"What you expect in life doesn't really appear like it should be. Sometimes it could be worse but sometimes it could be better."Perpustakaan sunyi seperti kebiasaannya. Cuma ada sedikit suara halus berbicara sesama mereka dan bunyi geseran kaki kerusi pada lantai. Aku letak buku aku ke tepi. Mood membaca aku telah lari sejak aku bertemu Adan tadi. Adan memang memberi pengaruh kepada aku sejak awal aku bertemu dengannya ketika kecil dulu. Suara itu kadang-kadang bermain dalam fikiran aku. Nampaknya lagu D'Masiv betul-betul mengenai aku kali ini. Aku tidak mampu menahan sebak yang menghimpit dada.
Aku membuka aplikasi Instagram. Untuk kali pertama aku membuka profil Anas. Nasib baik dia tak private akaun Instagramnya. Ada banyak gambarnya bersama Adan. Kolam air mata aku mula bertakung. Aku tidak percaya aku akan bertemu dengan Adan buat kali kedua. Aku skrol hingga gambar terakhir. Ada gambar Anas dan Adan ketika kecil dengan kepsyen '2012'. Mengesahkan bahawa itu benar-benar Adan. Serta-merta aku mengingati wajah Adan ketika kecil. Nampaknya Adan benar-benar Adan. Aku terus menghantar mesej kepada Anas. Mengabaikan setiap perkara yang pernah aku lakukan terhadap Anas. Anas satu-satunya manusia yang boleh tolong aku.
Seekor hantu mendekati aku, duduk di sebelah. Dia mengeluh panjang sebelum melabuhkan kepalanya di atas meja – menghadap ke kiri yakni ke arah aku. Senyuman nipis diberikan kepada aku kemudian dia memejam matanya. Aku biarkan dia dengan perbuatannya, kembali fokus pada skrin henfon di tangan. Dari ekor mata, aku dapat lihat ada seekor lagi yang datang dan duduk di hadapan aku. Hantu perempuan yang selalu ada menemani aku. Dia berdehem-dehem sebelum mengetuk meja dengan buku limanya.
Anas
Adan kawan ke?
Agak lama sebelum ada tanda mata menunjukkan mesej telah dibaca. Entah kebodohan apa yang aku lakukan dengan memberi persoalan yang aku telah tahu sejak awal. Bahawa Adan memang sahabat Anas. Bagaimana aku boleh tidak melihat semua itu? Jantung aku berdegup laju. Aku benar-benar tidak menyangka hari ini akan tiba. Hari aku bertemu semula dengan Adan. Setiap memori sewaktu kecil mula membanjiri fikiran. Air mata aku mula gugur, betapa murahnya air mata ini untuk seorang manusia bernama Adan.
Ha'ah
Apa nama penuh dia?
Ramadhan.
Kenapa tanya?
Ramadhan. Aku baru tahu nama sebenar Adan ialah Ramadhan. Aplikasi Instagram itu aku keluar. Hidup sentiasa begini, setiap perkara berlaku tanpa dirancang. Ada masa Tuhan ambil dalam sekelip mata namun ada masa juga Tuhan berikan apa yang kita mahukan begitu saja. Hakikatnya kita sentiasa mahu Tuhan berikan apa yang kita mahukan tetapi kita sendiri tidak mencari Tuhan. Betapa ramai manusia di luar sana yang menganggur tidak bekerja. Adakah kerana mereka yang tidak mahu bekerja atau tiada langsung kerja di dunia ini? Tuhan itu ada, aku percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
Boleh kita jumpa?
Aku nak mintak tolong.
Serius kau nak jumpa aku?
Sekarang ke? Kau tak de kelas kan
"Kau nak jumpa Anas, Ember? Untuk apa?" Entah bila masa hantu perempuan itu berdiri di sebelah aku. Turut membaca tulisan di skrin henfon.
.____________________.
