Part 7

23 1 0
                                    

Tengah aku bersiap untuk pergi kerja sebab waktu dah petang, yang buat sekali laginya kena syif malam. Masa waktu aku cari kunci motor, sebab malam semalam aku agak jadi letih dan terus terlena, aku terdengar macam ada suara orang menangis.

Agak aku mungkin anak bini tengah tengok cerita opera korea sebab ada menangis bagai, sebab dengar suara perempuan dengan suara budak tengah menangis. Suara tu kuat pulak dekat telinga aku, macam dekat sangat. Bila aku tengok luar, tengok bini dekat dapur & anak pun ada kat dapur. Sekali aku pun dapat cari kunci motor dan keluar rumah nak pergi kerja. "Sayang, abang dah nak pergi kerja ni!" jerit aku dari luar. "Ok sayang" jerit bini aku balik, mungkin tengah masak. Tiba-tiba ada sekujur tubuh kecil yang terus berlari dari dapur dengan agak laju, rupanya anak aku yang nak tengok aku bertolak.

Selepas aku cium pipi dia, aku pun tolak motor keluar pagar. Sebelum aku bergerak, anak aku lambai dan berkata "Baba hati-hati tau. Kakak cakap tempat kerja baba ada benda jahat". Aku pun macam termenung dekat anak aku sebab dia cakap macam tu. Dia pun tenung aku balik sambil pegang patung dekat tangannya. Entah kenapa waktu tu anak aku senyum macam senyum menakutkan. Aku kelip mata tangok dia balik dia senyum biasa-biasa je. Aish aku ni fikiran macam-macam pulak. Dekat sebulan aku kerja kat sana tak ada pun orang jahat, mungkin anak aku nak takut-takutkan aku.

Sampai je aku dekat tempat kerja, aku masuk ke dalam tengok semua staff tengah berkemas untuk tutup, dan seperti biasa aku terus masuk ke bilik pengawal. Aku fikir mungkin si Amar dah sampai, tapi aku bukak pintu bilik tu kosong, tak ada orang. Mungkin dia sampai lambat. Aku pun memulakan tugas aku untuk membantu para staf lain untuk kemas, macam biasa sambil menunggu kehadiran Amar. Aku pun dengan seorang staff lain lalu dekat laluan exhibit yang ada pocong tu. Agak berdebar bila aku nak lalu depan pocong tu, tapi bila aku lalu tak ada apa-apa yang jadi walaupun elektrik tak diputuskan. "Oh, pocong tu rosak bang. Kita orang tak sempat nak panggil juruteknik untuk betulkan" kata staf yang mengiring aku.

Masuk pukul 7, semua staf pun pulang dan tinggal aku berseorangan. Sambil aku kunci pintu depan, masih lagi tiada bayangan Amar. "Takkan aku kerja sorang-sorang kot hari ni" kata aku. Aku tengok telefon pun tak ada mesej masuk. Aku pun masuk semula dalam bilik pengawal dan mula tengok CCTV. Semua nampak ok, luar pun nampak ok, tak ada orang; senyap sunyi. Yang ada cuma aku dan radio yang memecahkan kesunyian dalam bilik pengawal. Aku fikir mungkin Amar ambil cuti sebab dia sedih dengan pemergian Rayyan? Aku letak kepala atas meja dan terlelap.

Aku terbangun semula dan aku tengok jam dekat tangan menunjukkan jam pukul 3. Aku pun bingkas bangun kerana aku dah terlewat beberapa jam untuk melakukan rondaan, walaupun berseorangan. Tapi anehnya, bilik pengawal dah menjadi gelap. Aku pun mencapai telefon aku dan menyalakan lampu skrin. "Blackout ke?" aku fikir. Aku pun terus mulakan rondaan dengan bantuan cahaya telefon sebab aku cari lampu suluh tak jumpa. Sejurus aku keluar dari lorong ke bilik mengawal dan sampai ke ruang legar pintu utama, aku ternampak satu lembaga yang berdiri di ruang tengah berdekatan dengan kaunter pendaftaran menghadap aku.

