Part 1

44 0 0
                                    


Aku adalah seorang suami kepada 2 orang anak, yang kini sedang menganggur kerana kekurangan peluang pekerjaan. Ada job posting pun takda orang nak terima. Penat lelah belajar sampai sarjana muda tapi macam tak laku. Jadi dipendekkan cerita, satu hari melalui facebook post ada sebuah syarikat pusat hiburan yang mencari 'security guard' untuk pusat hiburan bertemakan seram, ataupun senang cerita rumah hantu. Bayaran gajinya agak tinggi, dekat dalam RM2100 dan mesti boleh bekerja dalam syif, dan memantau keselamatan pelawat dan memantau site pada waktu malam. Lokasinya pun takdelah jauh, boleh dikatakan dekat jugak. Maka tanpa buang masa aku pun menelefon tuan empunya pusat hiburan, Encik Yeoh Soi Yeah.

Aku pun tiba di tempat seperti yang ditulis dalam Facebook posting. Rupanya pusat hiburan ni telah menggunapakai bangunan shopping complex yang ditinggalkan menjadi rumah hantu. Sementara aku meninjau bangunan tu, Encik Yeoh sedang berjalan menuju kearah aku. "Security Guard balu kita sulah sampai, mari mari saya tunjukkan you" pelawa Encik Yeoh untuk satu tour bagi tempat kerja baru aku. Kami pun masuk kedalam bangunan melalui laluan utama. Sesudah je aku masuk kedalam, suasana dalam bangunan tu agak gelap, cuma hanya ada cahaya samar2 yang menerangi reception desk, yang agak aku dulu sepatutnya menjadi kaunter pertanyaan. Aku dan Encik Yeoh diberikan night-vision goggles, supaya pengawal keselamatan boleh memantau sekeliling bangunan tanpa menggangu pelawat.

Banyak jugak tarikan yang terdapat dalam Ghost House ni, macam Pontianak, Jerangkung, Toyol, dan siap ada Penanggal yang boleh dok jalan2 dan terbang sekitar bangunan. Oh lupa nak beritau, yang kebanyakkan tarikan ada dalam Ghost House ni adalah digerakkan secara mekanikal, dalam Bahasa Melayu robot la. Tu yang membolehkan Penanggal siap boleh terbang sebelah aku & Encik Yeoh, sebab benda tu digerakkan dengan satu threadwire bermotor. Ala macam flying fox gitu cuma letak motor elektrik je. Siap ada jugak Bloody Mary dengan gambar cerita hantu Conjuring, yang Nun jahat tu. Siap boleh sergah lagi kalau datang dekat.

Tiba-tiba terdengar beberapa jeritan pelawat lelaki dan perempuan, di sebuah salah satu laluan tingkat 2. "Eh kenapa tu, ada pelawat terjatuh ke" tanya aku. "Ahh, itu bintang utama Ghost House. Mali ikut saya" ujar Encik Yeoh. Kami pun menuju ke lokasi yang dimana pelawat menjerit tadi. Suasana agak lebih gelap dari biasa membuatkan night-goggles menjadi lebih terang. Laluan ni jugak penuh dengan kain yang digantung sana sini. "SSSSHHHHH!" tetiba berbunyi disebelah kanan aku sampai aku terlompat terkejut sekejap. Encik Yeoh ketawa je. Rupa-rupanya benda yang buat bunyi tu adalah Pocong. Pocong tu nampak macam real, siap dengan kain kapan koyak rabak warna coklat2 siap ada warna darah pudar lagi. "Ini tarikan utama tempat kita. Awak nampak macam takut ja?" kata Encik Yeoh. "Saya memang takut sikit dengan pocong" balas aku. "Haiya tak payah nak takut, takda hantu & tak wujud" balas Encik Yeoh. "OK, kita biasa tutup pukul 7, jadi I nak you datang pukul 5 nanti OK? Nanti staff I dekat sini kasi ajar sama you macam mana nak closing" kata Encik Yeoh lagi.

Ghost HouseWhere stories live. Discover now