Episode 4: Visiting the Same Memorial Park

129 15 7
                                    

Wooshin berdiri di hadapan kubur Somi. Sudah 2 jam dia sebegitu. Dia merenung kubur Somi tanpa bercakap apa-apa pun. Langit kini sudah gelap, menandakan hujan bakal turun tidak lama lagi.

"Aku jumpa sesuatu untuk kau..." Akhirnya, Wooshin bersuara setelah diam tidak berkata-kata sejak dia sampai ke situ. Tangannya diseluk ke dalam poket seluar lalu seutas rantai berwarna kelabu dia keluarkan.

"gieoknayo? Rantai ni? Somi pernah hilangkan, dan tercari-cari rantai ni sampai menangis sebab tak jumpa.. Somi kata,.. Rantai ni Appa Somi yang belikan.. Walaupun tak mahal.. Somi, tetap hargainya. Harini, Wooshin dah jumpakan rantai ni untuk Somi.." Wooshin menggenggam rantai itu lalu menundukkan kepalanya. 

"Wooshin teringin nak tengok, Somi dengan gembiranya cakap terima kasih dekat Wooshin sebab dah jumpa kalung ni.  Hanbeonman, Cubalah kau ucapkan kata terima kasih tu dekat Wooshin.." Rayu Wooshin. 

"HANBEONMAN! JEBAL, SOMI-AH!!" jerkah Wooshin. Kini, hujan mulai turun. Wooshin melutut di hadapan kubur Somi. 

"Aku rindukan kau, Jeon Somi..." 

"Tolonglah! Aku nak jumpa kau!! AKU RINDUKAN KAU!! AKU SAYANGKAN KAU!! AKU SANGGUP GADAI SEMUA BENDA, TAPI AKU TAK SANGGUP NAK  KEHILANGAN KAU! Tolonglah, Somi!! Kenapa Somi seksa Wooshin?! Kenapa???" Raung Wooshin di hadapan Kubur Somi itu.  

"Wooshin?"

Tangisan Wooshin terhenti apabila dia disapa oleh seseorang, Dia menoleh lalu terlihat Seunghee yang sedang memayunginya dengan payung. "Oraenmapnida..  Seunghee ingat Wooshin dah tak datang sini lagi." Katanya.

-

Mereka berdua jalan beriringan pulang ke rumah Seunghee. "Kenapa harini, Wooshin kusut? Wooshin stress ke?" Soal Seunghee. Wooshin menggelengkan kepalanya. 

"aniyo..  mungkin penat, perjalanan jauh.." Kata Wooshin, beri alasan. Seunghee memandang Wooshin lalu tersenyum.

"Tak yah tipulah, Muka penat sebab perjalanan jauh dan muka orang tengah stress lain tau." Seunghee ketawa kecil.

"geunyang malhaebwa, Wooshin.. Mana tahu Seunghee boleh bantu." Kata Seunghee,  dengan rela hati mahu membantu untuk mengurangi beban yang Wooshin tanggung.

Wooshin tersenyum hambar, "patut ke Wooshin lupakan Somi?" Seunghee tersentak akan pertanyaan Wooshin itu. Langkahnya terhenti.

"w-wae, Wae gapjagi?" Soal Seunghee terkejut.

"Aku penat.. Buat apa aku nak harapkan orang yang dah mati hidup balik. Itu perkara mustahilkan?" Wooshin tunduk lalu kedengaran seperti dia ketawa. Seunghee yang berada disebelahnya sudah seram sejuk.

"woo-wooshin.. Neon gwaenchanha?"

Wooshin memandang Seunghee lalu mengukir senyuman tawarnya. "Apa yang aku nak buat sekarang, Seunghee? Patutkah aku cabut nyawa aku?! Perlu ke aku nak ikut jejak Somi?! Apa yang aku nak buat sekarang ni, Seunghee! Jiwa aku kosong!! Aku dah tak ada sesiapa lagi!! Somi aku! Somi aku dah pergi!" Jerkah Wooshin persis oleh tidak betul. Seunghee yang melihat buntu tidak tahu mahu melakukan apa. 

Wooshin tiba-tiba tersadung lalu jatuh tersembam ke jalan yang diselaputi tanah dan salji itu. Seunghee terperanjat. "Wooshin-ah!" Dia ingin membantu namun Wooshin terlebih dahulu bangkit. 

Wooshin lagi sekali ketawa, akan tetapi ketawanya mulai bertukar kepada tangisan. Seunghee sudah pening melihat tingkah laku Wooshin yang semakin pelik. "Wooshin? Gwaenchanha?" Soal Seunghee. 

