Baekhyun duduk di dorm nya seorang diri. Kepalanya tidak habis fikir kenapa Chanyeol seperti menghindarinya. Dia cuba berfikir positif yang Chanyeol seperti itu kerana mendiang Puan Park tetapi hatinya kata lain. Dia betul-betul takut sekiranya Chanyeol betul-betul pergi meninggalkan dirinya.
Chanyeol tidak banyak bercakap dengannya sejak mereka pulang dari kampung milik Chanyeol dan apabila Baekhyun mahu berikan pelukan yang menjadi candu kepada Chanyeol, anak itu menolak mentah membuatkan hati Baekhyun seperti di siat.
Chanyeol cuba menjauhkan diri darinya.
Iya, dia tahu itu.
Selalu Chanyeol pandangnya dengan pandangan penuh cinta tetapi sekarang. Apa salah dirinya? Apa Chanyeol sudah berubah hati? Setidaknya Chanyeol harus menyatakan sebab mengapa dia menjauh dari Baekhyun. Jika Chanyeol sudah tidak ada hati pada Baekhyun, ya Baekhyun boleh pergi. Dia tidak akan ganggu Chanyeol dan dia akan move on. Tetapi Chanyeol terus terusan mendiamkannya. Jika dihitung hari ini tepat seminggu Chanyeol tidak bercakap, bertegur, bersentuhan lagikan tidak.
"Baekhyun?" Baekhyun cepat menoleh kerana ia fikir Chanyeol, ternyata Kyungsoo. Baekhyun mengusap matanya yang hampir mengeluarkan air mata lalu berdiri dan berjalan ke arah Kyungsoo dengan senyumannya. Dia tidak boleh kelihatan lemah. Dia lelaki!
"Ya, Soo? Ada apa?"
"Soo Man cari kau. Ada benda yang mahu di cakapkan."
"Tentang?" Kyungsoo angkat bahu, tanda dia tidak tahu. Baekhyun mengangguk faham lalu keluar dari dorm nya dan berjalan ke arah pejabat boss besarnya itu. Masuk sahaja ke dalam bilik pejabat itu, Baekhyun dikejutkan dengan kehadiran Chanyeol dan manager Chanyeol juga. Baekhyun hairan, tentu saja.
"Duduk Baekhyun." Baekhyun patuh. Dia melirik ke arah Chanyeol yang menatap lurus Soo Man yang berada di hadapannya. Baekhyun seperti tunggul, Chanyeol langsung tidak mempedulikannya.
"Boleh aku tahu kenapa aku di panggil?" Tanya Baekhyun lembut walaupun suaranya agak bergetar. Dia gugup melihat wajah serius semua orang di dalam ruangan ini. Bahkan suara nyamuk berterbangan boleh di dengar dengan jelas.
"Aku sudah tahu hubungan sebenar kau dengan Chanyeol." Baekhyun membulatkan matanya memandang Chanyeol. Berbeza dengan Chanyeol, dia kelihatan tenang. Baekhyun fikir Soo Man sudah beritahu hal ini kepada Chanyeol terlebih dahulu.
"Aku akan batalkan kontrak ini. Kamu berdua boleh putus dan jalankan hidup masing-masing. Lagipun Baekhyun sudah terkenal." Chanyeol mengangguk lalu menandatangani surat batal kontrak tersebut lalu menyerahkan pen itu kepada Baekhyun. Baekhyun di buat tidak percaya. Tergamak Chanyeol buat begitu kepadanya. Setelah semua di berikan kepada Chanyeol bahkan tubuhnya.
Baekhyun dapat simpulkan suatu benda dari apa yang terjadi, Chanyeol membuangnya.
"Chanyeol.." Suara Baekhyun bergetar. Apa dah jadi kepada Chanyeol-nya? Apa salahnya sehingga Chanyeol sanggup putuskannya.
"Cepat tanda tangan dan aku ada kerja, Byun Baekhyun." Jujur, jantung Baekhyun seperti mahu berhenti berdegup saat mendengar suara dingin dan tak berperasaan dari Chanyeol. Air matanya jatuh setitik demi setitik lalu menandatangani surat tersebut dengan kasar. Tiada siapa yang menemaninya sekarang ini kecuali air matanya. Selesai sahaja Baekhyun menandatangani surat tersebut, dia terus berlari keluar dari ruangan tersebut dengan air mata yang tidak berhenti keluar.
Dia mengambil kunci keretanya di poket seluar dan terus melangkah masuk ke dalam kereta. Dia tidak tahu hendak ke mana tetapi rasanya dia mahu ke satu tempat. Tempat di mana orang yang di cintai juga sudah pergi.
"H-Hyung.."
Baekhyun menangis terisak di hadapan makam abangnya. Sepertinya sudah lama dia tidak mengunjungi makam abangnya sendiri dan kini dia berasa berdosa kepada abangnya.
YOU ARE READING
Forever After | CHANBAEK
Fanfictionℂℍ𝔸ℕ ❤️ 𝔹𝔸𝔼𝕂 Apabila penyanyi rapper dan vokalis utama terpaksa tandatangani kontrak untuk bercinta selama 2 tahun. Tetapi itu bukan masalahnya, Yang jadi masalahnya ialah.. MEREKA BERDUA ADALAH LELAKI ! . . . . . . . . . . . . . . . . . WARNI...