seolma!" Han Seungwoo membantah sekerasnya.

"mustahillah, buat apa dia nak bunuh dia punya awek sendiri? tak ada otak ke? fikirlah logik sikit!" Kata Cheon Jae In pula.

"ani, Geunyang.... Cuba korang fikir.. Yang mati tu cuma awek dia je kut! Bukan isteri! Takkanlah nak bersedih sampai 5 bulan tak pergi sekolah! Sampai batang hidung dia pun kita tak nampak! Itu tak reda pemergian orang kau tahu tak! Seksa orang tu!" Tambah Hanse lagi. Mereka semua diam. Berfikir sejenak.

"Tapi, kita tak tahu apa yang jadi dekat Wooshin. Mungkin bagi kita yang mati tu cuma awek dia je.. Mana kita tahu.. Pada dia, Somi tulah segala-galanya.." Celah Bae Jin young.

"YAHHHHHH!!!! DAEBAK SAGEON, DAEBAK SAGEONN!!!!!" Jeritan Isaac Voo mengejutkan mereka yang sedang bergosip itu.

"ya, Isaac. Neon waegure?" Soal Seungwoo.

"Ya! IGE JINJJA DAEBAK SAGEON!!" Jeritnya hingga merecik air liur. Hanse merengus sambil pipinya dilap dek terkena air liur Isaac.

"wae? Apa yang Daebak Sageon sangat tu?" Tanya Hanse.

"Wooshin! Wooshin! Neo ara?! Wooshin dah datang sekolah balik!!!"

Hampir satu kelas terdiam, Mereka semua memandang ke arah Isaac kerana tidak percaya.

-

"Wahh! Terkenalkan hyung sekarang, Datang je sekolah! Semua orang tengokk!!" Ujar Xiao seraya leher Wooshin dirangkul. Geng Up10tion yang lain hanya tersenyum sendirian. Tidak dapat diucapkan kata bahagia di dalam diri mereka tika ini apabila Wooshin nekad untuk kembali ke sekolah selepas 5 bulan tidak hadir kerana kematian Jeon Somi.

Wooshin hanya diam, "Wooshinn-ah!!!" Jeritan seseorang dari arah bertentang dari tempatnya berdiri itu menarik perhatian Geng Up10tion.

"eo?! Seungkwan-ahh!" Xiao ingin ke arah Seungkwan namun Seungkwan terlebih dahulu berlari ke arah Wooshin dan memeluknya.

"WAH, WOOSHIN-AH!! ORAENMAPNIDAAAA!!! KENAPA?! KENAPA KAU SAMPAI BERBULAN TAK DATANG SEKOLAH?! AKU RINDU KAU LA SIYELL!" Jerit Seungkwan. Wooshin mengukir senyum tipis. Xiao yang berada di sebelah sudah merengus.

"eo??! Eooo!!! Omo! Neooo!"

Hah, sudah. Kini, geng Seventeen salah satu rakan baik Geng Up10tion telah datang dan mengerumuni Wooshin. "Wooshin-ah!! Kau pergi mana hah sampai 5 bulan hilang?!" Seungcheol menyoalnya.

"Ya! Wooshin! banyak khabar angin pasal kau, kau tahu tak?! Ada yang cakap kau masuk lokap sebab bunuh somi lah.. Kau lari rumahlah.. Kau pergi luar negara lah! Tapi, kitaorang berusaha untuk taknak percaya, dan akhirnyaaaa!! Kau kembali kawanku!" Ujar Lee Seokmin (DK).

"yah, Yah.. Keumanhae.. Loceng dah bunyikan? Jomlah masuk kelas dulu." Kuhn bersuara membuatkan mereka semua tersentak.

"ah, matta. Geurom, kajja!" Ajak Seungkwan.

-

Wooshin, Kuhn, Bit-to dan Seungcheol memasuki ke dalam kelas 3-2. Semua pelajar di dalam kelas itu memandang ke arahnya. "Wooshin?" Pelajar di kelas itu berbisik, Ada yang mulutnya ditekup, Mereka semua tidak percaya.. Setelah 5 bulan dia tidak hadir ke sekolah, kini.. Wooshin betul-betul telah hadir dan telah berada di depan mata mereka semua.

