3

173 16 0
                                    

"Good things come late. Be patient or you will miss it."

Aku melangkah malas mengikuti langkah Anas yang mengajak aku ke taman. Katanya dia akan bagitahu aku segalanya tentang Adan. Aku berpeluk tubuh sambil menapak. Seperti kebiasaannya, bukan hanya manusia yang bermain di sini. Ada juga makhluk lain yang bermain-main. Anak-anak jin berkejaran ke sana – ke sini. Ketawa riang tanpa dilihat manusia. Aku lihat ayahnya yang berupa seperti pokok, hanya berdiri melihat anak-anaknya. Langsung tidak bergerak. Benar-benar seperti pokok yang tidak akan bergerak kecuali dilanggar atau ditiup angin.

Anas matikan langkahnya di tepi tasik kemudian mendepang dada seolah-olah ada angin memeluk dirinya. Sedangkan tiada langsung angin, yang ada hanyalah kepanasan cahaya matahari yang dihalang oleh daun pokok. Tuhan memang Maha Bijaksana. Setiap ciptaan-Nya bersebab dan memberi manfaat kepada hidupan. Cuma manusia yang sering menyalahgunakan nikmat dan segala ciptaan yang telah diberikan kepada mereka.

"Sejuk kan, Ember?"

Aku menghembus nafas berat. Rasa nak hempuk-hempuk Anas agar nama itu tidak meniti di bibirnya. "Jadi, apa yang kau tahu tentang Ember?" soal aku terus-terang. Tidak mahu bermain tarik-tali dengan Anas yang jelas-jelas menyalahgunakan kesempatan yang aku berikan.

"Ember eh... Maksud kau, apa yang aku tahu tentang kau?"

Anas masih ingin bermain-main.

"Iye."

Anas menyilang tangan, "Ember yang Adan ceritakan ialah Ember. Seorang budak kecik yang selalu rasa diri dia tak berguna. Yang selalu rasa diri dia tak disayangi. Yang selalu tertanya-tanya tentang dunia. Yang selalu berharap ada kuasa fantasi boleh bantu dia untuk bangkit dalam dunia dia yang gelap. Berharap Tuhan itu ada bersamanya tapi dia sendiri kadang-kadang menyalahkan takdir Tuhan. Berharap awan akan kekal mendung sedangkan dia tahu awan akan berubah bila-bila masa. Awan tak akan sentiasa mendung."

Adan benar-benar ingat tentang aku? "Dia... cerita itu dekat kau?"

Anas tersengih, "Aku gurau je... Adan tak banyak cerita tentang kau. Dia cuma cakap kau kawan dia waktu kecik."

"Dah tadi tu... pasal tadi tu... yang-"

"Aku gurau je." Anas memotong ayat aku.

"Jadi kau tak tahu apa-apa tentang aku lah kan?"

"Kalau kau betul-betul Ember, apa kata kau mesej dia? Nak nombor dia?"

Aku menahan senyum, kemudian mengangguk. Melepaskan satu-satunya peluang untuk kembali rapat dengan Adan bukan lah sesuatu yang aku akan lakukan. "Nak!"

"Kita makan aiskrim dulu lepastu baru aku bagi. Kau nak tak makan aiskrim dengan aku?"

Sekali lagi aku mengeluh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 08, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AngkasaWhere stories live. Discover now