26°

153 18 0
                                    


" Annyeong, Yena yah "

Ding! Walaupun aku tak akan jumpa dia di sekolah tapi disini pula boleh berjumpa dengan dia. Adakah dia betul jodoh aku?


×××××


Aku mengambil kesempatan untuk berbual dengan dia sekejap, walaupun aku tahu yang dia benci aku sekarang. Tak sangka dalam perjalanan pulang boleh terserempak dengan dia.

" Apa yang kau nak? "

Semenjak dia luahkan perasaan dia, percakapan dia dengan aku pon semakin kasar tak macam dulu.

" Saya cuma nak minta maaf pasal hari tu, saya tahu saya ego. Maafkan saya? "

Aku harap dia maafkan aku.

" Kau ingat senang ke nak maafkan seseorang yang pernah lukakan perasaan kita? Dah lah Namjoon! Aku dah takde perasaan ape ape lagi dengan kau! "

Aku cuba untuk pegang tangan dia.

" Sebenarnya ak--- "

Kata kata aku terputus disebabkan satu tamparan yang mendarat di pipi aku. Ok, aku terima seadanya dengan tamparan tu. Aku harap dia puas hati.

" KAU JANGAN BERANI SENTUH AKU! SEBAB KAU BUKAN SESIAPA BAGI AKU! "

" Baiklah, aku tak akan ganggu kau lagi. Cuma satu aku nak bagitahu yang aku mula cintakan kau "

Aku akan jauhi dia. Aku takkan layan dia. Aku takkan buat apa apa untuk dia. Aku bukan sesiapa untuk dia.


××××

[ 12:00 AM ]


Aku rasa serba salah dengan dia.

Aku sepatutnya dengar dulu penjelasan dia.

Aku rasa aku patut minta maaf.

- Kim Yena


×××××


Aku rasa malu akan tindakan yang aku lakukan semalam. Macam mana aku nak minta maaf?

Aku memasuki kelas dengan fikiran yang serabut. Aku melihat dia sedang tekun membuat kerja. Patut ke aku minta maaf sekarang? Nanti aku menggangu dia pula.

Dengan perlahan aku menarik kerusi dan duduk tanpa memandang muka si dia. Memang malu nak hadap muka dia!

Selepas 1 jam masa pertama pembelajaran berlalu, aku mengambil keputusan untuk meminta maaf sekarang juga.

" Namjoon "

Aku memanggilnya untuk pertama kali. Tetapi dia hanya senyap.

Aku memanggilnya sekali lagi, tetapi tetap tidak dihiraukan. Aku mengambil keputusan untuk berterus terang.

" Ok, aku tahu aku salah. Aku tak sepatutnya tampar kau semalam. Aku tak tahu kenapa tiba tiba je rasa marah. Aku tak bermakna nak buat macam tu semalam, aku.. aku tak tahan dengan semua ni. Please, maafkan aku? "

" Kau dah lupa semalam? Apa yang kau bagitahu aku. Bukan senang nak maafkan orang yang telah lukakan perasaan kita "

Ting! Alangkah seronoknya kalau dapat putarkan balik masa.

" Saya minta maaf "

" Saya maafkan tapi dengan syarat! "

" Ape? "

"  Can you be my girlfriend? Saya dah mula jatuh cinta dengan awak. Boleh awak terima cinta saya semula? "

Omo! Aku tak bermimpikan? Dengan itu juga air mata aku mula bertakung hanya tunggu untuk mengalir di pipi.

" Yes, I will "

Aku mengalirkan air mata. Aku tak tahan. Selama ini aku pendam perasaan dan sekarang? Betul kata eomma kalau betul dia jodoh kita, tak kemana.

" Janganlah nangis! Nanti diaorg masuk pelik tengok awak nangis! "

Dia mengelap air mata aku dengan ibu jarinya. Muka aku menjadi merah akibat menangis.

" Saya janji akan cinta, jaga dan sayang awak sepenuhnya "

Saya juga janji takkan tinggalkan awak lagi Kim Namjoon. I love you..




[ TBC ]

STORY INI AKAN TAMAT DALAM MASA YANG TERDEKAT YE GUYS! ENJOY!♡

[C] CRUSH + KNJWhere stories live. Discover now