Bab 5 - Pecah Masuk

526 12 2
                                    

Kaki yang terasa lenguh diurut perlahan. Tapak kaki yang mula terasa perit kerana berlari tanpa alas sejak tadi langsung tidak diendahkan malah langkah terus diayun. Bimbandia andai Karim dan Malek menemuinya. Setelah berada agak jauh dan yakin tiada sesiapa mengejarnya, ayunan langkahnya diperlahankan. Dengan nafas termengah, pandangan dibuangkan ke sekeliling. Gelap. Hanya samar-samar cahaja lampu jalan sahaja yang membantu dia untuk terus berjalan.

Dia berada di mana ketika itu dia sendiri pun tidak pasti. Tubuh yang hanya disaluti gaun pendek itu sudah mula menggigil kesejukan. Ditambah pula hujan renyai yang mula membasahi bumi saat itu.

Mana aku nak pergi malam-malam macam ni? Detik hati kecilnya dan tangan dipelukkan ke tubuh. Hendak balik ke rumah pun dia tidak tahu bagaimana tetapi dalam keadaan sekarang, selamatkah dia untuk balik ke rumah sendiri? Memikirkan itu, perlahan-lahan nafas dihela. Ini semua Daniel punya pasal. Disebabkan lelaki itu hidupnya mula porak peranda.

Langkah terus diatur tanpa arah tujuan. Melalui deretan kedai yang sunyi, bulu tengkuk tiba-tiba meremang.

Aduh! Janganlah ada yang bukan-bukan datang kacau aku. Desisnya. Lari dari dua ekor hantu, janganlah pula terjumpa hantu yang betul. Bisiknya cuak. Sedang leka berjalan dan memikir, tiba-tiba rintik-rintik hujan turun semakin lebat. Kalut dan bimbang dibasahi hujan, dia terus berlari ke satu kawasan kedai yang agak lapang dan berteduh di hadapan kedai tersebut.

“Sejuknya.” Bisiknya dengan suara yang terketar-ketar kesejukan. Tidak sanggup untuk terus berada di dalam keadaan itu, daun pintu kedai tersebut ditolak.

“Kunci.” Bisiknya kecewa. Baru sahaja dia ingin duduk semula di kerusi kayu panjang diluar kedai tangannya terlanggar mangga dipintu sehingga mangga tersebut tercampak di kakinya. Balqis terkedu dan laju pandangan dibuangkan ke sekeliling.

Sunyi.

Tiada walau seorang pun manusia.

Kepala ditolehkan ke arah daun pintu semula dan dengan perlahan-lahan, daun pintu itu cuba dibuka. Hampir terjerit dia apabila pintu tersebut rupanya tidak dikunci. Tidak menunggu dia terus masuk dan daun pintu ditutup semula.

“Tempat apa ni?” mata melilau memandang sekeliling ruang dalam kedai tersebut.

“Bengkel.” Bisiknya apabila mata terpandangkan sebuah kereta yang tersadai di dalam kedai tersebut. Hurmmm…tak kisahlah bengkel pun bengkellah Que, asalkan ada tempat untuk kau berteduh dan tidur. Sungguh, dia penat dan sangat mengantuk sekarang. Kaki terus diayun sedang mata liar mencari ruang untuk berehat. Sebaik berdiri dihadapan pintu sebuah bilik kecil, nafas dihela.

Nasib baik ada sofa untuk berbaring walaupun buruk. Desisnya dan terus bergerak ke situ. Tidak mengendahkan apa-apa pun lagi, dia terus berbaring dan matanya dipejamkan.

Kayu di tangan digenggam semakin kemas sedang mata liar memerhati segenap ruang bengkel. Kosong. Tiada sesiapa di situ. Kalau tiada sesiapa yang masuk, kenapa pintu bengkelnya tidak berkunci? Dada yang sedari tenang mula berdegup kencang.

Duit! 
Teringatkan duit yang ditinggalkan malam tadi di dalam pejabat kecilnya, Hakim bergegas ke situ. Sebaik pintu pejabatnya dikuak, Hakim terpaku dan mata tidak berkelip memandang sekujur tubuh yang sedang elok berbaring di atas sofa.

“Woiii!” Jerkah Hakim agak kuat. Bimbang juga kalau-kalau tetamu di hadapannya itu bukan manusia. Terfikirkan itu, bulu tengkuk mula meremang.

Terdengar kuat suara seseorang menyapa telinga, Balqis yang masih enak dibuai lena tersentak. Spontan itu dia bingkas bangun. Belum sempat dia berdiri tegak, dia terduduk semula apabila pandangannya terasa berpinar-pinar. Mungkin disebabkan bangun secara terkejut begitu membuatkan kepalanya pusing dan spontan itu kepalanya disentuh lalu nafasnya dihela. Lelaki yang sedang tajam merenungnya ketika itu dipandang kalut.

DEMI KAMU ANNA BALQISWhere stories live. Discover now