Bab 6 - Buah Hati

563 10 2
                                    

Pandangan dikalihkan ke arah Malek dan Karim yang sedang menikus tidak jauh dari mini bar tempat dia berdiri ketika itu. Botol Carlsberg di atas meja dicapai dan dibuka penutupnya lalu dituangkan ke dalam gelas. Dengan mata mencerlung memandang kedua-duanya,  minuman keras tersebut dihirup perlahan lalu langkahnya diayun dan gelas di tangan digoyang-goyangkan sehingga air di dalamnya berkocak kuat.

“Ada jumpa budak tu?” soalnya keras.

Malek dan Karim berpandangan lalu kepala digeleng.

“Budak perempuan yang baru 17 tahun pun korang berdua tak boleh handle. Bodoh!” Bentak Hendry berang. Gelas di tangannya dihempaskan ke lantai dan kerusi di hadapannya ditendang sekuat hati.

Karim dan Malek menikus lalu kepala ditundukkan memandang lantai.

“Aku tak faham mana mana budak tu boleh terlepas!”

“Budak perempuan tu panjang akal bos.” Malek beralasan.

“Itu menunjukkan yang korang tu bodoh! Bahalul!” marahnya lagi.

Malek terus terdiam ditempatnya.

“Dah cari dekat rumah Tiger?”

“Dah, tapi dia memang tak ada dekat situ.”

“Dia mesti tak berani balik rumah tu.” Hendry kerutkan dahi. “Kawan-kawan dia? Ada korang cari kawan-kawan dia?”

Sekali lagi Karim dan Malek berpandangan. “Tak ada bos.” Jawab mereka perlahan.

“Tak ada!?” Hendry geleng kepala. “Itu pun korang tak boleh fikir? Kalau dia tak balik rumah Tiger tentu dia akan menumpang di rumah kawan-kawan dia!” bedilnya. “Arghhhhhhh!” sekali lagi kerusi ditendang. “Tiger tak dapat dikesan! Budak perempuan itu pun lenyap! Semuanya bodoh!” ucapnya semakin lantang. “Sekarang, dapatkan maklumat tentang kawan-kawan dia!” arahnya keras.

“Kami akan cari dia sampai dapat bos.” Karim memberi jaminan.

Dengan riak yang semakin menyinga, Karim dan Malek dipandang semula. “Aku nak korang cari dia sampai dapat. Dalam masa yang sama, cari Tiger juga. Kalau dapat dua-dua sekali lagi bagus!” Tegasnya. “Berani Tiger nak main-main dengan aku!” jemarinya digenggam dengan dada yang berombak marah.

“Baik bos!” Karim dan Malek membalas serentak.

“Ingat, kita dah tak banyak masa. Cobra cuma beri kita masa dua bulan untuk dapatkan berlian tu semula. Kalau kita gagal, kita semua…habis!” pesannya mengingatkan.

“Okey bos.”

“Dah pergi!” jerkahnya.

Kalut dijerkah dan tidak menunggu, Karim dan Malek terus bergegas keluar.

“Tak guna kau Tiger! Kalau aku dapat kau, nahas kau!” bisiknya keras sambil jari jemarinya dikepal kuat.

Berhenti sahaja di hadapan rumah mak cik Hasmah, kereta Toyota Vios warna putih miliknya terus diberhentikan dan enjin dimatikan. Sebaik terpandangkan Hidayah yang baru muncul dari pintu hadapan rumah, senyum di bibir Hakim melebar dan dia terus keluar dari perut kereta.

“Assalamualaikum.” Sapanya ramah.

Hidayah menoleh dan pamer senyum. “Waalaikumsalam.”

"Amboi, lawa-lawa ni nak ke mana?" Anak bongsu mak cik Hasmah yang menjadi pujaan hatinya itu dipandang dari atas ke bawah. Sesekali nampak si cantik itu bersolek, ermmmm boleh cair hati dia. 

DEMI KAMU ANNA BALQISWhere stories live. Discover now