Perhatian Wooshin terarah pada meja hujung yang berada bersebelahan tingkap, Meja dia yang dulu kini telah diduduki orang lain. Wooshin jalan mendekati orang yang telah duduki tempatnya itu.

Pelajar perempuan yang sedang berborak bersama rakan sebangsa dengannya itu perasan akan kehadiran Wooshin, Dia mendongak untuk melihat gerangan yang kini berdiri di sisinya. "nugu-nde?" Soalnya.

"Tepi, ini meja aku,"

Minatozaki Sana hairan, Dia memandang rakannya Myoui Mina yang duduk di hadapannya lalu kembali memandang Wooshin. "y-Yae?" soal Sana.

Wooshin mengambil beg Sana,buku- buku Sana yang berada di atas meja turut diambil kemudian dilempar ke lantai. Semua orang yang berada di kelas itu terkejut akan perbuatan Wooshin terhadap pelajar pertukaran yang baru sahaja sebulan bersekolah disini. "keojyeo! kau tak dengar ke apa yang aku kata? Ini meja aku! Tempat aku!" kata Wooshin bernada sedikit tinggi dari biasa. Bit-to, Seungcheol dan Kuhn saling berpandangan. Mereka hairan melihat perubahan Wooshin itu.

"bangun!" arah Wooshin.

Sana akur lalu bangkit dari tempat yang dia telah duduki itu. Barang-barangnya yang telah Wooshin lempar ke lantai dia ambil, Mina turut membantu Sana.

"Mina.. Sana nak duduk mana sekarang?" Bisik Sana.

Mina memandang Wooshin yang sudah duduk di tempatnya itu sekilas. "Sana duduk meja kosong tulah." kata Mina seraya menunjuk ke arah meja kosong bersebelahan Wooshin. Sana laju menggelengkan kepalanya.

"Tak nak.. Sana tak nak duduk sebelah dia.." Bantah Sana.

"Dahtu, Sana nak duduk mana? Kelaskan dah nak mula." Mina mula buntu.

"Tak apalah.. Sana duduk jelah.." Tekad Sana. Mina mengukir senyuman lalu mula meletakkan barang-barang Sana di atas meja kosong di sebelah Wooshin itu. Usai selesai, Mina kembali ke tempatnya. Sana pula masih teragak-agak sama ada mahu duduk di situ atau tidak.

Sempat dia jeling Wooshin di sebelah yang asyik memandang ke luar jendela. Sana menghela nafasnya, baru sahaja dia ingin duduk, kaki mejanya di sepak. Perhatiannya kembali terarah pada Wooshin yang merenungnya dengan tajam. "Siapa suruh kau duduk situ? Tempat tu Somi seorang je yang boleh duduk..." Ungkap Wooshin tanpa bernada.

Air liur Sana telan dengan susah payah sekali. Dia memandang Wooshin semula, mahu membalas kata-kata Wooshin namun niatnya tergendala apabila ada tangan memegang kedua bahunya dan menyuruhnya bangkit. "Aigoo, dwaettda.. Sana, Awak duduk sini ya?" Kuhn bersuara lalu tersengih.

Sana hairan. Sejak bila ada meja dekat sini? Dia mengangkat wajahnya memandang Seungcheol, Kuhn dan Bit-to yang menolongnya mengemas barangnya. "yeogi." Seungcheol serahkan beg dan Kotak penselnya. Sana menyambutnya dengan lembut.

"gam-gamsahamnida.." ucap Sana.

Seungcheol tersengih, "Cheonmaneyo.." Ungkapnya sebelum pergi ke tempatnya semula. Begitu juga Kuhn dan Bit-to.

-

Cameo: 1- Bae Yubin (Binnie OMG)
2- Han Seungwoo (Seungwoo Victon)
3- Do Hanse (Hanse Victon)
4-Cheon Jae In (Former The ark)
5- Isaac Voo (In2it)
6-Lee Hyebin (Hyebin Momoland)

Melt. | Wooshin 🌞 Sana | 1st Up10tion FanfictionWhere stories live. Discover now