Part 5

22 0 0
                                    

Jam pun dah menunjukkan pukul 7 pagi. Alhamdulillah sejak dari pukul 10 malam tadi takde bende pelik-pelik berlaku waktu meronda, kecuali CCTV buat hal. Aku dan Amar pun bersiap sedia untuk pulang dan aku pun membuka pintu utama Ghost House. Para staff sekalian dan pengawal keselamatan sesi pagi pun masuk untuk melaporkan diri untuk hari yang dah pun bertukar baru. Setelah aku bersalam dengan Amar, aku pun naik motorsikal dan pulang ke rumah.

Dalam perjalanan pulang ke rumah tu, motor aku terasa berat semacam je. Pecut macam tak nak pecut, macam ada orang naik kat belakang je. Aku dalam hati pun berdebar takut kot-kot ada benda ikut balik dari tempat kerja, tapi kot mana la tau kan motor yang bermasalah, aku singgah kejap ke kedai motor. "Ni brek yang problem ni bang, dia sangkut sikit tu yang buat motor abang rasa berat je" kata mekanik. Ceh, aku dah cuak dah tadi ingatkan ada benda ikut balik, rupanya memang motor yang problem. Dalam hati aku kata, hai lah motor motor, tak kena masa kau nak buat hal. Dah lah tempat kerja aku tu seram, kau pun nak buat hal seram jugak.

Setelah selesai urusan dekat kedai motor, brek pun sudah diperbetulkan, aku pun balik dan sampai kerumah. Sesudah je aku selak pagar, muncul isteri dan anak perempuan kesayanganku. Yeayea baba dah balik, kata anak aku. Aku pun peluk dan cium isteri dan anak aku. Anak aku menjengah keluar dan kemudiannya dia tengok aku. "Kenapa baba tinggalkan kakak tu dekat luar tu?" tanya anak aku. Aku pun menjengah keluar tapi takde orang dekat luar pagar, tapi cuma ada seorang wanita muda tengah bercakap dengan anak lelaki jiran aku sebelah. "Tu kawan jiran sebelah kita je" kata aku dan terus masuk ke dalam.

Hari ni aku cuti, sebab kerja aku cuma 6 hari kerja satu hari cuti. Tengah aku melayan TV drama pukul 7, tetiba aku terdengar anak aku bermain dekat dalam bilik. Agak aku pun main patung agaknya. Aku pun bangun dengan pergi mengintai. Aku tengok memang betul anak aku main patung, tapi dia bercakap dekat arah bucu dinding. Tapi aku tersilap, bukan bucu dinding tapi salah satu patung yang membelakangkan bucu dinding. Aku pun masuk ke dalam dan tanya anak aku. "Kakak tengah main masak-masak dengan kakak ni" jawab anak aku sambil tunjuk dekat patung yang sama. Aku pun anggap mungkin dia tengah berimaginasi. Bagus kalau budak-budak ada imaginasi. Nanti dia besar jadi kreatif

Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Bunyi mesej Whatsapp masuk. Aku biasanya akan baca lambat tapi entah kenapa aku terasa nak baca sekarang. Aku pun bukak notifikasi aplikasi tu dan aku beristighfar. Rupanya mesej dari Amar yang kata Rayyan dah meninggal petang tadi. Aku pun cepat-cepat menyarungkan baju melayu untuk melawat Rayyan buat kali terakhir, kerana keluarganya nak kebumikan malam ni jugak. "Ayang, abang nak keluar ni nak melawat kawan tempat kerja abang meninggal!" jerit aku kepada isteri aku dekat dapur.

Aku pun menghidupkan motor dah mula nak bergerak keluar. Anak perempuan aku ada dekat pintu rumah yang akan tolong kuncikan. "Sayang pergi masuk dalam ye?" kata aku pada anak aku. "Baik-baik baba. Kakak ni cakap kawan baba tu selalu pukul seorang kakak ni" cakap anak aku sambil memegang patung sama. Aku pun terdiam dan merenung ke arah anak aku dan patung tu.

Ghost HouseWhere stories live. Discover now