"Byun Baek!"
Chanyeol memanggil Baekhyun yang sedang fokus menulis lirik itu. Baekhyun memandang Chanyeol dengan kerutan dahinya. Chanyeol langsung duduk di sebelah Baekhyun dengan nafas yang terburu-buru, seperti habis berlari.
"Ada apa, Chan?"
"Ini." Chanyeol menghulurkan telefonnya kepada Baekhyun. Tanpa banyak bicara, Baekhyun terus mengambil telefon yang masih berada di tangan Chanyeol dan dia melihat apa yang Chanyeol suruhnya untuk lihat.
Gosip tentang kami bercinta.
"Hm, aku dah tahu."
"Oh, aku fikir kau belum tahu. Ji Won hyung ada beritahu apa-apa pada kau?" Baekhyun menggeleng.
"Malam ini, kita kena keluar. Ya, biar gosip kita makin tersebar." Kata Chanyeol dengan selamba. Baekhyun mengangukkan kepalanya beberapa kali. Dia kemudiannya menyambung kembali menulis liriknya yang tergendala sebentar tadi. Chanyeol jadinya mengeluh perlahan. Lelaki ini memang tidak mahu berbual dengan aku atau apa? Batin Chanyeol bicara.
"Baekhyun.."
"Ya." Mulut sahaja yang bergerak, tetapi matanya masih fokus pada kertas yang ditulisnya. Chanyeol mengeluh dan menarik bahu Baekhyun supaya menghadapnya. Dia tidak suka jika di abaikan, ingat itu.
"Kau memang tak suka aku?" Ya, soalan Chanyeol nampak seperti mengada-ngada. Tapi Chanyeol cukup bencikan orang yang buat tak endah terhadapnya. Chanyeol itu sudahlah jenis yang tidak boleh berhenti bercakap jadi dia akan merasa tersisih apabila ada yang tidak mahu melayannya.
"Apa maksud kau?"
"Tengoklah kau, langsung tak nak bercakap dengan aku. Kau pun tahu kan ini hubungan palsu jadi janganlah ambil serius sangat. Kita berboraklah macam biasa." Baekhyun menundukkan mukanya lalu memandang Chanyeol kembali. Baekhyun mengambil kertas yang ditulisnya sebentar tadi dan dihulurkan ke arah Chanyeol sebelum dia menepuk bahu Chanyeol dan berlalu keluar.
Kening Chanyeol bercantum, bingung dengan keadaan sekarang. Dia melihat kertas yang diberi Baekhyun kepadanya sebentar tadi dan membaca setiap ayat yang ditulis Baekhyun sendiri.
Maaf, Chan. Bukan aku tak nak layan kau, tapi setiap kali aku mahu layan kau, perasaan lain hadir. Aku tak mahu benda tu berulang lagi. Biarlah ia jadi kali pertama dan terakhir dalam hidup aku. Lepas ini, tolong jangan terlalu baik dengan aku sampaikan aku ketagih dengan rasa kasihan dan simpati kau, Park Chanyeol.
Apa ini?
----
Sudah seminggu berlalu tetapi Baekhyun masih sama. Tidak mahu menegur ataupun cuba berbual dengan Chanyeol. Setiap kali Chanyeol mahu menyentuhnya, pantas sahaja Baekhyun menepis dan juga kalau mereka terserempak, Baekhyun yang pertama akan buang muka atau memilih jalan yang lain daripada terus-terusan berhadapan dengan Chanyeol. Perkara ini membuatkan Chanyeol tertanya-tanya. Apa niat sebenar Baekhyun memberikan Chanyeol nota itu dan apa maksud di sebalik nota itu. Kali ini Chanyeol bertekad, mahu menegur Baekhyun dan menyuruhnya menceritakan semua sendiri kepada Chanyeol.
"Baekhyun." Chanyeol memegang bahu Baekhyun dan seperti yang Chanyeol agak, Baekhyun akan menepisnya tetapi kali ini perlahan. Chanyeol mengambil kesempatan untuk duduk berhadapan dengan Baekhyun sendiri. Baekhyun memandang Chanyeol lalu mengeluh perlahan. Baekhyun cuba untuk berdiri tetapi pantas sahaja Chanyeol menggenggam lengannya.
"Kau kenapa? Kalau ada masalah, ceritalah." Chanyeol cuba berlembut. Baekhyun kembali duduk lalu mengalihkan tangan Chanyeol yang kian memegang tangannya.
"Aku tak ada masalah. Kau tu yang ada masalah." Baekhyun menunjukkan jari telunjuknya yang runcing seperti wanita itu kepada Chanyeol. Chanyeol mengerutkan dahinya tidak faham.
