Part 2

25 0 0
                                    


Sebelum pukul 5 aku dah sampai untuk lapor diri dekat tempat kerja baru. Masuk-masuk je Encik Yeoh dah tunggu dekat kaunter reception. "Manyak bagus, awal sula sampai" kata Encik Yeoh. Aku pun masuk ke bilik pengawal keselamatan yang Encik Yeoh dah tunjukkan tengahhari tadi dan letak kesemua barang aku. Aku pun pergi berjumpa dengan staff Ghost House untuk diajarkan cara closing tempat ni. Kebanyakkan tugas aku adalah tolong diorang matikan elektrik untuk kesemua mekanikal yang menggerakkan tarikan yang ada dalam tempat ni.

Kebanyakkan suis yang menggerakkan tarikan ni tersembunyi dalam dinding, jadi kena la jugak lalu depan-depan tarikan ni dan kadang-kadang tarikan ni bergerak sebab orang lalu depan dia. Sampailah untuk tarikan bahagian pocong, suisnya terletak jauh dihujung laluan dan kena lalu depan pocong tu. "SSSSHHH!" pocong tu membongkok kedepan sebab staff Ghost House lalu depan dia. Aku terkejut sikit tapi staff tu macam tak takut je, mungkin sebab dia dah biasa. "Ok Encik Faiz, suis untuk pocong tu ada dekat sini" staff tu tunjukkan. Aku pun pusing suis tu kepada off, dan pocong tu terus tak bergerak lagi.

Lepas selesai sesi tunjuk-ajar cara closing Ghost House, aku pun kembali ke kaunter reception yang dimana Encik Yeoh dah mula membebel. Rupanya dia membebel sebab ada lagi 2 pengawal keselamatan masih tak sampai-sampai lagi, tapi panjang umur 2 orang tu sampai jugak tak lama lepas tu. Agak muda 2 orang tu daripada aku & diorang terus masuk ke bilik pengawal keselamatan untuk letak barang. Aku pun ikut masuk sekali. Lepas kami bersuai-kenal, mereka adalah Amar dan Rayyan yang mereka masing-masing umur dalam lingkungan 20an gitu.

Kitaorang semua duduk dalam tu dan mula memantau CCTV yang kebanyakkannya meliputi luar dan dalam bangunan, kalau dalam bangunan banyak CCTV dihadapkan kearah tarikan-tarikan. "Bang, abang baru kat sini kan. Abang takut hantu tak?" tanya Rayyan. "Aku adalah sikit takut, tapi takdelah takut sangat" balas aku. "Kalau abang nak tau, tempat ni sebenarnya berhantu tau! Walaupun tempat ni tempat rumah hantu tapi ada hantu betul" kata Rayyan. "Yeke?" tanya aku. "Iye betul bang, kalau abang tengok sini, yang pocong ni la paling sial kat tempat dalam ni. Suka kacau security guard macam kita ni" kata Rayyan sambil jari dia tunjuk kearah CAM26 yang fokus kearah pocong.

Jam pun dah menunjukkan pukul 10 malam, dan tiba masanya untuk aku melakukan rondaan buat pertama kali. Kata Amar dan Rayyan biasa semua pengawal akan ikut sekali meronda supaya kalau berlaku kerosakkan aku tak akan dituduh merosakkan harta benda syarikat, dan alasan lainnya sebab aku masih tak ingat selok belok Ghost House ni yang dimana laluannya macam pagar sesat. Kitaorang pun mula meronda bersama dengan lampu suluh sebab biasa lampu hanya akan dibuka waktu closing sahaja, dan akan dipadamkan semula selepas semua pelawat dan staff pulang. Kami mulakan dengan kawasan basement yang menjadi tempat tarikan tema hospital, lebih kepada bilik mayat. Kemudia kitorang meronda pulak ke kawasan lain sampailah ke kawasan pocong tadi. Hati agak bedebar bila nak melintas depan pocong tu.

"DUKK!" tiba-tiba pocong tu membongkok kedepan, tapi takde bunyi sebab elektrik dah dimatikan. Kitaorang pun terperanjat sebab benda tu berlaku tetiba je. "SIAL!" Rayyan pun terus tampar boneka tu sampai pocong tu bergerak kepalanya pusing ke sebelah kanan. Aku pun terkejut tapi pada agakkan aku mungkin sebab rangka mekanikan boneka tu agak longgar sampai benda tu membongkok ke depan dengan sendiri. "Dah sudah yang kau pergi tampar dia buat apa. Nanti dia marah nanti!" kata Amar sambil menarik Rayyan untuk teruskan meronda. Aku yang diam dari tadi tak cakap apa-apa pun dan kitaorang mula terus meronda. Tak jauh baru beberapa langkah nak belok masuk ke tarikan lain, tiba-tiba ada bunyi benda jatuh belakang kitaorang.

"THAKK!" bunyi benda jatuh, macam benda kecik jatuh atas lantai. Mungkin skru mungkin benda yang digantung dekat dinding jatuh. Kitaorang pun pusing ke belakang dan suluh. Sekali lagi aku terperanjat sebab bukan tersuluh pocong tu, tapi muka pocong tu dah berubah dari pandang ke sebelah kanan sekarang pandang ke sebelah kiri, macam dia pandang kitaorang. "DAH DAH, JALAN CEPAT" Amar tolak kitaorang untuk terus meronda dan kitaorang pun tinggalkan pocong tadi.

"Kan aku dah cakap tadi bang, memang pocong tu sial" kata Rayyan kepada aku lepas kitaorang pulang semula ke bilik pengawal. "Mungkin aku tertepis kot kepala dia tadi, tu yang kepala dia bergerak tadi tu" kata aku nak sedapkan hati diorang dan aku sendiri. "Nanti esok lusa abang percayala cakap kitaorang nanti. Bukan pocong tu sorang je yang kacau" kata Rayyan sambil kitaorang pandang ke arah monitor CCTV, merenung tajam CAM26.

Ghost HouseWhere stories live. Discover now