Bab 10 - Penyelamat

123 4 0
                                    

"Anak Tiger?"

Nick kalihkan pandangan ke arah Balqis yang sedang leka menonton televisyen ketika itu. Bimbang andai Balqis terdengar perbualannya dengan Richard, langkahnya dibuka untuk berada jauh sedikit dari gadis itu.

"Ada dengan aku." Balasnya perlahan dan Balqis dikerling.

"Bawa dia sekali."

"Untuk apa?"

"Aku nak jumpa dia."

"Projek kita macam mana?"

"Hal tu tak ada masalah tapi kau bawa anak Tiger sekali datang jumpa aku nanti. Lepas tu kita aturkan semuanya."

"Okey, aku tahu. Aku akan bawa dia ke sana. Aku jumpa kau pukul sepuluh nanti."

"Tunggu dekat bilik yang sama. Aku akan booking bilik tu."

"Okey."

"Jangan lambat."

"Aku tahu." Balasnya dan talian dimatikan. Sebaik telefon bimbit disimpan semula ke dalam poket seluarnya, Balqis dihampiri.

"Jom ikut aku." Nick terus duduk.

"Pergi mana?" Balqis kerutkan dahi dan tubuhnya yang sedang bersandar disofa ketika itu ditegakkan.

"Zouk."

"Zouk? Nak buat apa?" Kening dijungkit. Dalam keadaan huru hara begitu pun Nick masih sibuk mengajaknya berhibur? Kalau terserempak dengan kuncu-kuncu Hendry macam mana? Sudah penat dia melarikan diri dari penyangak-penyangak itu semua.

"Kita nak jumpa seseorang yang boleh beri kita maklumat tentang Daniel." Beritahu Nick.

Spontan itu kaki yang sedang bersimpuh di atas sofa terus jatuh ke lantai. "Siapa?" Soalnya beria. Mendengar berita itu terasa kurang sikit beban kerisauan yang ditanggungnya sejak beberapa hari lepas.

"Richard. Aku dengar dia ada jumpa Daniel tiga hari sebelum Daniel hilang. Mungkin dia tahu apa yang sebenarnya berlaku." Ucap Nick bersungguh.

"Kau rasa dia dalam bahaya sekarang?" Nick dipandang dengan riak resah. Baru dia hendak rasa lega tiba-tiba dada berdegup semula.

Nick terdiam dan kepalanya digeleng.

"Aku tak tahu sebab itulah kita kena jumpa Richard. Kita kena dengar sendiri cerita dia." Pujuknya.

Balqis tundukkan kepala dan wajahnya diraup. "Aku betul-betul rasa tak sedap hati. Dia tak pernah macam ni. Selalunya kalau dia ada masalah dan tak boleh balik seperti yang dia janjikan, dia akan call aku. Beritahu aku keadaan dia okey atau tidak." ucapnya sebak. "Kali ni dia pergi macam tu aje. Langsung tak cakap apa-apa dengan aku." Ucapnya dengan suara yang tenggelam timbul kerana menahan tangis.

Simpati melihat keadaan Balqis, Nick bingkas bangun dan gadis itu dihampiri. "Janganlah risau. Dia tak akan apa-apa. Dia bukan sembarangan orang. Kalau dia ada masalah pun dia tahu macam mana nak uruskan. Aku rasa dia mesti sedang bersembunyi dari sesuatu sekarang." pujuknya.

"Kalau dia sedang bersembunyi sekali pun dia boleh call aku tapi tak ada. Dia langsung tak call aku!" bentaknya dengan mata yang sudah mula berkaca.

"Que, janganlah macam ni." pujuk Nick lembut. Bahu Balqis dirangkul dan diusap-usap untuk ditenangkan.

"Aku risaukan dia." luahnya dengan esakan kecil yang mula kedengaran.

"Ya, aku juga risaukan keadaan dia. Kami kawan dah lama dan dia dah macam abang aku." Rambut Balqis diusap pula bersama helaan nafas panjang.

DEMI KAMU ANNA BALQISWhere stories live. Discover now