"Chanyeol-ah." Dekat berpuluh kali Baekhyun memanggil Chanyeol tetapi Chanyeol hanya buat tidak endah. Tidak berputus asa, Baekhyun menyucuk bahu tegap Chanyeol dengan jari telunjuknya tetapi sama sahaja, Chanyeol tetap tidak bergeming. Akibat geram, Baekhyun terus menarik telinga Chanyeol yang capang itu dan saat itulah Chanyeol baru merespon dengan menjerit kesakitan.
"Hey, mana main tarik telinga!" Chanyeol menggosok-gosok telinganya seperti telinga itu lebih berharga dari Baekhyun.
"Habis, kau tak mahu layan aku."
"Siapa kata? Kan aku suruh kau panggil aku sayang dulu baru aku pandang." Chanyeol kembali memusingkan tubuhnya membelakangi Baekhyun. Lagi-lagi Baekhyun mendengus kasar sebelum menampar badan belakang Chanyeol.
"Sayang~"
"Tak dengar, Byun. Kuat lagi." Chanyeol ketawa mengejek, geram dengan sikap Baekhyun yang malu-malu tapi mahu. Idea jahat muncul di kepala Baekhyun dan dengan sengaja Baekhyun memancing nafsu Chanyeol dengan memeluknya dari belakang dan mencium belakang tengkuk lelaki tiang beberapa kali.
"Baekhyun sayang Chanyeol. Ingat itu." Baekhyun memeluk Chanyeol dengan lebih erat berserta dengan senyuman nakal. Chanyeol pula hanya diam. Lelaki ini tidak punya perasaan atau apa? Penat Baekhyun berlakon.
"B-Baek.. Baik kau lepas sebelum aku buat lagi teruk dari ini." Baekhyun hanya tersenyum jahil apabila mendengar suara Chanyeol yang mula bergetaran. Tidak mengendahkannya, Baekhyun terus meraba seluruh badannya dan sedikit menggeletek pusat kecilnya itu.
"I love it." Suara garau Chanyeol kedengaran. Kecut perut Baekhyun mendengarnya. Chanyeol melepaskan tangan Baekhyun dari memeluknya dan dia memusingkan tubuh seringan bulu milik Baekhyun menghadapnya asal. Baekhyun kerutkan dahi saat dia perasan sesuatu.
Kenapa muka Chanyeol berpeluh?
Setahu Baekhyun di dalam kelas rap ini suhu penghawa dinginnya betul-betul sejuk dan kenapa Chanyeol berpeluh--uh oh Baekhyun sudah tahu mengapa.
Baekhyun menggigit bibir bawah apabila tubuh Chanyeol semakin mendekatinya. Chanyeol menjilat bibirnya lalu dia tersenyum senget.
"Chanyeol, apa ini?" Baekhyun cuba menolak tubuh Chanyeol tetapi Chanyeol menahan tangan Baekhyun lalu Chanyeol mengelap peluh yang berada di mukanya menggunakan tangan Baekhyun.
"Kau tahu kenapa aku berpeluh?"
Sengaja mahu bermain tarik tali dengannya, Baekhyun menggeleng dengan senyuman nakal.
"Sebab aku tak tahan."
"Uh?"
"Aku nak kau lah bodoh."
----
"Ini semua kau punya pasal!"
Chanyeol hanya tersenyum kemenangan. Baekhyun pula terkocoh-kocoh menyarungkan baju ke badannya. Chanyeol yang memang memasang muka tembok itu masih selamba berbaring di atas katil.
"Relaks, setakat tertinggal kelas piano je. Aku boleh ajar." Baekhyun memandang Chanyeol lalu di jelingnya. Dia mengambil seluarnya lalu masuk ke dalam tandas. Tidak sampai lima minit Baekhyun keluar lagi dengan keadaan lengkap berpakaian. Baru sahaja dia mahu keluar dari dorm milik Chanyeol ini, Chanyeol dengan pantasnya menarik lengan si kecil dan menyuruhnya duduk di atas katil. Baekhyun mengeluh perlahan sebelum dengan muka terpaksanya dia duduk di sebelah Chanyeol.
"Aku serius, aku boleh ajar kau main piano. Itu pun kalau kau mahu." Chanyeol kemudian bermain dengan jari runcing milik Baekhyun lalu di cium beberapa kali. Baekhyun pula makin dekatkan dirinya dengan Chanyeol lalu dia kembali berbaring di sebelahnya.
Uhm, tadi macam ada orang cakap nak keluar.
"Betul kau boleh ajar?" Chanyeol mengangguk lalu mendepakan tangannya hanya untuk memeluk dan mencium ubun-ubun Baekhyun. Sumpah, semua tentang lelaki ini betul-betul menarik!
