Chanyeol menatap sendu lelaki yang masih tidak sedarkan diri itu sedang terbaring lemah di atas katil hospital dengan wajahnya yang pucat seperti tiada darah. Lagi sekali, dia menyalahkan dirinya sendiri kerana membuat Baekhyunnya tersiksa.
"Kau pengecut, Park." Itu suara Kyungsoo yang sinis. Hampir dua hari dia di sini menjaga Baekhyun yang tidak sedarkan diri dan baru sekarang Chanyeol mahu menjenguk Baekhyun? Apa Chanyeol betul-betul sudah tiada hati pada Baekhyun yang malang itu?
"Kau tinggalkan Baekhyun, kau membuatkan hidupnya bergantung tak bertali, kau kejam, kau ego, Park Chanyeol!"
"Sebutlah aku apa sekalipun, aku tetap akan tinggalkan dan lupakan Baekhyun."
"ARGH!"
Kyungsoo baru sahaja mahu membidas ucapan Chanyeol tetapi suara erangan Baekhyun membuatkan dia membatalkan niatnya sahaja dan kembalik mengkhawatiri Baekhyun.
"Baekhyun? Baekhyun kau okey?" Kyungsoo panik. Dia segera menekan butang yang ada pada dinding tersebut dan tidak lama kemudian ada beberapa doktor yang datang cuba mengawal Baekhyun.
"Kenapa dengan dia doktor?"
"Dia okay cumanya mungkin dia sedikit terganggu." Kyungsok mengangguk. Selepas doktor keluar, Kyungsoo memandang sekeliling, Chanyeol si pengecut itu sudah pergi. Kyungsoo menghela nafas kasar dan sesaat kemudian ada seseorang yang meraih pergelangan tangannya. Kyungsoo melebarkan matanya tidak percaya saat Baekhyun memegang tangannya.
"Kyungsoo..air." Kyungsoo faham itu. Dia segera mengambil secawan air di sebelah katil Baekhyun dan perlahan dia arahkan cawan itu ke mulut Baekhyun. Baekhyun nampak sedikit normal saat sudah habis meminum airnya.
"Baekhyun kau okay?" Baekhyun mengangguk lemah. Tiba-tiba anak itu mengeluarkan air matanya, lagi sekali.
"Aku mimpi dia, Soo." Kyungsoo cukup faham siapa 'dia' yang Baekhyun maksudkan. Dia menatap sedih Baekhyun yang sepertinya masih berharap pada Chanyeol.
"Aku mimpi dia tinggalkan aku dan dia mahu lupakan aku."
"Sebutlah aku apa sekalipun, aku tetap akan tinggalkan dan lupakan Baekhyun."
Seketika ucapan Chanyeol sebentar tadi bermain di fikirannya. Kini dia sedar sesuatu, Baekhyun tidak bermimpi. Jadi dia dengar semua itu? Dan sebab itu kah dia tersedar dari tidur panjangnya? Kyungsoo memutar badannya dan siap-siap untuk melangkah pergi tetapi pergelangan tangannya di pegang kemas oleh Baekhyun.
"Kau juga mahu tinggalkan aku, Soo?" Kyungsoo pantas berbalik. Suara Baekhyun yang sayu itu membuatkan dia membatalkan niatnya sahaja. Itu akan memberi pengaruh buruk kepada kesihatan Baekhyun.
Tanpa mereka berdua sedari, Chanyeol bersembunyi di belakang pintu, dia pengecut tentu sahaja kerana hanya dapat melihat Baekhyun dari jauh dan mencuri dengar perbualan dua orang lelaki di dalam bilik rawatan itu tanpa berniat mahu menegur walhal dalam hatinya dia ingin memeluk dan mencium dahi Baekhyun kerana dia risau melihat keadaan Baekhyun yang tidak bermaya itu, semua kernanya. Apa dia terlalu egois?
"Baekhyun.."
-----
"Baekhyun, kau okay aku tinggal seorang diri? Aku perlu balik ke dorm, selepas itu aku akan ke sini, aku janji." Baekhyun tersenyum lembut. Dia tahu Kyungsoo sudah menjaganya di sini semalaman jadi dia tidak mahu menyusahkan rakannya ini lagi.
"Baliklah, Soo. Tak perlu datang sini lagi, lagipun aku mahu terus tidur." Kyungsoo tidak membantah, dia mengangguk dan mengemas barangnya sebelum betul-betul melangkah keluar dari bilik rawatan ini. Kini tinggal Baekhyun, berteman air mata lagi. Selama ada Kyungsoo di sisinya dia cuba menahan air matanya dari terus-terusan keluar tetapi sekarang dia seorang, dia perlu lepaskan semuanya.
YOU ARE READING
Forever After | CHANBAEK
Fiksi Penggemarℂℍ𝔸ℕ ❤️ 𝔹𝔸𝔼𝕂 Apabila penyanyi rapper dan vokalis utama terpaksa tandatangani kontrak untuk bercinta selama 2 tahun. Tetapi itu bukan masalahnya, Yang jadi masalahnya ialah.. MEREKA BERDUA ADALAH LELAKI ! . . . . . . . . . . . . . . . . . WARNI...