lima : cincin..terima?

67 0 0
                                    

Azira.

Aku tersenyum.menandakan aku sedia.mungkin jodoh aku dengan tuah.kak ngah minta aku untuk menerima lamaran tuah.baba dan ibu .macam mana aku nak beritahu.
"Aunty zira...aunty...ehhh kenapa uncle kat sini.?" Sofea dan zofea teriak namaku dari dalam.uncle?tuah ke?dia kat dalam?aku segera bagun berjalan masuk kedapur.nampak sofea dan zofea sedang tertunduk tunduk di almari..tuah juga.buat apa tu.aku berjalan mendekati mereka.
"shuhhhhh...uncle nak cari duit uncle jatuh tadi sebenarnya.nak tolong ke?" Tuah.

"Banyak ke jatuh tu?" Tanyaku. Tuah nampak macam terkejut mungkin.manakan tidak. Tiba tiba aku tegur dia. Dengan tak beri salam.
"Banyak tak?"aku ulangkan soalan.saja aku tekan kan ayat ku.aku turut membantu tuah mencari.
"Tak...tak..dua puluh sen je."tergagap tuah.
"Dua puluh sen.penting sangat dua puluh sen tu..sampai tertunduk tunduk ni ?" soalku.gila tuah.kedekut sangat ni.getus hati ku.
"Penting.hilang dua puluh sen tu.tak cukuplah RM200 untuk mas kahwin kita nanti ." Tangan ku di genggam.Tuah makin berani sekarang.aku yang jadi seram.mata dia pandang aku tak berkedip.
"Ehemm..kahwin cepat cepat lah tuah.ibu suka kalau kamu dengan azira ni."ibu berdehem dibelakang kami.rupanya semua ada di dapur melihat drama kami tadi.segera tangan ku tarik. Aku berdiri.begitu juga tuah.songkok dikepala dia betulkan.
"Ibu tanyalah azira.nak tak kalau kita hantar meminang.kalau nak sekarang jugak tuah bagi cincin tanda." Kotak baldu merah jambu tuah letak di atas meja makan.terus berjalan ke ruang tamu. Meninggalkan aku yang masih terkedu atas tindakannya.semua pandang aku yang sedari tadi berdiri. Ibu tersenyum. Digapai kotak baldu merah jambu itu. Genggaman tangan ku dibuka. Ibu meletakkan kotak itu ditapak tangan ku.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Tuah

"Banyak tak?"suara azira sedikit ditekan.wajahnya nampak keletihan. Keningnya di angkat sedikit.Dia terus melutut. membantu aku mencari barang yang kononnya hilang tu.
"Tak...tak..dua puluh sen je."aku mencari idea sebenarnya. Tak kan aku nak beritahu dia yang aku dari tadi dok spy dia kat sini.
"Dua puluh sen.penting sangat dua puluh sen tu..sampai tertunduk tunduk ni ?" dari suaranya jelas dia terkejut.riak wajahnya yang tadi terlihat kepenatan seakan seperti diberi tenaga baru.mungkin dia nak ketawa kot dengar jawapan aku tu.
"Penting.hilang dua puluh sen tu.tak cukuplah RM200 untuk mas kahwin kita nanti ." Tangan azira aku genggam. Aku nak dia tahu yang aku jujur.aku nak dia rasa keikhlasan hati aku.matanya aku tenung.aku tarik tangannya nak cium.
"Ehemm..kahwin cepat cepat lah tuah.ibu suka kalau kamu dengan azira ni."suara ibu mematikan niatku. Rupanya semua ada di dapur melihat drama kami tadi.segera azira tarik tangan dia dari pegangan aku. Dia berdiri.begitu juga aku.sebenarnya aku tak tau nak buat apa.spontan tangan ku menyentuh songkok dikepalaku. Aku pandang ibu.
"Ibu tanyalah azira.nak tak kalau kita hantar rombongan meminang.kalau nak sekarang jugak tuah bagi cincin tanda." Kotak baldu merah jambu aku letak di atas meja makan.terus aku berjalan ke ruang tamu. Semua di dapur menjadi saksi lamaran ku.aku harap dia terima. Kunci kereta di atas rak tv aku gapai. Terus keluar dari rumah. Kotak rokok ku buka.aku cucuh api di muncung rokokku. Kerusi ku tarik. Aku duduk di bawah khemah .Aku perlu beri azira masa untuk berfikir.mungkin.walaupun hati aku nak sangat tahu jawapan dia.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Azira