Masih dengan kafe yang sama, aku hanya memerhati manusia. Jika mereka dapat lihat apa yang aku lihat, maka mereka tidak akan teragak-agak untuk berlari dan menjerit di sana-sini. Aku hanya memandang kosong. Membenarkan hantu mengetahui aku memerhatikan mereka adalah sesuatu yang aku sering elak. Aku tidak suka hidup aku diganggu oleh sebarang makhluk termasuklah manusia. Ada di antara mereka yang mengetahui aku boleh melihat tetapi mereka tidak mengganggu aku kerana aku sendiri tidak mahu mengganggu mereka. Itu adalah prinsip hidup mereka tetapi bukan semuanya.
Aku telek jam di tangan. Anas telah lewat lima minit daripada masa yang telah kami janjikan. Novel di tangan aku selak helaiannya. Lebih baik aku membaca daripada membuang masa memerhatikan sekeliling. Novel yang aku baca ini berkisahkan seorang lelaki bernama Mikael yang inginkan pengakhiran bahagia dalam hidupnya persis aku. Dia cuma ingin bersatu dengan adik-adik kembarnya. Aku tidak tahu bagaimana rasanya kehilangan adik-beradik kerana aku dijumpakan dengan kakak aku ketika aku berumur lima tahun.
Sebaik saja kakak aku lahir, dia diserahkan kepada nenek dan almarhum atuk untuk dijaga. Maka, aku membesar sebagai seorang kakak sulung dan harus menjaga adik-adik aku. Apabila kami diketemukan, dibesarkan serumah, aku benar-benar rasa kekok dan tidak tahu bagaimana mahu hidup dengan seorang kakak. Semuanya benar-benar rasa kekok. Namun tidak lama selepas itu, aku mula selesa dengan kakak aku. Mungkin pertalian darah mengatasi rasa kekok tersebut. Tetapi tetap satu-satunya manusia tempat aku bercerita adalah Adan.
"Maaf lambat." Anas duduk di hadapan aku seperti selalu dengan senyumannya. Tidak hairan lah budak-budak universiti aku menggelarnya Mat Senyum. Rambut depannya yang basah diraup ke belakang. Aku lihat kolar kemejanya juga basah. Baru lepas mandi ke apa budak ni?
Aku balas dengan anggukan kemudian mengeluarkan henfon dari saku seluar. "Aku nak tanya tentang Adan." kata aku dan aku lihat senyumannya perlahan-lahan pudar.
"Adan? Kenapa dengan dia?" soalnya sambil tersenyum nipis. Cuba mengekalkan riak tenangnya barangkali.
"Dia baru masuk sini ke?"
Semakin berkerut dahi Anas, "Eh, kau biar betul? Dia dah lama kot dekat uni ni. Kau tak kan tak perasan, Halina?"
"Kalau dia dah lama dekat sini, tak kan lah aku tak kenal dia?"
"Maksud kau, kau dah lama kenal dia?"
Aku mengangguk kepala lagi. "Kau pernah dengar tentang Ember?"
Anas mengulum senyuman. "Pernah. Kau Ember ke?"
Aku mengangguk lagi.
"Kau patut layan aku dari awal, Ember." kata Anas dan kemudian tersengih.
"Apsal pulak?"
"Sebab kau mesti perlukan pertolongan aku kan sekarang ni? Untuk rapat dengan Adan? Untuk tahu tentang Adan? Betul tak cakap aku?"
"Kau boleh tolong?"
"Takde hal, Ember."
Aku mengurut leher, "Kau boleh panggil aku Halina, Anas. Aku tak suka kau panggil aku Ember."
"Okay, Ember."
Aku mengurut dahi. Entah bagaimana aku mahu hadap karenah Anas selepas ini. Lagi-lagi aku memang perlukan pertolongannya. Entah kenapa dalam ramai-ramai manusia, aku selesa berkawan dengan Anas. Walau pun aku rimas dengannya, di lubuk paling dalam – aku benar-benar rasa aku boleh percayakan Anas. Untuk kali pertama, aku lemparkan senyuman kepada Anas. Dia terkejut namun turut membalas senyuman aku. Semuanya demi Adan.
YOU ARE READING
Angkasa
Short StoryPernah dengar tentang kehidupan luar biasa? Ini kisah Ember, seorang budak kecil yang tinggal di luar bandar. Sejak kecil hijab matanya terbuka, maka dia dapat melihat makhluk-makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia biasa. Dia ber...