"Maafkan aku.. Aku tak sengaja.. Kau mesti balik cepat.." kata lembaga tu dalam suara yang agak perlahan tapi bergema. "Siapa kau? Macam mana kau boleh masuk ke dalam ni? Cepat keluar sebelum aku telefon polis!" jerit aku. "Kau kena balik cepat.. Sebelum kau terperangkap di sini.." kata lembaga tu lagi. "Aku telefon polis sekarang, baik cepat kau kelu-"

aku jerit tapi terhenti sebab lembaga rupanya patung pocong tu dan tiba-tiba hilang depan mata aku. Aku pun menyuluh bahagian depan dengan cahaya telefon sebab aku fikir mungkin orang tu penceroboh pergi menyorok.

Tiba-tiba kaki aku terasa licin dan aku jatuh terlentang. Aku cuba bangun tetapi badan aku dipusingkan dan kaki aku ditarik. Aku yang mendongak ke belakang dan aku perhatikan aku sedang dibawa pergi dari bilik pengawal. Bila aku pandang ke depan ke arah kaki aku, aku nampak patung pocong tu yang sedang tarik aku. Aku menjerit minta tolong sambil pocong tu tarik aku menuju ke pintu utama. Tiba-tiba aku berhenti bergerak dan pocong itu hilang. Aku pun bangun. "Kenapa ni, kenapa kau minta tolong" aku terdengar satu suara. Rupanya si Amar. Aku pun pergi dekat Amar sebab rasa takut sangat. "Tadi Amar, pocong yang dekat tingkat 3 tu tarik aku tadi" kata aku. "Ish, tak ada la. Aku baru je lalu sini tadi nak masuk bilik pengawal. Tak ada benda pun. Yang aku nampak kau terlentang kat sini" kata Amar.

"Mungkin kau penat sangat kot, lagipun aku minta maaf sebab lewat datang. Ada kerja sikit. Kau pergilah balik, aku cover syif kau. Kau pun kerja sorang-sorang tadi" kata Amar lagi. Aku pun mengangguk dan terus bergerak ke bilik pengawal dengan Amar. Aku ambil semua barang aku dan sebelum aku beredar, aku beritahu Amar yang aku terlupa untuk buat rondaan. Dia pun mengangguk faham dan terus ambil lampu suluh sebab bangunan masih lagi dalam gelap, tiada satu lampu pun yang menyala. Aku dan Amar pun berpisah bila aku bergerak ke luar bangunan dan Amar terus ke ruang bawah tanah untuk melakukan rondaan bertemankan lampu suluh sahaja. Sungguh berani dia.

Aku pun pakai topi keledar dan naik ke atas motor. Bila aku nak hidupkan, tiba-tiba aku disapa seseorang. "Assalamualaikum" tegur orang tu. Bila aku pandang, rupanya orang tu adalah orang yang tolong waktu pengebumian Rayyan, yang dikatakan ada "benda" menganggu. "Waalaikummusaalam" aku sambut. "Adik buat apa pagi-pagi buta ni" aku tanya. "Saja, jalan-jalan" katanya. Keadaan menjadi senyap-sunyi sehingga aku pun menghidupkan motor dan mahu bergerak pulang. Sebelum je aku dapat cakap yang aku nak balik, orang tu mencelah dulu. "Abang ni dah lama dekat sini, abang kena balik semula. Kalau tak nanti tak boleh balik" kata dia. "Kalau begitu, abang balik dulu la ya?" kata aku.

Tapi sebelum aku bergerak, orang tu ambil tangan dia dan melalukan tapak tangannya depan mata aku sambil membaca sesuatu yang aku tak berapa dengar. "Adik buat apa ni?" aku tanya. "Cuma nak tolong abang tengok dengan lebih jelas" kata budak tu sambil senyum. Aku pun macam dah takut dan terus jalan, sebab takut mungkin aku terkena pukau ke apa. Bila aku nak keluar simpang tu, aku curi-curi pandang belakang. Aku nampak, patung pocong tu tengah menghadap budak tu, macam diorang tengah bercakap. Aku pun terus bergerak dengan jantung dah berdegup kencang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 29, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ghost HouseWhere stories live. Discover now