Bab 7 - Que

538 12 0
                                    

"Kejar dia!" Lantang Karim bersuara sebaik batang tubuh Balqis menyapa pandangan matanya. Dengan wajah menyinga, langkah dibuka untuk mendapatkan gadis itu. Setelah seminggu mencari akhirnya dia bertemu juga dengan Balqis.

"Que! Lariiii!" Jerit Lenny sebaik dia terpandangkan Karim yang sedang meluru ke arah mereka.

Tersentak mendengar jeritan Lenny, Balqis berpaling. Ternampak sahaja kelibat Karim, pinggan nasi di tangannya dilemparkan. Perut yang sedang kelaparan ketika itu langsung tidak diendahkan dan dia terus buka langkah seribu.

"Woi! Perempuan....berhenti!" Karim menjerit lantang.

Cuba melengahkan Karim dan kuncu-kuncunya, kerusi dan segala barang yang terlihat oleh matanya dicapai dan dicampakkan ke arah mereka.

"Tak guna punya perempuan!" Karim semakin menyinga apabila pergerakannya terganggu.

"Woi! Kejarlah laju sikit. Macam pondan!" Marahnya apabila pengikut-pengikutnya sudah mula termengah-mengah membetulkan nafas.

Bagai lipas kudung, Balqis terus berlari. Cuba bersembunyi dari Karim, dia terus memasuki beberapa lorong kecil dicelah-celah bangunan yang banyak di situ. Yakin yang Karim sudah jauh di belakang, dia terus berhenti dengan nafas termengah-mengah.

"Setan betul! Aku sudahlah lapar kau ajak main kejar-kejar pulak!" Dengusnya sambil membetulkan nafas. Perut yang terasa perit disentuh.

"Dalam keadaan terdesak kau janganlah sakit pulak. Kau sabar sikit boleh? Nanti belum sempat aku isi kau, aku yang kena telan." Bebelnya dan tubuhnya disandarkan di dinding. Baru sahaja dia ingin duduk, dia terdengar suara Karim samar-samar di telinga. Dengusan dilepaskan dan tidak menunggu, dia mula buka langkah semula.

"Itu dia bos!"

Karim kalihkan pandangan ke arah yang ditunjukkan. "Tunggu apa lagi? Kejarlah!" Arahnya dengan nafas yang turun naik menahan lelah.

Balqis berlari semakin laju. Perutnya yang terasa semakin perit di tekan kuat. Tidak tahan lagi dengan kesakitan yang dirasakan saat itu, langkahnya terus terhenti.

"Aku nak buat apa sekarang?" Termengah-mengah dia sambil menahan sakit. Tubuh pula sudah lencun dibasahi peluh.

"Itu dia!"

Kepala ditolehkan. "Shittttt!" Bisiknya semakin cemas. Terpandangkan seseorang yang sedang memasuki keretanya, dia terus meluru ke situ. Tidak mengendahkan siapa empunya kereta dia terus meloloskan tubuh ke dalamnya.

"Jalan cepattt!" Arahnya keras.

"Woi! Kau ni apahal tiba-tiba...." kata-kata Hakim terhenti. Bulat matanya memandang gadis yang sedang bersembunyi di tempat duduk belakang keretanya.

"Kau?" Soalnya dengan dahi berlapis-lapis.

"Jalanlah cepat. Ada orang kejar aku!" Bentak Balqis keras.Tak ada masa lah dia nak beramah mesra sekarang.

Hakim buangkan pandangan ke arah cermin belakang keretanya. Terpandangkan beberapa orang lelaki sedang meluru ke arah keretanya, spontan itu tubuhnya dipusingkan ke hadapan semula dan minyak kereta ditekan kuat.

Setelah yakin kereta lelaki itu sudah berada jauh dari kawasan tadi, Balqis betulkan duduk. Bajunya yang mula terasa melekit dibasahi peluh, dikibas-kibas.

"Kenapa diaorang kejar kau? Kau mencuri?" Gadis itu dipandang dari cermin pandang belakang.

"Boleh tak kau jangan cakap banyak? Hantar aku dekat mana-mana kedai makan, aku lapar."

Hakim mendengus. "Banyak cantik muka kau. Suka hati kau memerintah. Ingat aku driver kau?" Bedilnya.

"Kalau macam tu berhentikan aku dekat depan tu. Aku cari kedai makan sendiri." Selamba Balqis langsung tidak menghiraukan riak tidak puas hati lelaki itu.

DEMI KAMU ANNA BALQISWhere stories live. Discover now