"Seunghee-ya.."

"yae?"

"Kau bosan tak kalau melawat kubur orang yang sama setiap hari?" 

Seunghee naik hairan, "Soalan apa yang kau tanya ni wooshin?"

"daedaphae."

Seunghee mengeluh, "Bosan.. Mestilah bosan sebab kita lawat benda yang sama padahal kita tahu bahawa tempat tu sentiasa macamtu seperti hari-hari  yang sebelumnya.." jawab Seunghee. 

"Oh, geuraeyo?"

Seunghee mencangkung di sisi Wooshin lalu rambut lelaki itu diusap lembut,"Tapi,..." Wooshin memandang Seunghee,  "Bagi orang macam kau.. melawat tempat yang sama hari-hari pun takkan bosan sebab.. Yang ada dalam tu.. ialah orang yang kau paling sayang.." Seunghee menambah lagi hujahnya. Wooshin yang mendengar perkara itu tersenyum tawar.

"nae, matta."

"Uri jibe.. kajja.., dah nak masuk senja.." ajak Seunghee lalu menarik lengan Wooshin yang masih lemah itu bangun lalu memimpinnya pulang ke rumahnya. 



Keesokannya,

Wei, Kogyeol, Sunyoul, Wonwoo dan Mingyu tunduk memandang kaki apabila Wooshin merenung mereka yang baru sahaja sampai ke situ. "korang buat apa datang sini?" Soal Wooshin yang baru sahaja hendak mengambil udara segar di kampung ini.

"Ani, Neorang eomma-ga.. Jinjja geokjeonghago isseo.. Sebab tulah Kuhn dengan Seungcheol suruh aku, dia, dia, dia dan dia datang suruh tengokkan kau dekat sini." Ujar Mingyu. Wooshin merengus. 

"Buat apa nak risau sangat.. Aku dah pernah datang sini sebelum ni.. Jadi aku dah kenal tempat ni,.." Kata Wooshin dingin.

"Kenapa kau cakap dekat aku?! Cakaplah dekat Emak kau.. Semalam dia call asal tak angkat?!" Mingyu bengang, mujur ada Wonwoo. Dapatlah juga Mingyu ditenangkan sebelum terjadi sesuatu yang buruk.

"mianhae.. Telefon aku bateri habis." balas Wooshin dengan bersahaja lalu terus berangkat untuk jalan-jalan di kawasan kampung ini.

"ya! neon eodiga?!" Wei menyoal dari jauh.

"Aku nak jalan-jalan sekejap. Korang pergilah berehat dulu.. Dalam tu, Ada Seunghee.. minta dia tunjuk bilik dekat mana." Sempat Wooshin berpesan sebelum meneruskan langkahnya untuk menenangkan fikiran. Tentang kelima rakannya itu dia biarkan dahulu. Malas mahu layan.

-

Wooshin berjalan ke arah pintu gerbang Taman Peringatan itu. Sempat dia melihat Papan Sepanduk di Pintu gerbang yang terukir nama bagi taman peringatan ini. Walaupun sudah berkali-kali dia datang ke sini. Dia langsung tiada rasa jemu. 

Baru sahaja dia ingin melangkah masuk, Perhatiannya terarah pada tempat orang ramai berkumpul. Akan tetapi, bila dilihat secara terperinci, tempat yang mereka berkumpul itu merupakan kubur Somi, dan orang yang melawat itu ialah rakan-rakan sekolahnya. Geng Up10tion, Seventeen dan Twice. 

"eoo?! Geogi-yo! Wooshin!!" Dahyun menegur apabila terlihat Wooshin yang berada di situ. Serentak mereka menoleh. Sana yang sedang berdoa di kubur Somi turut menoleh, memandang ke arah Wooshin.

"Eo? Shin-ahh!!" Kuhn melambai-lambai tangannya. 



-

"Apa yang korang buat dekat sini?" Dingin Soalan itu ditanya oleh Wooshin. Seungcheol tersengih lalu merangkul leher Hoshi.

"Alah, nak melawat Somi pun takleh ke? Somi pun kawan kitaorang jugakkan?!??" kata Seungcheol. 

Wooshin menggenggam buku limanya, Wajah rakan-rakannya di pandang satu demi satu, "Tapi masalahnya sekarang... AKU DATANG SINI SEBAB NAK TENANGKAN FIKIRAN! YANG KORANG SIBUK JUGAK NAK DATANG KENAPA?!"

Mereka semua terdiam,

-

Melt. | Wooshin 🌞 Sana | 1st Up10tion FanfictionWhere stories live. Discover now