Part 4

25 0 0
                                    

Ketika sedang pengawal keselamatan sedang menjaga bangunan Ghost House pada larut waktu malam, Rayyan terlantar di hospital kerana tangannya yang menjadi lebam secara tiba-tiba. Rayyan yang sedang tidur di dalam wad berseorangan, tetiba sahaja bingkas bangun terkejut dari tidurnya. Rayyan memandang sekeliling dan melihat wadnya dalam berkeadaan gelap, hanya diterangi dengan limpahan lampu jalan yang suram. "Makin sakit tangan ni" kata Rayyan sambil mengurut tangannya. Rayyan pun menekan butang CALL yang terletak disebelah katil, tapi setelah dia menunggu beberapa minit, tapi tiada seorang jururawat pun kelihatan, lagipun tak menunjukkan tanda-tanda sebarang jururawat akan datang

Rayyan pun dengan perlahan turun daripada katil, dan menuju ke pintu wad dan menolaknya. "Nurse?" panggil Rayyan sambil menjengah ke koridor luar. Koridor luar sedikit gelap, tidak berpenghuni. Rayyan pun bergerak keluar dan berjalan sepanjang koridor, mencari sebarang jururawat yang boleh membantu dia kerana sakit tangannya semakin menjadi-jadi. Disepanjang koridor, Rayyan tidak menemui seorang pun, bagaikan tingkat yang dia sedang diidaminya seperti kosong. Telah pun dia pergi ke kaunter jururawat, tiada orang juga. Maka Rayyan pun berkeputusan untuk turun ke bahagian lobby, dengan harapan jururawat akan berada di sana.

Rayyan pun menekan punat lif untuk turun kebawah. Salah satu lif pun mula bergerak ke tingkat 4 dan tiba di tingkatnya, dan pintu pun terbuka dengan perlahan. Rayyan pun masuk ke dalam, tanpa menghiraukan yang lif itu sedikit suram dan terus menekan butang "G". Lif pun tertutup dengan perlahan, dan akhirnya mula turun ke bawah. Sakit tangan Rayyan yang kian menjadi-jadi, sehinggakan dia terpaksa bersandar ke dinding lif dengan harapan lif yang sedang membawanya dapat bergerak lebih laju. Sementara itu, Rayyan masih lagi mengurut tangannya dengan sedikit mendengus kesakitan.

"Ding dong!" lif berbunyi, menandakan ia telah berhenti. Pintu lif pun terbuka dengan perlahan dan menampakkan satu koridor yang agak panjang lagi gelap. Rayyan yang menjadi pelik dan lalu melihat skrin pada lif, dan terpampang lif tersebut telah berhenti di tingkat 1. Rayyan pun memandang kepada butang tingkat lif, dan ternyata tingkat 1 adalah bukan destinasi yang dipilih Rayyan. Dia pun menjengah keluar melihat persekitaran, kemungkinan ada orang yang ingin menaik lif juga. Setelah Rayyan puas melihat persekitaran sekeliling yang gelap, dia masuk semula ke dalam lif dan matanya terpandang papan tanda yang tergantung di atas siling, dan membacanya.

"Mortuari.." sebut Rayyan sambil membacanya, dan kemudian dia baru mengenali maksud perkataan tersebut, yakni bermakna "BILIK MAYAT". Rayyan yang mula berasa gentar dengan segera menekan butang tutup supaya pintu lif dapat ditutup dan disambungkan perjalanannya. Tapi malangnya, pintu lif langsung tidak tutup mahukan lagi bergerak. Rayyan mula menekan butang tersebut dengan ganas. "Cepatla tutup" kata Rayyan. Berkali-kali Rayyan menekan butang tersebut tapi seperti tidak diendahkan oleh lif tersebut. Mata Rayyan kemudiannya menangkap susuk lembaga yang berdiri jauh dalam koridor tersebut.