"Kau selalu cuba dekatkan diri dengan aku. Bukan aku dah kata jangan, tapi kau degil." Baekhyun menundukkan mukanya. Bahunya terinjut, mungkin dia menangis.
Uh, dia menangis?
"Baekhyun, kenapa ni?" Chanyeol mengangkat muka Baekhyun yang polos itu. Tepat tekaan Chanyeol, dia menangis. Mata dan hidungnya jelas kelihatan kemerahan.
"Gay!"
Baekhyun menjerit tiba-tiba.
"Apa ini Baekhyun? Orang dengar--"
"Aku gay, Park Chanyeol!"
Mata Chanyeol terus sahaja membulat. Mulutnya terbuka dan seperti terkumat-kamit mahu katakan sesuatu tetapi lidahnya kelu. Baekhyun meraup mukanya kasar lalu dia berdiri dan terus melarikan dirinya. Baru sahaja Chanyeol mahu mengejarnya tetapi niat Chanyeol terbantut apabila ada yang menelefon.
"Hello?"
"Chanyeol, jangan lupa siapkan barang kamu malam ini. Besok awal pagi lagi kamu dah kena ada di airport. Kita akan gerak awal, ya?"
Chanyeol hanya menggumamkan dan meletakkan telefon. Dia mengeluh perlahan kerana terlupa yang besok dirinya ada solo konsert di China selama 2 hari. Baru sahaja Chanyeol mahu berbaik dengan Baekhyun tetapi benda lain pula yang jadi.
Tetapi dia masih musykil.
Baekhyun gay?
----
Konsert di China berjalan dengan lancar seperti selalu. Ada juga segelintir peminat Chanyeol membawa banner 'ChanBaek' membuatkan Chanyeol tergelak sendiri. Chanyeol mengagak nama itu hasil gabungan namanya dan Baekhyun.
Oh iya, bercakap tentang Baekhyun, lelaki itu sekarang sudah banyak menerima tawaran di mana-mana syarikat permodelan dan duta. Chanyeol tentu saja bersyukur. Langsung tidak terdetik dalam hatinya yang dia iri hati terhadap Baekhyun kerana dia menumpang populiritinya, malah Chanyeol sendiri merasa bangga kerana dapat menolong Baekhyun.
Baekhyun sememangnya mempunyai rupa dan bakat. Dia memang layak menerima apa yang dilalui sekarang ini.
"Chanyeol-ah." Chanyeol tersentak dari lamunan. Suara yang halus lagikan lembut itu menerpa gegendang telinganya lagi. Segera dia menolehkan kepala ke belakang untuk melihat gerangan pemilik suara tersebut dan dia jantungnya seperti melompat gembira kala melihat sosok lelaki yang berdiri di pintu dengan baju kebesaran yang dipakainya.
"Baekhyun?"
"Terima kasih." Baekhyun tersenyum manis. Chanyeol jadinya kekok melihat Baekhyun senyum begitu di hadapannya sendiri.
"Untuk apa?"
"Semuanya. Soo Man hyung banyak puji aku sekarang. Ini semua sebab kau."
Jantung Chanyeol betul-betul laju apabila Baekhyun senyum semanis itu di hadapannya. Untuk seketika, dia merasakan Baekhyun adalah lelaki paling manis yang pernah di temuinya.
"Uh--oh sama-sama. Uhm, kita minum nak petang ini?"
"Bukan minum petang tapi kita akan date petang ini." Baekhyun menayangkan eyesmilenya berserta barisan giginya yang tersusun cantik itu. Sungguh menawan.
"Okay. Aku jemput kau dekat kelas vokal pukul 5." Baekhyun hanya mengangguk dan secara spontannya dia mendekatkan dirinya dengan dengan Chanyeol hanya untuk mencium pipi tirus Chanyeol.
Dan dia terus berlalu pergi.
AXBSHSJSBJSKAZ.
"Kenapa jantung aku rasa nak terkeluar sekarang ini? Kenapa?!"
-
TBC ♥
YOU ARE READING
Forever After | CHANBAEK
Fanfictionℂℍ𝔸ℕ ❤️ 𝔹𝔸𝔼𝕂 Apabila penyanyi rapper dan vokalis utama terpaksa tandatangani kontrak untuk bercinta selama 2 tahun. Tetapi itu bukan masalahnya, Yang jadi masalahnya ialah.. MEREKA BERDUA ADALAH LELAKI ! . . . . . . . . . . . . . . . . . WARNI...