Jam ditangan aku lihat. 10:30p.m. Mana tuah ni. Aku meminta diri untuk pulang. Sudah lewat malam. Ibu berkeras untuk aku menginap dirumahnya.tapi aku menolak.bukan apa.peristiwa tadi masih lagi bermain diingatan aku.segan dengan semua.
Ibu.Kak long dan abang Johan menghantar aku ke depan rumah. Dari jauh aku nampak tuah yang sedang menghembus asap rokok.entah yang keberapa batanglah tu. Macam manalah nak kahwin. Diri sendiri pun tak sayang. Tuah melihat aku dengan keluarganya. Rokok di jari dia buang. Dia berjalan ke arah kami.

"Tuah..hantar azira sampai depan rumah tau.jangan singgah mana mana dah.malam sangat ni.anak dara orang .jangan buat bukan bukan."ibu memberi arahan kepada tuah.tuah hanya menggangguk tanda mengerti. Aku mencium tangan ibu. Juga tangan kak long.
"Nanti senang senang datang lagi ya.ibu suruh tidur sini tak sudi" Ujar ibu.kendur suaranya.
"Tak pe ibu.lepas ni azira jadi anak ibu jugak."kak long bersuara sambil memeluk leher ibu.memujuk.
"In sha allah.nanti azira datang lagi ya ibu..ibu janganlah sedih sedih." Tangan ibu ku kucup lama.terbit rasa rindu pada umi di kampung.kalau waktu begini mesti umi sedang melayan drama korea di tv. Rindu umi.

Suasana di dalam kereta sunyi. Tuah langsung tak bersuara. Mungkin tak ada idea.
"Bila beli cincin ni?"cincin dijari aku tatap.saja aku cuba memancing perbualan.
"Lama dah."ujarnya ringkas.
"Betul ke kau nak kahwin dengan aku?"aku masih tunduk. Tiba tiba kereta tuah berhenti disisi jalan.tangan ku tuah gapai. Dia cium berkali kali. Aku terkejut atas tindakannya. Tangan ku tarik.
"Jangan..nanti lepas nikah baru boleh cium.baru boleh pegang.semua tu nanti dapat pahala.sekarang dapat dosa je kalau buat." Tuah tersenyum.
"Nanti kita nikah cepat cepat ye..kita halalkan hubungan ni. Aku nak sangat bina masjid dengan kau.kau nak tak kahwin dengan aku?"
"Ni kan aku da pakai."aku tersenyum sambil jari manisku yang bersarung cincin ku tunjuk.
"tapi nanti kau kena beli cincin lain masa tunang tau. Sebab yang ni da pakai.tak boleh tanggal." Sambung ku.
"Okey. Apa ada hal.yang penting kau nak kahwin dengan aku."Tuah memandu semula. Senyuman tak lekang dari bibirnya.hilang rasa beban mungkin.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

TUAH

Wajah azira ku tatap.lega rasa hati ni bila dia terima lamaran aku. Aku tak kan lepas kan peluang ni. Hujung minggu ni juga aku minta ibu hantarkan rombongan meminang. Aku tak sanggup nak tunggu lama lagi.mahu gila rasanya.

Perkenalan selama dua tahun cukup bagi aku untuk mengenali isi hatinya. Dari pertama kali aku jumpa azira lagi aku sudah terpikat padanya.tak kan aku nak tunggu lagi untuk jadi kan dia milik aku. Aku sayangkan dia.

"Sayang bagun..dah sampai rumah."azira terlena.kalau sudah jadi milik aku. Tak payah kejut kejut ni. Aku sendiri angkat masuk dalam bilik. Getus hati ku.
"Ermmm"terkebil kebil mata azira.comel.
"Da sampai..bagun pergi masuk rumah.sambung tidur tu."
"Ye..terima kasih ye hantar sampai rumah.bawak kereta elok elok" terpisat pisat azira sambil mengunci pintu pagar .
"Sama sama.good night sayang."aku melambai tangan.flying kiss ku berikan. Azira segera melompat seperti mengapai sesuatu. Tangannya diletak ke dada sambil tersenyum.sempat lagi.sweet sangat.

Kereta ku pandu laju. Aku ingin segera pulang.hujung minggu ini aku harus masuk meminang azira.




Abadikan cinta iniWhere stories live. Discover now