"Okay. Aku belajar dengan kau." Baekhyun memandang Chanyeol dan Chanyeol juga turut memandang muka Baekhyun yang naif itu. Mereka berbalas senyuman dengan Baekhyun yang tiba-tiba mencium batang hidung kekasih kekarnya.
"Oh, main kasar." Chanyeol tersengih lalu menindih tubuh kecilnya. Baekhyun pula tidak berhenti membuat bulatan di dada Chanyeol, menggodanya. Baekhyun memang betul-betul pandai memancing nafsu Chanyeol. Chanyeol mencium seluruh muka Baekhyun tanpa henti. Baekhyun pula hanya melerakan semua tindakan Chanyeol.
"Park Chanyeol, aku sayang kau, ingat itu." Baekhyun memejamkan matanya sambil menikmati seluruh ciuman Chanyeol yang mengena di mukanya.
"Aku pun sayang kau sangat-sangat, Byun Baekhyun."
Dan tanpa di kawal Chanyeol telah menanggalkan baju dan seluarnya untuk kali ke dua. Semua Baekhyun punya pasal. Siapa suruh goda Chanyeol, hmm?
----
"Chanyeol hyung."
Chanyeol hanya menggumam apabila Sehun memanggil. Sehun melepaskan keluhan berat sebelum memberikan telefonnya ke Chanyeol. Segera Chanyeol mencapai benda persegi tersebut dan melihat skrin telefon itu. Matanya langsung sahaja membulat apabila melihat gosip yang baru sahaha tersebar.
"Uhm, apa betul semalam kau cium Baekhyun dekat taman?" Sehun bertanya dengan teragak-agak. Chanyeol mengeluh perlahan sebelum mengangguk sambil menggaru belakang tengkuk. Chanyeol merutuki kebodohannya kerana mencium Baekhyun di tempat awam dan sudah tentulah akan tertangkap dengan peminatnya.
Sehun mengambil kembali telefonnya yang berada di pegangan Chanyeol dan dia tersenyum kelat.
"Hyung, bercinta ini boleh. Tapi kalau sudah lelaki dengan lelaki bercinta, itu memang pelik." Chanyeol hanya diam dan mendengar lagi apa yang mahu disampaikannya lagi. Sesekali Chanyeol memainkan hujung kemejanya sendiri kerana malu di nasihati oleh junior sendiri.
"Okay, senang begini. Kalau hyung sukakan Baekhyun, hyung suka dia di sebabkan apa?" Chaneol mendongak memandang Sehun dengan kerutan di dahi.
"Apa maksud kau?"
"Hyung suka Baekhyun sebab hyung betul-betul ikhlas sukakan dia atau sebab nafsu hyung pada dia?" Soalan Sehun betul-betul membuatkan lidah Chanyeol kelu. Mulut Chanyeol terkumat-kami mahu katakan sesuatu tetapi sepertinya tidak terkeluar.
"Hyung sukakan dia sebab nafsu, kan?"
Chanyeol sendiri tidak tahu sama ada mahu mengangguk ataupun menggeleng. Kalau dia sukakan Baekhyun sebab nafsu, sudah pasti jawabannya bukan kerana Baekhyun memiliki semua yang Chanyeol miliki. Baekhyun lelaki dan Chanyeol pun lelaki jadi apa yang ia dapat?
"Hyung masih keliru dengan perasaan hyung kan?" Teka Sehun. Chanyeol hanya diam dan menunduk. Rasa malu menguasai dirinya sekarang ini.
"Aku tahu ini cuma kontrak tapi kalau hyung betul-betul suka dan cinta dia, hyung kena setia. Tapi kalau hyung rasa hyung cuma mahu mainkan perasaan dia, lebih baik hyung berhenti. Tempoh kontrak ini lama hyung, dan kalau Baekhyun sanggup tunggu hyung selama kontrak ini habis, tolong..jangan lepaskan dia hyung."
Selepas sahaja panjang lebar Sehun bercakap, dia terus berlalu keluar. Gaya Sehun cakap sepertinya dia sudah lama mengenali Baekhyun, tapi mustahil. Hanya Kyungsoo dan dirinya sahaja yang tahu kisah silam Baekhyun dan tidak mungkin Sehun pun sama.
Chanyeol menghempaskan tubuh atas katil.
Dirinya?
Cinta Baekhyun atau tidak?
-
Tbc ♥
YOU ARE READING
Forever After | CHANBAEK
Fanfictionℂℍ𝔸ℕ ❤️ 𝔹𝔸𝔼𝕂 Apabila penyanyi rapper dan vokalis utama terpaksa tandatangani kontrak untuk bercinta selama 2 tahun. Tetapi itu bukan masalahnya, Yang jadi masalahnya ialah.. MEREKA BERDUA ADALAH LELAKI ! . . . . . . . . . . . . . . . . . WARNI...