Rayyan berhenti menekan butang tersebut dan mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas. "Siapa tu!?" jerit Rayyan , yang suaranya bergema di koridor itu. Setelah puas Rayyan mengecilkan matanya, mata Rayyan kembali membesar. Dia mengenali susuk tersebut. Susuk itu adalah tidak lain tetapi berupa pocong, dan pocong tersebut adalah yang dikenali Rayyan. Pocong itu adalah sah pocong yang sama seperti di tempat kerjanya. Rayyan pun kembali menekan butang tutup. "Cepatla tutup. Tutupla!" kata Rayyan sambil menekan butang itu dengan ganas.

Susuk pocong tersebut mula bergerak. Tidak ia berjalan ataupun melompat, tapi bagaikan susuk tersebut terapung di udara. Rayyan pun mula cemas dan menekan butang tersebut lebih laju. "Cepat la tutup sial!!" jerit Rayyan sambil menekan, dan susuk tersebut sudah semakin hampir. "TUTUP! TUTUP! TUTUP!" Rayyan menghempas butang tersebut dan susuk itu sudah semakin hampir dengan pintu lif, yang jaraknya tidak lebih dari 10 langkah. Susuk itu hampir-hampir saja memasuki lif tetapi pintu lif akhirnya tertutup dengan laju. Kemudian lif tersebut meneruskan destinasinya ke tingkat G. Setelah sampai ke destinasi yang dituju, Rayyan pun segera keluar dari lif, dan mencari sebarang jururawat.

Tapi malang buat Rayyan, kawasan lobby juga kosong, lagi gelap. "Nurse!!" jerit Rayyan, dengan harapan seseorang akan terdengar jeritannya, tapi tiada. Rayyan pun mula bergerak ke kaunter pendaftaran, tapi terhenti kerana dia terlihat kelibat susuk yang sama sedang duduk di ruang menunggu. Dia pun merenung ke arah susuk tersebut. "Kau kenapa kacau aku? Pergi balik la tempat tu!" jerit Rayyan ke arah susuk tersebut. Susuk pocong tersebut terus menggerakkan kepalanya dan merenung tajam ke arah Rayyan. Ternyata ia marah. Rayyan pun tidak berlengah lagi dan terus berlari ke arah jauh kedalam ruang lobby, dan memasuki tandas. Dia pun terus bersandar membelakangkan sinki, dengan tangannya menyokong berat badannya memegang sinki. Rayyan pun mula tercungap-cungap kerana takut, dan memandang ke arah pintu tandas khuatir pintu tersebut akan terbuka.

Tapi bulu tengkuk Rayyan mula berdiri, dan itu membuatkan Rayyan berpaling memandang ke arah cermin. Ternyata susuk pocong tersebut kelihatan dalam pantulan cermin. Rayyan kini makin menekan sinki tersebut, dan memandang kebelakang kerana mengikut pantulan tersebut pocong tersebut berada di dalam salah satu ruang tandas. Puas diamati, kosong. Tiada susuk berada di ruang tandas yang sepatutnya. Rayyan pun berpaling semula melihat cermin, dan alangkah terkejutnya pocong itu secara tiba-tiba berada dibelakangnya dan membuka mulut dan matanya yang kosong lagi gelap.

"PRAAANG" sinki tersebut patah dan membuatkan Rayyan tersunkur kehadapan, dan kepalanya terhantuk ke bahagian pecah lagi tajam. Bahagian bucu tersebut telah menembus masuk ke kepala Rayyan, dan Rayyan jatuh ke atas lantai. Darah mula membasahi lantai tandas, dan pantulan imej pocong pada cermin masih lagi kelihatan. Lampu di tandas pun terus terpadam. Kemudiannya pintu tandas terbuka dengan perlahan, dan seorang jururawat menjengah kerana terdengar bunyi sesuatu pecah dengan kuat. "Ya allah, tolong! Akak tolong!" jerit jururawat tersebut dan terus meluru masuk mendapatkan Rayyan.

Amar yang berada di bilik pengawal tersedar dari tidurnya, dan melihat kawan sekerjanya juga telah terlelap. Mata Amar secara tiba-tiba terpandang ke arah CAM25 yang menghadap ke arah patung pocong. Video tersebut kelihatan jelas dan tidak lagi mempunyai gangguan statik white noise.

Ghost HouseWhere stories live. Discover now